Payah gak sebenarnya nak mahir dalam bab mendriving ni. Maklumlah, sejak dapat lesen 10 tahun lalu, terus stop dulu. Terencat nak teruskan pemanduan sebabnya asek kerna sergah dengan abah. Hahaaa!!! Sejak dua menjak kejadian yang bertubi-tubi menimpa kami, aku gagahkan diri untuk cuba memandu semula. Terima kasih kepada parking Mid Valley kerana sudi menaikkan harga tiket, kerana kalau tidak... sampai ke hari ni aku masih menjadi co-pilot terhormat! Muahahhaaa...
Memandu di Kolumpo, banyak sungguh yang mencabar keimanan. Ada pemandu yang berhemah, siap bagi jalan... ada yang tak sabar main redah masuk lorong orang, ada juga yang beli kereta mewah @ besar gedabak, tapi sayang 'tak ada' lampu signal! Macamlah kene bayar kalau nak bagi signal untuk masuk simpang! Haiii... macam tu lah sikap dan ragam pemandu-pemandu di Mesia ini. Pada mereka yang bertolak-ansur, terimas lah! Pada yang masih rasa jalanraya ni macam jalan dia sendiri, bawak-bawaklah bertenang. Wallahualam!
Aku sendiri pun adakalanya bagaikan hilang sabar dengan pemandu-pemandu lain. Tapi, paling busuk pun... aku cuma tercarut; "wak lu bawak kereta macam tuh"! (sekadar melepaskan batuk kering kat tangga!) Hahaaa... nak marah lelebih, aku pun bukan teror sangat dalam bab bawak kereta neh! Kadang tu macam nak cari driver je rasanya. Abang, auto car please! (macam dapat?!) Hihiiii...
Keterpaksaan aku untuk memandu adalah kerana Alisya! Kekuatan hati terbit kerana Alisya! Dulu memanglah aku seriau nak driving semula. Tapi kerana anak, aku berusaha dan teruskan jua walaupun kadang-kala tersenggut-senggut menahan mengantuk! Alhamdulillah, skill tu tak hilang macam tu sahaja. Setakat 7 bulan nih, tidaklah sempurna mana pemanduan aku. Adat... sesekali pasti berdentum sana-sini. Macam Pak Mat Tempe berlanggar dengan motokar! Muahahahaa!!! Sudahnya, NBD aku ranap jugaklah. Dah macam kereta Gaban! Baru aje bertukar kulit... dah start melecet sana-sini. Pinjam kereta abah, pun ranap jugak aku kerjakan... tapi bukannya sengaja. Manalah ada pemandu nak saja-saja langgar tembok ke, langgar bendul ke, langgar teksi ke... Teksi? Adeh, 2 kali gaban kami ni 'mencium' muntut teksi! Ahahaaaa!!! Memang jahanamlah kereta aku tuh. Pulak tu, itulah satu-satunya nyawa yang ada untuk mengangkut kami ke sana-sini.
Kejadian yang tidak disengajakan. Serta-merta perutku senak seharian!Kereta abah. Stereng sekali putar hilang 5 kilo berat badan.
Punyalah berat! Tapi enjin power lagi, walaupun dah 'veteran'.
Walaupun Gaban kami tidak seindah rupa,namun Alisya tetap selesa! Hanya inilah pengangkutan
yang kami ada untuk dibanggakan! Hahaaa...
What ever pung, hanya doa sebagai pengiring perjalanan pergi dan balik walau ke mana sahaja aku memandu. Terima kasih pada mak yang tak pernah putus mendoakan keselamatan anak-anak, menantu dan cucu-cicitnya ini. Doa ibu adalah yang terbaik! Tak kesahlah sekemek mana pun kereta kami tu, tak kesahlah se'gaban' mana pun jadinya... asalkan NBD mampu menampung perjalanan kami ke mana sahaja dengan selamatnya! Yang penting, baca doa naik kenderaan memang aku tak pernah tinggal! Sehari dalam 16 kali aku ulang! Hahahaaa... hinggakan nak makan pun terbaca doa naik kenderaan daaa... kan ke sengal tuh?
** Kene tukar absorber pulak! Lepas satu, satu sakit NBD ni. Sabar ajelah... sebab tu kami sayang sangat dengan si gaban neh!

Apa-apapun tahniah kepada gaban kerana berjasa dan berjaya membawa balik cermin yang akan merubah hidup anda sekeluarga..Muahahahaha :P
ReplyDeleteye ayu mayyoo... memang berjasa sangat Encik Gaban tuh! sakit penin, holiday, gaduh, suka duka semua dalam gaban tuh! kot tak, tak merasa bawak cermin semalam! ahahaaaaa...
ReplyDeleteYa..ina dah tgk ita bawak..yeah..dah terror dah.. :) Nampak makin cekap..!!
ReplyDeleteapa2 pe pun berhati2 ketika memandu yer..kalau ngantuk berhenti dulu..semoga setiap perjalan diakhiri dengan selamat...
ReplyDeleteina; tak de lah cekap mana...tapi kalo nak race, buleh aje! hahaaa..
ReplyDeletemama akid; memang selalu ngantuk, tapi sempat benti tepi..bawah pokok, tidoq dulu! heheee...
nanti kita race sama2 tau hehehehehe
ReplyDeleteTangan yg menghayun buaian (iaini kita ni la sebagai seorang ibu) mampu menggoncangkan dunia......