Tuesday, April 13, 2010

:: Bila 13 April Tiba...

Keterujaan menunggu April. Kenapa ye? Kerana di bulan ini dan di hari inilah, anakku meningkat usianya. Anakku bertambah besar dan doaku moga Sarra bertambah perkembangannya kelak. Anakku menginjak ke usia 2 tahun! Yay... Sarra dah besar!!! Hepi birthday sayang!!!

Birthday girl pagi nih. Dia bantaikan tido je!


Sewaktu ummi mendendangkan lagu
'hepi birthday' untuk Alisya!



Selamat panjang umur anakku Alisya Qaireen!


April... 2 tahun yang lalu.


Saat abi teruja memiliki zuriat sendiri.


Anak ini yang mengindahkan hari-hari kami.

Banyak yang 'tersimpan' di naluri keibuanku ini. Walaupun aku masih mampu mengukir senyuman, adakala hati kecil si ibu 'menangis' jua. Namun, tidaklah bererti aku mahu menoleh ke belakang, menyalahkan diri, mempersoalkan nasib dan menyerah kalah! Tidak, bukan itu yang aku renungkan. Hari-hari yang mendatang terasa banyak yang baik daripada yang sebaliknya. Umpamanya, dengan kelahiran Sarra... aku dan abang berpeluang mengenali keluarga baru kami. Superkids Family's! Bak kata abi Sarra dan kakak ku; 'Andai Sarra tak 'begini'... mungkin kita tak jumpa kawan-kawan yang best macam nih!'... Benar bukan? Setiap yang sudah ditentukan Allah, punyai maksud dan makna yang telah direncanakan!

Abi yang tak jemu melayan 'kerenah' anaknya.

Bila datangnya 13 April, adakala aku 'terusik' dengan memori 'semalam'. Bila melihat anak-anak sepupu, saudara-mara mahupun rakan taulan yang sebaya Sarra, tak dinafikan... ada sedikit rasa hiba dan kacau menyelubungi jiwa ini. Lebih-lebih lagi bila melihat anak-anak mereka 'tiada yang kurang'. Namun, aku cuba untuk tepis jauh 'perasaan' itu, tak mahu fikiran ini terus kusut dan terganggu tatkala anakku sedang 'berkembang' maju. Anak ummi pun tak ada yang kuranglah... makin hari makin banyak yang dia nak suruh ummi dan abinya 'faham'! (Eh... Sarra dah makin nak gelak tau! Cuma, perasaan marahnya masih di ranking teratas!) Walaupun gelak Sarra tuh belum ke tahap mengekek, tapi bila aku nyanyikan lagu 'air pasang malam, surut pukul lima, nyonya bangun pagi siram pokok bunga...' Sarra pasti berubah wajah. Walaupun senyuman dia tidak sampai ke telinga, namun aku tahu Sarra memang suka dengan lagu tu! Clever girl! Alhamdulillah...

Insan-insan yang ku cintai dan akan terus ku cintai!

Hmmm.... masih aku ingat pesanan seorang kakak di rumah Kak Raw tempoh hari; 'Jangan putus asa dik, jangan skip berubat nih... kene kuat tau, untuk suami!!!' Fuhh...tang ayat untuk suami tuh, aku rasa nak nanes. Bila hari lahir Sarra tiba, mulalah aku teringat akan 'kesungguhan' abang pada masa lalu. 3 minggu sebelum aku bersalinkan Sarra, aku berada di kampung. Abang pula di KL seorang diri. Alasanku, mahu rehat... dah tak larat nak mendaki tangga rumah. Abang ikut je... sudahnya, hari-hari bila mendengar suara abang di corong telefon, aku bantaikan melalak! Melalak sebab rindukan abang! Memang 'ngok' betul aku masa tuh. Andai ada rezeki anak kami yang ke-2 nanti, aku mahu di samping abang hingga anak itu lahir! Maafkan ayang ye abang. Lagi yang buat aku teringat akan kesungguhan insan bernama bapa; bila abang kucup dahi ini sejurus aku keluar dari wad bersalin! Masa tuh memang aku mamai-mamai lagi, tapi keterujaan abang dapat melihat dan meng-qamatkan anak sendiri... buat aku bersemangat dan bertambah bersyukur! Aku sangat-sangat bertuah punyai suami seperti abang. Bagiku, dialah abi yang terbaik! Walaupun aku tidak dapat 'memberikannya' anak yang seperti orang lain beri, namun... abang cukup-cukup bersyukur dengan lahirnya Alisya Qaireen! Terima kasih suamiku. Ummi dan Alisya tak akan berhenti menyayangi kamu; Mohd Farid!

Merekalah sang suria ku!

Hari ini, Alisya Qaireen berusia 2 tahun! Memang nampak anak dara ummi tuh dah besar! Bila duduk dalam kereta dengan ummi, memang dah tak muat kerusi depan tu untuk kami berdua! (bilalah abi nak beli 'kerusi' besar sikit? hehe...) Hari demi hari, Sarra makin pandai nak bermanja. Tidurnya tidak mahu keseorangan, mahu di celah ummi dan abi! Setiap hari ummi tak jemu untuk berborak dengan kamu nak! Walaupun belum ade sepatah ayat yang anak ummi balas, ummi tetap tak jemu untuk bercakap, bercakap dan terus bercakap dengan Sarra. Ummi sabar menunggu detik-detik kita berborak sama! Ummi yakin dengan 'kesungguhan' anak ummi untuk 'menghiburkan' hati ummi ini, walaupun sesaat cuma.

Alisya Qaireen, hadirmu memberi
seribu rahmat buat ummi dan abi!

Anakku Alisya, hadirmu memberikan seribu erti, sejuta makna buat ummi dan abi untuk menempuhi liku-liku kehidupan sebagai 'ummi dan abi' yang terbaik buat kamu, sebagai hambaNya yang sedang diuji! Lahirmu di sisi kami amat bermakna, walaupun kamu tidak seperti anak-anak yang lain, walaupun kamu umpama 'pelangi petang'... ummi tetap bersyukur nak. Syukur dengan anugerah Allah yang hebat ini! Penat ummi seharian berbayar apabila mengucupmu! Jiwa ummi adakalanya kacau, menjadi sejuk kembali apabila memeluk kamu! Alisyalah permata bernilai buat ummi dan abi! Ummi sayang Alisya!!!

Kasih ummi tetap utuh, mekar
bak mutiara yang menyinar!

** Alisya, abi... maafkan ummi! Maafkan ummi... maafkan ummi!!!!

8 comments:

  1. come-on Ta!!..cheer-up....kan bday sarra!!!jgn mintak2 maaf lagik....ko takde salah ape...semua ni dah tertulis...tiade siape perlu memaafkan ko....ko patut bersyukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan anak yang sebegini indah buat kalian....

    ReplyDelete
  2. thanx my dear fren! tapi tu lah, tiap kali 13 april, macam dah wajib aku nak cakap 'maaf'! macam lah hari raye x de mahap2!

    ReplyDelete
  3. Ita.. klu alisya boleh cakap..dia akan cakap " Ummi Alisya dah lama maafkan Ummi.." Dia mesti ckp.. " terima kasih ummi lahirkan Alisya walau dalam serba kepayahan.." dan lepas tu Alisya senyum.. (udah la tu yek..)

    Walau apapun terjadi, hadirnya Alisya pasti menjadi satu kenangan yang terindah dalam hidup ita. Ina faham..sebab kita 'sama'. Sedih macamana pun hidup mesti diteruskan demi anak-anak ini..

    Buat Alisya..Ibu tahu Alisya anak yang kuat..Ibu sentiasa mendoakan segalanya yang terbaik buat kamu. Dan impian ibu nak Alisya dan nabila berjalan sama sambil berpimpin tangan. Sambil menjerit nama Ummi dan Ibu..Aduh..bilalah saat itu akan tiba yek sayang..

    Selamat ulangtahun yang ke 2 tahun sayang.. Moga sentiasa sihat dan dirahmati Allah selalu..

    * bulan 4 ni mmg tragik la..huhu..teringat masa2 lalu walaupun dah 2 tahun benda ni berlalu..

    ReplyDelete
  4. Ita, jangan rasa bersalah lagi. Sarra adalah anugerah yang terindah dikirimkan untuk Ita dan Farid. Kita adalah insan-insan yang terpilih untuk membesarkan amanah Allah yang istimewa seperti anak-anak kita.

    Sarra, selamat hari lahir. Mama Put sentiasa kagum akan kecantikan parasmu :) *tak ubah macam umminya* Insya Allah, suatu masa nanti, anak Mama Put ni akan menjadi anak kebangaan Abi dan Umminya. Doa Mama Put sentiasa bersama Sarra.

    * tak sabar nak shopping hadiah untuk birthday girl :)

    ReplyDelete
  5. salam kak ita cayang..jgn touching2 dah k..be strong..bkn salah k.ita pun kejadian yg menimpa...takdir Allah,melahirkan anak tp tidak seperti anak2 yg lain tapi itu yg menjadikan anak kita istimewa kan? Sarra adalah anugerah yg ternilai buat kita semua..Hepi Besday to dear Sarra...smg sihat selalu n menjadi anak yg menyenangkan buat abi n ummi...kami sayang sarra!

    ReplyDelete
  6. happy belated birthday sarra sayang....

    sama bulan dengan aunty rupanya.....

    moga sarra membesar dengan sihat dan ceria ya....

    ReplyDelete
  7. Salam Ita...jgn rasa mcm tue..jgn rasa down..naluri sarra leh membaca naluri umminya..Lama tul ummi leen tak tinggal jejak kat Sarra..Neway happy belated birthday Sarra..semakin tembam pp sarra..putih melepak tau sekarang.ummi leen harap sarra menjadi anak yg baik sihat dan kuat ok..jgn rungsingkan hati ummi sarra tau..bilalah nak jumpa sarra nie..ermm..ita nanti bg no phone ngan address ita..okiesss

    ReplyDelete