Thursday, July 01, 2010

:: Lenalah Puteri Ku...

Tidurlah anakku, walau bagaimana sekali pun cara yang kamu selesa!

Hampir sebulan lamanya... sikap Alisya makin sukar diramal. Makin kuat merengek, makin lantang suaranya terjerit-jerit ketika menangis dan makin sakan dia kamok-kamok! Hingga naik seraklah suara manja anakku ini. Waktu tidur Alisya adalah sekitar jam 11.30 malam. Kadang-kadang sangat senang anak ini lena, akan tetapi bila tiba waktu yang tidak disangka, mau jam 6 pagi pun masih tak tido-tido! Pulak tuh, disertakan dengan rengekan yang di luar jangkaan! Aduhhh... ummi kene kerja sayang, ummi bukan cuti setiap hari. Ummi jugak perlu tido!!!

Sungguh, adakalanya aku hilang sabar, hilang pertimbangan... mulalah suara aku pula terpekik-pekik di tengah malam. Sesekali, kene jugak anak itu. (Tetapi hanya babab di pampersnya sahaja... itupun Alisya dah sedih bukan kepalang. Macam kene pial!) Tak kesampaian rasanya hati ini mahu babab kuat-kuat. Mujur aku cepat sedar, sedar dari perbuatan yang tidak sepatutnya! Pernah juga aku dan abang buang tebiat. Mandikan dia jam 3 pagi! Memang keje giler... semuanya untuk 'menyedarkan' anak ini dari terus dibuai amukan yang sangat-sangat tak terkawal!

Aku sayang dan akan terus sayangkan Alisya! Seringkali aku 'berborak' dengan dia di tengah malam; "Alisya... tidurlah nak. Ummi kene keje esok. Esok baru Selasa, kalau Jumaat... takpe, ummi off! Tidolah sayang. Ummi sayang sangat kat anak ummi nih. Alisya baik, pandai, cantik... tido eh. Ummi tak nak marah-marah adik, ummi mengandungkan adik, lahirkan adik bukan untuk dimarah-marah! Ummi sayang sangat anak ummi nih..." Macam-macam lagiklah yang aku borakkan, adakala ianya berkesan buat anak ini. Memang dia mahu kita berborak dengannya dan terus lena dibuai mimpi. Manelah ummi tahu nak oi! Adakala, tak jalan jugak dengan cara nih. Hinggakan air suam satu botol pun mampu dihabiskan dek kerana kehausan yang melampau agaknya!]


Sayu dan hiba hati ummi tatkala Alisya pandai membawa diri.

Apakah lagi yang harus aku buat? Bila diletak dalam buai, makin kuat jeritannya! Dicuba cara lain, oouuhh... mahu tidur duduk pula. Kalau dia sahaja yang tido secara duduk, tak pelah. Mungkin itu keselesaan dia, ini tidak... dengan aku sekali Alisya paksa suruh tido duduk! Adushhh... sakit pulak pinggang ummi nih. Kalau masa Alisya baru 3-4 bulan dulu, memang begini cara tidur kami dua beranak. Tapi sekarang, Alisya dah 2 tahun. Sesak jugak nafas ummi nak... hihii.

Hari ini, alhamdulillah... Alisya makin lena. Tafsiran ku, berkemungkinan dia tidak selesa dengan pampersnya, (sebelum tidur haris ditukar... walaupun belum kuyup)... tak pun, Alisya tidak mahu berlengan panjang tika tidur. Walaupun ada 'kekurangan' anak ini, namun dia tetap manusia yang punyai rasa ketidakselesaan yang sama. Tak apalah nak... apa pun gaya yang anak ummi mahukan, ummi turuti. Asalkan Alisya dapat tidur yang cukup dan selesa! Itu yang ummi mahu sayang. Doa ummi, agar Alisya tidak lagik mengamok sakan, sebab dari sinilah dia mudah 'diserang' nawas yang jahat itu! Maafkan ummi atas 'kekejaman' ummi yang diluar kawalan itu! Ummi berdosa dan sangat bersalah dengan Alisya. Ummi sayang, sayang, sayang, saaayyyyaaanngggg kamu sangat-sangat!

** Lega rasanya dapat memprivatekan blog ini. Terasa 'jauh dan selamat' dari anasir-anasir yang tidak sepatutnya! Maafkan tuan empunya blog....

7 comments:

  1. Alalala cik tenit ni..awaitlaa buat ummi cmtu..cian ummi..nesib beiklaa ummi penyabar.. tu pun kengkadang terbabas jugak dibuatnya..hehe..

    susah ati kan kalu kite tak tau apa nk buat tuk redakan anak-anak yg menangesh..sudahnya ngan kite2 skali uwaaa sama!

    ReplyDelete
  2. ha'ah...memang ye kak. ita give up sampai ita pun dok nanges same! sedih tgk anak meragam, tak tahu nak ngadu mane sakit! mujur lah anak ini masih sayang kat ummi!

    ReplyDelete
  3. Cian sarra..tiap kali tgk wajah mulus dia ati pasti terdetik 'dia terlalu comel, naif utk melalui semua ini..'begitu juga tiap kali akak jengah blog ayu,airmata pasti ada je...
    tula kan..inilah yg dinamakan pentas kehidupan penuh dgn mehnahNya..

    Sarra anak baik, ita..baik sgt..wajah mulusnya menceritakan segalanya..pasti ada yg tak kene dia meragam begitu, cuma kita sj yg takleh nak teka apa..kita ni bila jdi gitu mulaala pk yg bkn2 jer kan..?hehe..

    Tapi akak yakin suatu hari nanti keajaiban pasti berlaku..dan sarra tak mustahil mampu memenuhi impian dan doa ummi dan abbinya..insya'allah..ameeenn..

    ReplyDelete
  4. alala cian ummie...alisya nak kasi bonus kat umie dia tu diatas kesabaran dan sifat kasih sayang yang melimpah ruah yang ummie dia kasi tu...

    ReplyDelete
  5. terima ksih juga sebab sudi jemput...

    ReplyDelete
  6. alahai sedeh maklong nengok. apa nak buat maklong memang ada soft spot pada "someone with special needs". alisya tau kan, abg issudin pun tak seperti budak lain. tp maklong bangga ada anak bertanggung jawab cam abg sudin. dia pun suke alisya tau, sama ngan kak aino dan abg amad. so alisya x yah risau, kawan alisya ada kat mana2. bersandarlah kat kami bila2 masa alisya perlu ye.

    ReplyDelete
  7. masheh mak long... masheh sebab 'faham' alisya....

    ReplyDelete