Tengok tajuk pon dah basi daaa! Tak kesahlah, asalkan segala memori seawal 2010 masih segar diingatan. Sebenarnya, banyak sangat cerita-ceriti yang masih tersimpan rapi dalam dashboard blog nih. Masih tidak berkesempatan mahu mengapdet. (Lebih-lebih lagik tuan blog baru baek demam yang sangat dahsat! Kate dokte, aku kene demam campak!... makin berkepuk lah cerita yang tertangguh!) Selambat mane pun, aku tetap akan mengabadikannya di itafed.blogspot.com ini! Kire kompilasi lah nih yer...
Tahun baru 2010: Rasanya aku pernah bercerita tentang perjumpaan teman-teman di alam maya pada 2 Januari lalu. Dah makan sebulan dah! Haha... kami sepakat mengadakan gathering yang pertama yang berlangsung di Bowling, Alamanda dan di kediaman Put. Happening gailers! Sampai hari nih masih terasa keseronokan itu. Semuanya pertama kali buat aku. Main bowling, strike dan longkang, potluck with bloggers dan yang paling terharu, sambutan hari lahir / surprise yang pertama kali dalam hidup! Terima kasih buat semua teman dan terutama Encik Suami yang beriya-iya berusaha untuk menghiburkan hati ini. Saya hargai....
Seterusnya: Ade lagik agenda bersama teman blogger nih. Suatu petang Sabtu, kalau tak silap bertarikh 16 Januari, selepas ke Gedangsa... kami sepakat ke rumah Nabila. Saje nak melepak-lepak melepaskan penat seharian menunggu giliran. Kali nih, tak berapa nak cukup korum... tapi masih meriah! Memang kami dah umpama sebuah keluarga. Adakala rasa seperti lebih erat dari family sendiri. Kerana apa? Kerana kami semua berkongsi rasa yang sama, hati dan perasaan yang sama, kami berkongsi naluri keibu-bapaan yang sama. Inilah 'jodoh' buat kami. Ina selaku tuan rumah, telah bersusah-payah memasak untuk kami menjamu selera! Menunya simple; sambal petai dengan ikan bilis, gulai lemak labu (kegemaran ku, thanx Ina...) dan ikan goreng. Sedap! Serius... nak-nak gulai lemak labu tuh. Tabek lah kat Ina sebab teror masak gulai labu. Den tak gheti! Gheti makan jer... haha! Malam, kami pun berangkat pulang. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai nih. Macam-macam cerita yang keluar! Hahaha... (Mase nih aku tak dapat nak rakamkan sangat detik-detik nih, kamera cap lipanku kehabisan batery!)
Minggu depannya (23 Januari): Selepas selesai urusan di Gedangsa, kali nih Zali yakni babah Aiman pula menjemput kami ke kampung halamannya di Sungai Besar. Menurut Zali, tidak berapa jauh dengan rumah Kak Ro. Tapi, setelah memulakan langkah... maaaak ai! Buleh tahan jauhnya... sebaik aku tido jer dalam kete! Hahaa... Adventure jugak jalan pulang ke kampung Zali nih. Sesekali layan bali kampung orang, syok habis! Plak tuh, kampung Zali penuh dengan kehijauan padi yang sedang masak ranum! Sedar dari tidur, ingatkan dah sampai Kedah! Sekali lagik kami berkumpul, kali nih bermalam di kampung Zali nih. Best... sangat best! Mahu lagik rasanya diulang kembali saat-saat seperti ini. Tapi kene lah tengok jadual kerja dulu. Kene amek cuti weekends, baru ngam ho! Tidaklah terkejar-kejar nanti mahu pulang esoknya. Ape pun, sememangnya berkenalan dengan teman alam maya nih, banyak mengajar kami semua erti kegembiraan, kepayahan dan suka-duka membesarkan anak istimewa, yang dikongsi bersama.
Begitulah cerita-ceriti ku seawal tahun ini. Memang banyak lagik kenangan bersama mereka-mereka ini yang mahu dipaterikan di sini. Apakan daya, tuan empunya blog ini memanglah sangat lambat mahu mengapdet semua cerita yang ada. Tak kesahlah, asalkan semua memori dapat dirakam di itafed.blogspot khas untuk tatapan anak-anakku nanti. Lebih-lebih lagi Sarra, kerana anak inilah alam maya menjadi penghubung paling erat buat kami semua! Segalanya bermula di sini!




















bestnyer dapat kumpul2 mcm nie...teringin nk join tp jauh..
ReplyDeletehehe..3 cerita sekaligus..apapun seronok kan ita..Tak sangka dari kita berdua kawan..jadik ramai dah sekarang nih..hehe..hurm..tak sabar lak untuk next gathering nih..hehe..
ReplyDeleteyeahh,, memang syok...setiap hari dok tunggu planning akan datang....
ReplyDeleteTetiap minggu ada planning! Taim aku bujang dulu takde secergas ni!
ReplyDeletesalam, blouse ita kat pic 'sesi potong kek..' cantik la..tu batu diamond ke lace ye, kat collar dia tu..cun habees..yg pakai pun cantik!!!
ReplyDeleteijad: tenkiu...
ReplyDeletekak ieda: memang best dapat gathering. one day, mesti dapat jumpe akak. insyaAllah...
ina: memule kite berdua jer yang share macam2 pasal anak kan, lelame makin besar 'family' kite. Alhamdulillah...
zali: kalau hari2 planning, pening lerrr. sesekali memang best!
farid: taim bujang abang asek BESAUKAN tido!! nak planning hapenye?
flower: tenkiu yer. blouse tu batu2 biase je. tapi shiny gak lah...salam perkenalan.