Alhamdulillah, sampai jua kami pada tarikh 9 Julai nan lalu. Jauh di sudut hati, kami agak terkilan. Terkilan kerana ketika sama-sama ke Syifa' al-Hidayah ini, kami berempat sebenarnya. Namun, apabila tiba saat yang ditunggu... kami hanya pergi bertiga. Sedia maklum, arwah telah dulu pergi menemui Penciptanya. Di sinilah aku berkenalan dengan Ayu, Nadime, Syarul dan arwah Alanna. Pertama kali kami bersalaman, bertegur-sapa dan kekok untuk memulakan cerita masing-masing. (Bagaikan malu-malu tapir masing-masing!) Hehehee...
Berbalik kepada cerita 9 Julai, inilah tarikh yang ditunggu! Walhal, kami ke sana untuk mengambil tarikh rawatan adalah pada 27 Mac yang lalu. Lamakan kami menanti? Akhirnya tiba jua masa itu. Rawatan di sini sememangnya amat menarik minat aku dan abang. Hanya berlandaskan ayat suci al-Quran. Kita hanya manusia, yang punyai kuasa untuk berusaha... namun kuasa Allah lebih besar untuk menentukan segalanya. Teringat akan kata-kata Mak Ton... "Tak ada satu pun penyakit kat dunia nih yang tiada penawar. Allah memang suruh kita berusaha untuk cari dan terus cari penawar tuh"... InsyaAllah. Hanya doaku, agar Dia terus membuka jalan dan petunjuk serta memberkati usaha aku dan abang dalam membaik pulih Alisya. Sememangnya, bukan suatu perkara yang mudah.
Apa yang Tuan Haji Lokman (yakni tuan empunya tempat rawatan) memberitahu kami tentang Alisya... "Anak ini tidak ada sebarang gangguan 'halus'... namun ianya berhubungkait dengan permasalahan otaknya. Peredaran saraf-saraf otaknya tidak terkawal dengan baik, bila tak dikawal anak ini akan makin stress. Bila stress, otot-ototnya pula mengejang dan mengeras. Dengan ini, sawannya pun mudah datang" Begitulah hendaknya erti yang tersirat disebalik kata-kata Tuan Haji ini. Aku dan abang.... pasrah! Bukan pasrah pada yang mengalah, namun pasrah dengan ujian buat kami. Tuan Haji ada bercakap... "Memang tiada ubat yang khas dapat menyembuhkan penyakit seperti ini. Hanya amalan surah-surah al-Quran sebagai penawar!" Hmmmm.... agak suspen juga rasanya berada di Sungai Pusu itu. Suspen dengan kaedah rawatan yang diberikan. Sungguh aku kagum dengan 'kebolehan' yang ada pada Tuan Haji ini. Semuanya dengan izin Allah.
Surah terpilih sudah pun diberikan kepada kami, hanya perlu melaksanakan amalan yang dituntut. InysaAllah, andai punyai masa yang lapang... pasti kami akan cuba mengamalkannya. Alisya anakku, ummi dan abi bukanlah hambaNya yang sempurna. Kami bukanlah ummi dan abi yang terbaik, namun kami tetap mencuba selagi ada jalan untuk memperbaiki 'kekurangan' kamu! Mana sahaja tempat rawatan yang kami rasa 'serasi' dengan kamu dan jiwa ini, pasti ummi akan menggesa abi ke sana. InsyaAllah nak, tiada yang lebih ummi pinta. Cukuplah sekadar kamu pandai menguruskan diri kelak. Ummi dan abi teramat menyayangi kamu; Alisya Qaireen!
Salam ita..kak Pnut nak ita invite dia sbg reader blog ita.. nanti cit cat ngan dia la yek.. :)
ReplyDelete