Tuesday, September 15, 2009
:: Bila Family Blogger Berkumpul...
Meriah, seronok! Ini lah gambaran yang sewajarnya, tepat untuk aku utarakan. Sekali lagi berjumpa di Restoran Orkid Thai. Tak kesahlah walaupun berulang kali ke situ. Asalkan, niat nak berjumpa dan beramah-mesra serta berkenalan rapat, terlaksana dengan baiknya. Alhamdulillah...
Kali nih ke Orkid Thai beramai-ramai. Penuh warna-warni. Aku dan abang nak tabek springggg kat blogger; Rofaizal Jaafar sebab bersungguh-sungguh menghadirkan diri di majlis nih. Maksud aku, die datang dari Perak, semata-mata nak bersama-sama berkumpul dengan rakan-rakan lain. Pada Putri Nuur dan Ina, sekalung budi setinggi penghargaan juga buat kalian sebab sudi meluangkan masa untuk majlis nih. Memang seronok, sampai hari ni...(hari aku menaip entry nih - memang lambat!) aku masih terkenang-kenang akan kegembiraan kami pada hari tersebut. Pada mulanya, family Jiey nak turut serta, tapi di saat akhir...ada halangan pulak. Nak buat macam mana kan? Kite hanya merancang saja. Suasana memang seronok, dengan keletah Pia, (anak Put no.2), keletah anak aku; pada mulanya baik, lepas tuh bagaikan main pasing-pasing kamok-kamoknya dengan Nabila dan Irfan. Huh...mencabar jugaklah. Kesian pun ade dengan budak-budak nih, yelah...mungkin dah letih dipangku dan dah penat duduk diam dalam stroller masing-masing. Tiba masa, kamoklah jadinya. Mujur Idris pandai membawa diri. Idris memang hemcem! (aku tak habis-habis puji Idris kat abang. Sangat berbeza pertemuan pertama dan ke-dua kami...tahniah Idris. Teruskan usaha....)
Selesai makan, acara bergambar-gambar lah pulak. Seronoklah... walaupun makanan yang dipesan agak lambat tiba, namun kita enjoy! (A big sorry to Put, Ina dan Rofaizal atas kesulitan di Orkid Thai)... Tak cukup di dalam restoran, kami menyambung sesi berborak pula di car park. Lame juga, mana taknya...Rofaizal ade bawak buah tangan dari Tapah; jambu batu. Boleh kata semua kereta dipenuhi dengan jambu. Dah lah datang dari jauh, bawak buah tangan yang kami pun tak menang tangan nak menerimanya. Tersangatlah banyak. Terima kasih ya...sekali lagi terima kasih untuk gift Sarra tuh. Borak dan terus borak, tak sedar hampir sejam kami berdiri, berkongsi cerita suka dan duka, cerita sebelum dan selepas dan banyak lah lagik. Yang pasti cerita kami akan bersambung lagi bila mana kami di kolumpo nih mai pi Perak pulak. Tentu seronok kan masa tuh...tapi bila lah impian jadik kenyataan? InsyaAllah, ade dah perancangan aku dengan abang nak ke utara, sedang berusaha mengumpul harta yang tak seberapa. Andainya kami punyai harta Ahmad Albab, cakap saja...pasti dah kunjung tiba! Fuhhh..umpama laksamana bila berbicara. Hahaha... (dak ita dak mengarut dah nih....)
Perpisahan kami berlaku sekitar jam 9.45 malam. Memang tak sedar yang masa tuh berlalu pantas. Juga belum cukup puas berkenalan lebih dekat dengan rakan blogger nih. Apapun, harapan aku... semoga majlis begini ada sambutannya. Semoga acara sebegini boleh dijadikan acara tahunan. (Jiey, tahun depan kite confirm awal-awal. hehe...) Andai masa menghalang, doakan saja kita pasti bertemu nanti. InsyaAllah...terima kasih sekali lagi buat family Put, Ina dan Rofaizal. Maaf dari Ita andai ada yang terkurang, tersilap dan harapnya kalian tak serik untuk berjumpa lagi. Kami amat menghargainya...da-da!
** Masih belum berkesempatan menempel cerita-ceriti di bulan Ramadhan ini. Banyak cerita berbuka dengan rakan tertangguh gara-gara hambatan masa yang terlalu sibuk. (Takpelah kalau dah raya, tapi masih cerita puasa. Sekati mak lah nak tempek hape kan...) Ramadhan kali ini penuh dengan jemputan berbuka yang meninggalkan seribu makna...dan Ramadhan akan berakhir tidak lama lagi... sedihnyaaaaaa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





Pada aku sikit hal tu.. Yg penting dpt jumpa dan berkenalan ngan kalian semua.. Terutama Sarra,Nabila dan Idris..
ReplyDeleteJemput la datang Perak pulak.. Dengar citer Ina nak wat kat HotSpring di Sungkai.. Aku ada cadangkan 10/10/09 tapi takde respond pun..
Kalau ada hari lain bagi la cadangan.. Kami akan cuba jadi host terbaik pulak..
Ita ade bace pasal Hot Spring tuh...rasanya kalau 10 hb macam tak dan je...masih belum kecukupan wang ringgit, maklumlah baru je raya kan. InsyaAllah, kalau cuti sekolah...pasti buleh. kami tetap ke Perak walaupun berjeman nak tunggu... thanx sebab menjemput...
ReplyDeleteseronoknya dpt berjumpa dgn bloggers..
ReplyDeletewahh best nyaaaa berkumpul ramai-ramai nie
ReplyDeleteto nadia: memang seronok..leh jadi acara tahunan nih. mehla join nanti...
ReplyDeleteto ibu _umairah: hehe...mmg havock!
ala..betul la faizal..10hb tu mcm tak dan je..pasal baru kering deh..hahaha..tunggulah ujung taun ke..dapat bonus nanti ke..ni perancangan je..nanti apa2 kita roger balik..Ita..memang best..harap boleh buat lagi kan..ala..small matter la..biasalah..aituh kita makan org tak ramai sgt..ni org ramai..hehe.. :)
ReplyDeleteermm..kalau ada apa apa program bagitau la..nak jugak berkenal kenalan..
ReplyDelete