Saturday, January 29, 2011

:: Ahh-haaaii Cek Mek Molek...

-Entry terbengkalai....

Peristiwa yang sudah berlalu hampir seminggu. Ketika aku dan Alisya sedang leka berbual sesama sendiri, sambil menunggu setia Cek Abang Sayang berjumpa dengan clientnya di meja yang berlainan, aku ditegur sapa oleh seorang pakcik, lingkungan umur lewat 60-an. Tampak masih tegap dan gayanya juga sedang menunggu seseorang.

Kejadian berlaku di food court The Gardens. (Dah macam nak melaporkan berita pula!) Cerita ini ku coretkan adalah semata-mata kerana menghargai keprihatinan insan di luar sana yang sama-sama mahu berkongsi rasa dengan aku. (Masih ada yang sayang!!!)

Pakcik: Anak tuh nak tidur ke?

Ummi: Eh..taklah cik. (sambil senyum)

Pakcik: Ohh... nampak macam mengantok. Berapa bulan tuh?

Ummi: Hmm... nak masuk 3 tahun cik...

Pakcik: Ohh... eh, kecik je.

Ummi: Ha'ah...istimewa cik.

Pakcik: Allahuakhbar!!! Maaf ye nak, pakcik tak tahu... (pakcik tu bingkas bangun dan menuju ke meja kami...) Maaflah, tulah pakngah tengok tadi, lain macam sikit anaknya ni. Pakngah minta maaf lah ye nak... memang pakngah nak tanya tadi, takut anak ni kecik hati. Pakngah faham, sebab pakngah juga ada anak istimewa! Alhamdulillah, dah 40 tahun umurnya!!!

Seraya pakcik itu membahasakan dirinya pakngah. Aku terkedu seketika! Memang hebat kuasa Allah, sejauh mana Dia mahu hamba-Nya hidup, selama itulah yang akan terjadi walau dalam keadaan apa sekalipun!

Ummi: Ohh..yeke, Alhamdulillah...panjang umurnya ye cik.

Pakcik: Ha'ah nak, dah Allah nak beri... kita terima ajelah. Kene sabar banyak-banyak. Inilah 'ibu rezeki' kita nak. Allah beri kita anak macam ni, Dia bagi ujian kat kita. Kene redha, Allah beri ibu rezeki ni. Anak-anak yang lain rezeki juga, tapi yang inilah ibu rezeki kita nak! Ini pesan pakngah, jangan sesekali kau marah-marah dengan anak macam ni, sabar sentiasa. Jangan di tinggal-tinggalkan anak ini. Bawak gi jalan, belikan dia baju baru sebulan sekali. Sebab duit yang kita dapat, itu rezeki dia! Cantik-cantikkan dia. Dia pun macam kita jugak. Nak baju cantik, nak pegi jalan. Allah....... cantik anak kau ni nak. Putih, haaaaalus kulitnya, rambut tokcang... ada bunga. Ahhaaai... cek mek molek!

Sempat menyanyi pula pakcik tu. Sungguh hebat dugaan yang pakcik itu tempuhi, aku baru sahaja memasuki tahun ke-3 bersama Alisya, tapi pakcik tu? 40 tahun!!! Masya'Allah! Bukan sedikit masa dan pengorbanan yang perlu di lakukan, namun... hati yang tabah mengatasi segalanya!

Ummi: Yelah cik, dah Allah nak beri kat kita. Orang lain ada jugak tak merasa jadi mak, ayah. Sekurang-kurangnya zuriat kita sendiri kan cik. Mana ada ibu yang mengandung, mintak doa yang tak elok untuk anak-anaknya? Semua nak yang cantik, semua nak yang sehat, yang cerdik. Tapi yelah...

Pakcik: Iye nak, betul tu. Siapa nak anak yang tak sehat? Sebab tu jaga baik-baik anak ni. Sedih pakngah tengok kau ni. Anak sulong ye... Sabar banyak-banyak ye nak... Allah nak uji.

Tiba-tibanya air mata pakcik tu mengalir jua. Alahai pakcik ni, memanglah saya pun dah ketepi ketengah dah air mata ni, suara pun dah ketar-ketar aje nih! Puas saya tahan tanak jatuhkan air mata. Aleh-aleh tengok pakcik menangis, terus saya pun lembik!

Pakcik: Pakngah faham perasaan kau nak. Bukan senang kita nak terima hakikat. Anak pakngah tu perempuan, boleh merangkak je. Tapi cakap pun pandai, cuma pelat sikit. Tiap-tiap hari pakngah mesti talipon dia, tanya dah makan ke, sehat ke. Kene talipon pagi-pagi, kalau talipon petang sikit... mulalah merajok. Yelah, dia jauh kat felda sana tu... tu yang hari-hari kene talipon. Kalau pakngah balik kampung, nih... kaki pakngah ni, dia paut je. Tak kasi kita pegi mana-mana. (bergenang lagi air mata pakcik ini...)

Hebatnya kasih sayang seorang ayah yang menyara anak istimewa selama 40 tahun kan?! Entah berapa lama lagikah perjalanan anaknya itu, semuanya sudah direncanakan, diperkenankan, diizinkan dan ditentukan oleh Allah! Aku dan Alisya? Wallahualam. Sejauh mana lagi Alisya 'dipinjamkan' oleh-Nya untuk kami, sungguh aku tiada jawapannya. Yang nyata, jauh lagi pengalaman yang harus ku kutip! Masih nipis lagi kesabaran ku dalam melayani kerenah anak ini. Tapi pakcik tu? Tak tergambar dek akal fikiran mengenangkan kuatnya semangat pakcik tu, cekalnya hati dia dalam membesarkan amanah Allah itu! Subhanallah!!!

Pakcik: Cantik orangnya! Ahhaaai, cek mek molek... (sekali lagi pakcik tu menyanyi untuk Alisya sambil tangan anak ini tak lepas dari genggaman pakcik tu)... Haiii... sabar ye nak. Pakngah nak balik dah ni, kirim salam kat orang rumah. Ada rezeki, kita jumpa lagi.

Dan pakcik tu pun berlalu pergi. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang kami bualkan bersama. Bab petua, bab nasihat, bab kelahiran Alisya, bab pengalaman membesarkan anaknya. Alisya hanya tersenyum menggedik! Terima kasih pakcik, segala cerita-ceriti kita pada pertemuan itu akan saya sematkan sebagai panduan dalam membesarkan anugerah Illahi ini. Insya'Allah.

Kita hanya merancang, Dia juga yang menentukan. Sehebat mana dugaan yang aku dan abang tempuhi, pasti hebat lagi dugaan pakcik dan isterinya lalui! Subhanallah... Kun-fayakun!!!

8 comments:

  1. Sedih saya baca ita..semoga kita diberi kesabaran dan ketabahan oleh Allah macam pakngah tu,..

    ReplyDelete
  2. semoga ita semakin 'kuat' lepas jumpa pak ngah. mungkin Allah sengaja nak temukan Ita dgn Pak Ngah sebab nak Ita tahu yang ramai orang yg syg dengan Alisya :)

    ReplyDelete
  3. hmm..mengalir juga air mata ni..dan akak juga sudi berkongsi cerita..mendengar cerita..menyayangi Alisya walau seribu tahun lagi..selagi hayat dikandung badan...Mmuah untuk Alisya...

    ReplyDelete
  4. Ita..sebak ayu baca entry nih.Sesungguhnya masih ramai yang menyayangi alisya.(ibu ayu pun sayang alisya jugak.hihihik) So, ita mesti kuat tau.Kami sentiasa ada untuk ita.
    p/s: xpuas jumpa korang arituh.xsempat nak main-main ngan alisya.Anyway thank's a lot.Nanti jumpa lagi yek.botol susu aisya simpankan dulu yeh ;P

    ReplyDelete
  5. terharu jugak baca cerita pak cik ni... kak min ni lomah betul kalau orang lelaki nanes2 nih. kak min sure 3 kali ganda la... huhuhu!

    ReplyDelete
  6. hmm...sebak..40 tahun..Allahuakbar..benarlah..betullah, kalau rasa kesabaran ni dah cukup tebal, rupanya pakcik tu lagi tebal...perkongsian yg menarik...ummph utk alisya cek mek molek..

    ReplyDelete
  7. seringnya...yang terlebih dahulu merasa....memahami getir yang tidak tersingkap....

    membuka ruang bicara....membawa minda dan hati menjelajah ke suatu rasa....yang hanya Dia... Penentu yang Maha Mengetahui.....

    semoga dipermudahkan tiap urusan dunia akhirat buat yang tersayang....dan yang menyayangi....

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

    wallahu'alam...

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan.. tersayat hati membaca entry Ita ni.. Smg sentiasa tabah & kuat semangat ye..

    ReplyDelete