Wednesday, September 01, 2010

:: Penyambung Zuriat Ita-Farid...

Anak ke-2 Ieda dan Shahril. Doakan agar ada rezeki kami.


Sekadar untuk menumpang kegembiraan dan keterujaan di hati. Tahniah buat sahabatku yang umpama saudara kandungku; Ieda dan Shahril kerana telah memiliki cahaya mata ke-2. Dengan ini, secara rasminya Dania (anak pertama mereka) sudah bergelar kakak / kak long! Harapnya Dania tak 'lupa' pada Sarra. Adik Dania dilahirkan secara caesarean kerana kaki beby terbelit dengan tali pusat. Tak apalah, asalkan semuanya selamat.


Keletah Dania untuk Sarra.
Aku juga mahu merasakan 'keletah' sebegini
dengan anak sendiri. Insya'Allah



Dania, harapnya kamu tak 'ketepikan' Sarra.
Ummi sayang kamu berdua yang kini bertiga pula.


Semangat dan keinginan ku untuk menambah zuriat, semakin membuak-buak! Seperti yang telah ku nyatakan sebelum ini, abang juga nampaknya semakin terkesima melihat beby. Makin tidak keruan mahu memberikan Alisya adik! Mudah-mudahan, Allah memakbulkan permintaan kami untuk menambah penyambung zuriat Ita dan Farid. Yang lebih utama, semoga Allah mengurniakan kami anak yang sihat agar anak itu dapat 'menjaga' kakaknya kelak bila mana aku dan abang pergi suatu hari nanti! Aku juga seperti isteri-isteri yang lain, mahu memberikan anak yang sihat, cergas untuk 'hiburan' suami dan boleh diharap untuk menjaga kakaknya kelak. Semoga Allah permudahkan urusan kami.


Abi dan Aina Delisha... persis Alisya!


** Ada masa, semangat ku mahu melahirkan anak secara normal, semakin membara. Ada tikanya, aku takut dengan risiko yang terpaksa ditanggung! Apa pun, hanya doaku andai Allah memberikan kami 'rezeki', biarlah ianya sihat. Sesungguhnya, kita hanya merancang, Dia juga yang menentukan... Bukankah Allah lebih mengetahui akan tiap sesuatu perkara itu, baik atau tidak buat hamba-Nya?

8 comments:

  1. semoga Allah kabulkan doa ita & farid utk bg adik kat sara ... amin :)

    ReplyDelete
  2. amin..masheh yatie. beby SN bila pula nak jadik abang?

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah permudahkan segala urusan....

    ReplyDelete
  4. amin, moga impian menjadi kenyataan.. :D

    ReplyDelete
  5. salam..klu x silap saya gambar sara ada kuar kt akhbar berita harian, 3/9/10 hr tu...

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan..saya kagum dengan ketabahan awak.saya doakan semoga ALLAH mengkabulkan doa awak sekeluarga..ALLAH maha berkuasa.Pada kita setiap urusan itu nampak sukar namun pada ALLAH ianya mudah..:)

    ReplyDelete
  7. Ita, Sarra ari tu lemas sebab ape?
    tali pusat terbelit ke?

    ReplyDelete
  8. akak doakan moga hajat ita dan farid untuk memberikan sarra adik termakbul hendaknya...

    insyaallah...

    ReplyDelete