Wednesday, September 02, 2009
:: Berbuka Puasa Dengan Nabila...
Hmm...cam biasa, aku memang terrrsangatlah lambat nak hapdet cerita. (plus, cerita sebelum puasa masih tak keluar lagi di itafedblogspot nih, tak pelah... nak kesah ape kan?) Kali nih cerita pasal aku sefamily berbuka puasa dengan ina dan familynya. Tempatnya, di restoran orkid thai, shah alam. Kire okeylah tempat tuh bagi aku dan abang, selesa juga untuk sarra. Bila kami dah setuju, maka pada ahad lalu, termaktublah pertemuan berbuka puasa aku dan ina sekeluarga.
Kami gerak dari rumah, terus menuju ke shah alam. Alhamdulillah, perjalanan agak teratur, tiada sesat-mesat. Sampai di destinasi, memang ngam-ngam jam 6 petang seperti mana yang aku janji pada ina dan om kedai makan tuh. Parking, so far memang tak susah kat situ. Dah jumpe ina... nabila ala-ala letih pun ade, mantok pun ade. Sarra? Anak aku tuh, yang benarnya... seharian kat rumah dok mengamok. Entah hape yang tak kene tah... Serba serbi salah, nak marah jer... Aleh-aleh bile jumpe nabila, waaahhhh!!!! Terus bertukar perangainya, baik semacam! Adoiii...poning ummi nak oi!
Kami dah menuju ke tingkat atas restoran, tempat duduk memang ngam-ngam belah tepi dinding, senang nak 'parking kete' sarra dan nabila nih. Hihii.... nabila dah mula mantok, sarra cergas lagik! Banyak gak menu yang sedap-sedap kat sini, perut tengah lapar, macam-macam nak disumbatkannya. Last-last, adelah dalam 6-7 lauk yang kami pesan. Ku semangat gak nak habiskan semua tuh. Tibe time berbuka, sarra dah mantok nak tido, mujur tak meragam, tapi kesian kat ina...nak makan pun agak payah. Nabila kamok-kamok, die nak dok luar... Takmoh dok dalam kodai. Kesian lah mak ayahnya nak makan. Sebbaik tetap ade selera, dan nasib baik kamok-kamok nabila tak berpanjangan.
Selesai makan, biaselah...melepakings lah kami. Kamilah om pertama masok kedai dan kamilah om last yang bla! Haha... nak buat caner? Jumpe sekali-sekala. Kot jumpe kat gedangsa pun, tak dapat nak lepak-lepak. Baru nak borak, kak ro dah jerit panggil turn kami. Hihiii... (pengalaman; buat aku tersenyum......) Then, kami ke kedai beby yang berdekatan, ambil kesempatan membeli ape yang kurang tang barang anak-anak nih. All out, memang kami seronok sebab dapat berbuka sama. Teringat akan pertemuan pertama antara keluargaku dan keluarga ina. So suwittt memori tuh. Doaku, moga anak-anak ummi nih akan membesar sehat, mampu berdikari dan mampu menjadi anak yang solehah. Amin....
** Pertemuan seterusnya; berbuka dengan rakan blogger. Pada yang ingin hadir (mana-mana team blogger dialu-alukan)... sila beri nama dan bilangan yang hadir untuk ita buat tempahan (last date; esok...jumaat, 4/9/2009). Sebelum tuh, setuju ke semua di restoran yang sama nih? Ita masih menunggu cadangan yang lain. Harapnya, ada yang sudi menghadirkan diri. Terima kasih pada kawan-kawan sekalian alam maya nih....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



Buat kat maner2 pun InsyaAllah kamik sampai.. Tapi sapa nak jadi guider nih.. Waaa.. Tak tau jalan la..
ReplyDeletefaizal: ina akan guide jalan utk awak sefamily. ita dah info kat ina... die dari rawang, mungkin boleh tggu di mane2 highway ker. tapi macam mana nak contact? nih emel ita, larrapoos@yahoo.com. nak tukar2 emel utk beri no fone. kalau beri kat sini, naya nanti. hehe! emel ita yer, buleh bagi no ina nanti.
ReplyDelete