Wednesday, June 09, 2010

:: Kamok-kamok...

"Alisya... tidurlah nak. Ummi batok nih, esok ummi nak keje... Abang, tolonglah amek adik nih pulak"... Alisya masih menangis dan terus menangis! "Alisya, apsal nih?? Asek melalak je... nak ape tengah-tengah malam nihhh??" Kedengarannya nada abi agak keras! Tak sampai hati rasanya nak biarkan anak kecil itu tidak dilayan, aku ambil semula. Adakala aku biarkan juga dengan abinya, kerana aku kebatukan yang melampau! Sampai tahap mahu terkeluar kerongkong nih rasanya. Inilah yang berlaku sehingga ke malam semalam semenjak 2 yang minggu lalu. Aduh, lama dah anak ini tidak mengamok sakan... entah kenapa, tiada kepastian!

Siang harinya, di rumah ibu daycare... tidak pula dia meragam sehebat malam hari. Kenapa jerr? Sakit perutkah? Nak berak tak lepaskah? Nak susu, sudah diberi. Air suam juga diberi... akhirnya mahu dipujuk, dibelai... berborak sehabis lembut nada ini, barulah lena tidurnya! Itu pun, tidurnya bukan di buai atau di tilam... tapi, nah!!! Hambek kau... mulanya diriba sudahnya bila bangun pagi... kenapalah kaki ku kebas semacam? Ohh... anak kecil ini sedang lena di celah bedah ummi rupanya! Haihh... ikut ajerlah nak oiii, asalkan sayang ummi tidur! Tapi, aku masih pelik... ape pasal Alisya menangis di malam hari? Lama dah tabiat sebegini tidak berulang kembali.

Hanya membuat kesimpulan sendiri, mungkin Alisya kepanasan. Atau mungkin kepenatan. Atau juga tidak selesa dengan pampersnya. Wallahualam. Pintaku, biarlah anak ini dapat tidur lena dan tiada gangguan sampingan. Kerana tatkala Alisya mulai penat, akan terjadilah 'nawas' nya yang sangat-sangat aku geruni itu! Sungguh, aku masih mampu menghadap akan kerenah Alisya di malam hari, tetapi aku tak sanggup melihat 'nawas' nya itu datang mengganggu anakku! Ya Allah, di manakah kekurangan dan kelemahanku? Kau berilah kekuatan dan teguhkanlah imanku untuk mengharungi onak duri dalam membesarkan Alisya Qaireen!

Malam tadi, syukur sangat-sangat sebab Alisya dapat tidur lena! Sehinggakan tergolek dari tilam pun... dia masih lena. Pagi ni, muka anakku sungguh manis. Rasa sayang mahu tinggalkan dia untuk bekerja. Apakan daya? Ummi dan abi masih kekurangan wang ringgit dalam membesarkan kamu, Alisya! Ummi masih perlu membantu abi untuk melunaskan segala hutang dalam hidup ini. Berdoalah semoga ada rezeki abi agar ummi dapat berhenti kerja, seterusnya membesarkan sendiri anak ummi yang sangat ummi sayang ini! Inilah impian ummi, mahu menjadi surirumah agar anak ummi sentiasa di sisi.

Sepayah mana pun mencari rezeki,
ummi tetap mengutamakan kesihatan anak ummi.
Ummi tahu Alisya tak suka, sabarlah wahai anakku...
maafkan ummi!

6 comments:

  1. adoi....tak sampai hati tgk budak2 nangis nie..kita pun ikut sedih..tambah2 bila tak tau apa puncanya.

    ReplyDelete
  2. Salam ita...kak nanie pernah rasa nak quit masa mula-mula dapat iman, tak sanggup rasanya nak bagi orang jaga anak seistimewa iman, mujurlah adik sanggup nak jaga...dan nasihat dari gb membuatkan kak nanie sedar....dan hikmahnya kak nanie rasai kini...kalaulah kak nanie berhenti...apalah yg kak nanie nak makan sekarang...Yakinlah, ada rezeki yang menanti...gambar tu masa rawatan kak Raw yer? Tak kesampaian nak bawak Iman ke sana...

    ReplyDelete
  3. samalah dengan idris. dua tiga hari ni, penyakit nak nangis di waktu malam. mungkin sebab cuaca panas kot.

    ReplyDelete
  4. nape sara nk nangis2 nih syg? meh sini kat aunty yatie ye..meh aunty peluk dia...cayangg sara

    ReplyDelete
  5. sarra mengada-ngada jer sebenarnya!

    ReplyDelete
  6. salam Ieta
    begitu besarnya pengorbanan seorang ibu seperti ieta,hanya Allah yangd apat membalas pengorbanan Ieta.

    Menjadi isteri,ibu dan pekerja di luar rumah menuntut pengorbanan yang bukan sedikit kan Ieta...

    ReplyDelete