Sudah masuk hari ke-13 kita berpuasa. Selamat berpuasa semua! Agak ketinggalan dalam meng-apdet cerita, kerana aku tidak punyai 'mood' yang baik lately nih...
Ramadan... hadir dengan 1000 harapan, datang dengan 1000 rahmat, tiba dengan 1000 nikmat! Mudah-mudahan aku sekeluarga mendapat hidayah pada Ramadan ini. Lebih-lebih lagi buat anakku, Alisya. Sedari Ramadan pertama, anak ini sudah menunjukkan 'ragamnya' yang tak terperi! Ummi tak perlu menunggu alarm berbunyi untuk sahur, tetapi Alisya dah sedia mengejutkan ummi pada jam 3 pagi. Adakala jam 2 pagi! Walhal ummi baru masuk tido pukul 12 malam. Kenapakah? Kerana Alisya meragam sekoyan! Sangat-sangat meragam.
Ummi dan abi buntu... tak tahu apakah punca anak ini jadi tak keruan! Demam tidak pula. Jika erjaga dari jam 2 pagi, membawa hingga ke subuh pun belum tentu elok ragamnya. Wallahualam... kesabaran ummi dan abi makin tipis dibuatnya. Biasalah, sesekali hinggap juga tangan ummi kat pampers Alisya. Bila dia dah tido, terasa benar 1000 kekesalan menerpa diri ini! Bodohnya ummi memperlakukan Alisya sebegitu. Bukan Alisya pinta, apalagi dia tidak tahu bersuara mana yang tak kena. Kesian anak ummi. Maafkan ummi nak! Ummi tak dapat nak kawal amarah yang makin membuak!
2 hari aku terpaksa mengambil cuti kecemasan. Andai ku hantar juga Alisya ke rumah beby sitternya, pasti lebih merunsingkan ibu. Silap-silap, ibu pun tak dapat 'handle', lalu tak sampai 2 jam di ofis nanti... aku dan abang harus bawa anak ini pulang semula. Sudahnya, EL adalah jalan terbaik! Sepanjang menjaga Alisya di rumah, anak ini tak boleh diletak, tak boleh dibaringkan, tak boleh lekang dengan ummi. Haihhhh... penin ummi dibuatnya! Mujur puasa, tak perlu nak masak or mengemas giler-giler. Memang dok mengadap Alisya sahaja. Wahai anak... apakah masalah kamu sayang?
Akhirnya aku dan abang ke klinik lagi. 2 klinik kami pergi, semuanya tiada doktor. Ouuu... mahu bersiap untuk berbuka kot. Tak apelah, kaki terus melangkah ke klinik yang ke-3. Klinik Mega. Alhamdulillah, doktor ade... kerana doktor itu tak perlu berbuka puasa. Doktor perempuan, Carmen namanya. Melangkah sahaja ke bilik doktor, aku terus memberitahu yang Alisya CP. Tak perlu nak disorok status anak sendiri! Seronok pabila mendapat khidmat daripada seorang doktor yang juga punyai sepupu CP seperti Alisya. Secara tak langsung doktor Carmen banyak memberi tunjuk ajar, rangsangan dan pandangan yang sangat-sangat berguna buat aku dan abang!
Sepupunya yang CP itu, (lelaki) sudah berumur 35 tahun!!! Kuasa Allah, selama mana Dia mahu hamba-Nya hidup, selagi itu nyawa masih dikandung badan! Dan lelaki itu sudah bekerja di supermarket Giant sebagai penolak troli. Sungguh!!! Aku terasa bertuah andai Alisya mampu berdikari sejauh itu. Sekurang-kurangnya apabila mata ini 'tertutup' nanti, aku tahu Alisya boleh menguruskan diri! Sepupu doktor tadi mampu bercakap di kala umurnya 30 tahun! Masya'Allah... anugerah Allah. Lambat-laun, bercakap jua. Pasti ibu bapanya tidak pernah berhenti bercakap, berborak dengan anak itu. (Seperti yang aku lakukan terhadap Alisya, faham atau tidak... aku tetap teruskan. Kerana aku yakin, Alisya memahami umminya!) Pasti ibu bapa lelaki itu banyak berdoa! Walaupun bukan beragama Islam, namun... doktor Carmen sangat mempercayai akan kurniaan Tuhan, rezeki Tuhan dan doa yang dipanjatkan kepada Tuhan!
Seterusnya, Alisya dirawat. Akhirnya, untuk kesekian kalinya... Alisya perlu di-neb. Kahak terlalu banyak. Pertama kali bagi Alisya... dan pertama kali juga bagi aku menyaksikan bagaimanakah sesi nebulizer itu berlaku! Aku tak pernah melaluinya selama 29 tahun hayatku! Jakunkan? Walaupun suami sendiri pernah di-neb, namun aku tak tahu bagaimanakah rupa bentuk neb itu! Hahaaaa.... kesian ummi! Kesian lagi Alisya, agak terkesima ummi melihat betapa rileksnya Alisya ketika di-neb! Maafkan ummi kerana tidak bertindak lebih cepat... lalu membiarkan Alisya mengamok dan terus mendapat 'habuan' tak sepatutnya dari ummi! Ummi yang bersalah. Maafkan ummi sayang!
Di luar bilik neb, doktor Carmen memeriksa abang kerana abang juga sepertinya tidak berapa sihat. Macam-macam gelak-tawa yang ku dengar. Apakah yang mereka bualkan? Gelakkan? Selesai meng-neb Alisya, aku ke bilik doktor semula. Barulah aku faham kenapa, rupanya doktor Carmen mengesyorkan agar Alisya diberi 'adik' secepat mungkin! Terus sahaja doktor memberi abang MC esoknya. Hahaa... tergelak aku dibuatnya. Hmmm... abang, 'pandai-pandailah' faham apakah maksud ayang selama ini. Doktor Carmen juga sependapat dengan ayang! Maka... tepuk dada, tanya sama itu hud-hudlah ye bang! Memang banyak baik dari sebaliknya. Insya'Allah... rezeki Allah tak pernah putus buat hambaNya. Hanya hambaNya sahaja yang tak tahu bersyukur!
Habis cerita Alisya dengan doktor Carmen, ummi nak cerita pula pasal satu kejadian yang tak diduga langsung! Alisya jatuh buai!!! Subahanallah... pun pertama kali buat anak ini. Buai Alisya patah dua! Bagaikan terhenti jantung ummi bila menyaksikan sendiri kejadian ini depan mata. Alisya bagaikan tersembam jatuh... 'kedebuuukkkkk'!!! Macam nangka busuk jatuh, menjeritlah ummi. Abang pun yang baru nak lelap seketika selepas sahur, terus terjaga dan mengucap panjang! Ummi dah gelabah dah... dah pikir yang bukan-bukan. Risau kalau ada yang patah, andai anak ini muntah-muntah, risau jika ada kesan sampingannya yang ummi tak perasan. Walhal anak ini sedikit pun tidak menjerit sakit, mahupun meraung menangis sekuat hati. Huhhhh... sungguh ummi rasa kesal masukkan Alisya dalam buai sahur pagi tuh. Menjelang tengah hari, aku menyuruh abang pantau Alisya. Giliran abang untuk menjaga Alisya, kan abang dapat MC dari doktor.
Alhamdulillah, Alisya tak apa-apa. Bagaikan Allah menurunkan para Malaikat untuk menyambut anak ini dari tercedera teruk. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Hari ini, Alisya makin baik sikapnya. Hanya sesekali dia mengamok. Biasalah tuh, Alisya dan kamok-kamok mane boleh pisah??? Macam-macam ujian buat kami awal Ramadan 1431 ini. Semoga Allah terus merahmati dan memberkati kami serta kalian di luar sana. Amin... selamat meneruskan ibadah puasa...
** Blog dibuka semula atas sebab dan alasan yang munasabah. Entahlah... kucar-kacir sebenarnya! Biarlah dengan 'mereka-mereka' yang tak penting dalam hidup aku tuh! Doakan saja mereka bahagia...


rindunya dengan ita dan alisya....
ReplyDeleteakak doakan alisya akan cepat dapat adik....
hehehe....
boleh temankan alisya main dan ketawa....
take a gud care dear...
selamat berpuasa jugak...
tu la kadang2 kita hilang sabar kan bila anak ngamuk, pastu tak sengaja lepas kemarahan tu kat diorang..lepas tu meneyesal...yatie pon selalu gitu huhuhu..
ReplyDeleteSalam Ramdhan Ita;
ReplyDeleteAlisya ngamuk2 ya...takpela Alisya nak kasi ganjaran lebih untuk ummi & abi dia kut...
Baik doktor tu kan, melayan tanpa ada had...
get well soon Alisya..AMin
ReplyDeleteita, selama ni dapat nengok alisya dari blog ina dan superkids yang lain. Hari ni dapat baca sendiri blog ita. Bestnya!
ReplyDeletesamalah anak kita, CP. ni pun tengah meragam.
ReplyDeleteHappy dapat baca balik blog ni, walau silent reader selama ni...
ReplyDeleteseronok dapat tengok wajah comel ni..
nama dia cam anak akak, Alesya Qhaisara...
terima kaseh pada semua yang mendoakan Alisya dan kawan2nya.. terima kasih juga keran tak jemu dgn blog ini, walaupun pernah di privatekan seketika.
ReplyDeleteentahlah... adakala hati tak tenteram, mulalah buat bende2 yang mengarut. lani, malas nak pikir hal yang remeh-temeh tuh! tak penting pun dalam hidup ni... terima kasih semua!
ita pun rindu kat kalian, super readers!
Salam..saya baru dapat masuk blog ita..x jemu tengok muka Alisya..kekasih gelap abg nadime..tomei sgt2..saya ada anak buah CP..So, ita..teruskan berusaha untuk Alisya..chaiyok! Allah akan membantu Ita, InsyaAllah...
ReplyDeletesalam ita...
ReplyDeletesalam perkenalan, kak min just blog hop dr blog noina. syukur sangat dapat berjumpa ramai super mum walaupun melalui medium cyber ini. didoakan alisya cepat dapat adik, it's a very good therapy for her... Insya Allah!
kak min, leicester
ita...akak betul2 xtau slama ni...tapi lpasapa yg akk bce ni, masyaAllah...Ita n sengeh mmg kuat...dan smoga kalian akan trus tabah...akak terharu dengan tiap bait kata2 mu itu...Allah sentiasa bersama kalian....jaga alisya baik2 ye...diela harta dunia n akhirat....(kyuz uitm)
ReplyDelete