Monday, January 03, 2011

:: 3 Serie's...

Walauwehh! Macam BMW 3 serie's lah! Limited edition nehhh... muahahaha!

Allah selamatkan ummi,
Allah selamatkan ummi,
Allah selamatkan ummi Alisya,
Allah selamatkan ummi...

Beberapa jam sebelum ke dunia 30-an!

Selamat hari lahir buat diri sendiri! Selamat melangkah ke alam 30-an! Allah masih beri ku peluang untuk terus bernafas di bumi yang penuh dengan pancaroba ini. Alhamdulillah, masih panjang umurku, masih berpeluang merasai nikmat berumahtangga, bersuami dan punyai anak seindah Alisya Qaireen!

Tiada yang lain ingin ku panjatkan, hanya doa agar kehidupan ini semakin diberkati, semakin dilimpahkan rezeki dari-Nya dan semoga ada sinar yang menanti buat aku, abang dan anak-anak ku kelak.

Angka 30 hanyalah suatu simbol yang tak harus ditakuti. Malah bagiku ianya umpama satu bonus, yang mana tidak semua makhluk ciptaan Allah mampu bertahan sejauh ini. 29 tahun nan lalu, banyak perkara yang dipelajari membuatkan diri ini semakin matang, semakin tabah dan semakin berhati-hati dalam melayari kehidupan sebagai seorang anak, adik, isteri, ummi, teman dan kawan!

Suatu masa dulu, pernah ku impikan seorang anak
'lebih indah' daripada Alisya.
Akan tetapi,
Allah lebih mengetahui bahawa Alisya lah yang terbaik,
terindah dan 'lebih indah' daripada yang ummi impikan!

Ummi sayang kamu nak! Sangat sayang!


Tidak semua yang kita idam dan angankan akan kita kecapi. Sejauh mana kita merancang kebaikan, hanya Dia yang tahu manakah satu yang baik dan buruk bagi kita. Semoga diri ini dan keluarga mendapat keberkatan yang berpanjangan daripada Allah subhanahuwata'ala. Amin Yarabbal A'lamin...


** Semoga masih panjang umur ini agar dapat ku menjaga Alisya nanti. Andai takdir dan seruan Illahi perlu ku sahut terlebih awal, mahu saja anak ini dibawa bersama. Hanya ummi untuk Alisya dan abi!

9 comments:

  1. Selamat Hari Lahir Ita.Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan tercapai segala apa yang dicitakan.

    ReplyDelete
  2. epi besday ita.. semoga berbahagia di dunia & akhirat. sayang untuk alisya ye!

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Lahir Ita, Semoga bahagia & sentiasa dlm lindungan Ilahi...

    ReplyDelete
  4. age is just a matter of numbers...we're always 17 in our heart..hehehe

    ReplyDelete
  5. Selamat melangkah ke geng 30 an...kak nani dah 34..hehe tuanya...

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir... sama la kita ni lahir bulan januari.. ;)

    Rokayah Zain

    ReplyDelete
  7. Yeehaaaa..welcome to the club ita..ngenegege..takpa..yg bertambahnya usia..jiwa tetap maintain anak dara...bule..?heheheh

    ReplyDelete
  8. selamat hari lahir, setuju ngan k. ieda,we're always 17 in our heart..hehehe

    ReplyDelete
  9. masheh semua untuk doa2 kalian. semoga kita semua terus sehat dan ceria, muda dihati agar dapat sentiasa menikmati dan mensyukuri kurniaan Allah... amin!

    ReplyDelete