Selamat Hari Raya semua! Semoga Syawal kalian dipenuhi dengan warna-warni kegembiraan. Mungkin, ada juga yang masih diselubungi rasa sedih, hiba dan sayu di Aidilfitri dek kerana pemergian insan tersayang. Hanya doa tulus yang dapat dipohon semoga roh mereka dicucuri rahmat dan berada di dalam kesejahteraan.
Lembaran Aidilfitri kami sekeluarga, biasa-biasa aja. Haruslah kisah Cik Embun mendahului segalanya! Beraya di Seremban dahulu, kemudian di susuli pulang ke Melaka pada hari raya ke-2. Gamat bila mana adik-beradik berkumpul, ditambah dengan telatah anak-anak buah serta cucu-cicit yang bagaikan nak runtuh rumah mak. Rasanya mana-mana suasana pun sama.
1 Syawal 1432H... Ummi dan Alisya harus sedondon!
Penat bertakbir kot, sampai tido bertongkat dagu!
Alisya... asyik nak mengamok sahaja di malam hari. Entah apa yang tak kene, tak taulah! Berak sudah, makan sudah, susu pun sudah. Bercakap pasal susu, sekali lagi ummi dan abi membuat eksperimen menukar susu Alisya. Hahaaa! Kesian anak aku tuh! Bukan tak bagus susunya sebelum ni, lebih-lebih lagi soya. Ummi suka sangat! Akan tetapi, kebelakangan ni... kenapalah susah sangat nak jumpa susu Alisya. Sampaikan 3-4 sopin mall ummi terjah semata-mata nak beli untuk stok raya, tapi kecewa! Memang payah nak dapat. Yang ada pun, untuk step 1, susu Alisya step 2. Dek kerana dah tak larat nak mencari, ummi dengan abi nekad, tukar susu Alisya sekali lagi! Mamil Gold Step 4. Yang bestnya sebab susu ni tak ada sucrose. Buih pun tak ada. Lagi best sebab kentut Alisya tak sebusuk mana. Muahahaa... kalau minum soya, memang bau kentut Alisya boleh hilang selera nak makan. Sebaik anak ummi, telan ajelah! Dah 2 kali beli susu Mamil ni, kat kedai mamak pun ada jual... senang sikit nak membelinya. So far, berak Alisya tiada gangguan. Selera minum dia pun, laju je. Tapi Alisya ni, semua dia telan! Sampaikan susu Nabila pun dia belasah je... budak tak tolak makanan, memang dia lah. Janji sodap! Kalau tak sodap, mintak mahap!!!
Melalut dah cerita susu Cik Embun. Balik pada cerita raya. Dah nama raya, haruslah ada sesi fotografi kan? Sepanjang sesi fotografi jugaklah, Alisya bantaikan tido. Entah apa kena dengan anak dara ni... tapi baik juga, senang ummi nak melaramkan dia dengan tudung dan mekap! Hahahaaa... kali pertama anak ku dimekapkan! Ini semua kejaan makcik-makcik dia lah. Taulah anak ummi tu mulus orangnya. Ummi pun tumpang sekaki dok mekapkan Cik Embun. Tapi tidaklah keterlaluan, saja menggatal nak cuba test try. Hahaaa... hasilnya, memang gojes! Hihiiii... bolehkan puji melambung anak sendiri? Siapa lagi nak puji anak ummi, kalau bukan ummi!
Si mulus yang bermekap bagaikan puteri raja! Konon!!!
Hanya bertiga, harapnya tahun depan bertambah... hehe!
Bersama Atok A'id. (Rokok tak tinggal ye, harap maklum!)
Sampai nak tetutup biji mata Cik Embun dengan gaya tudungnya itu.
Kami bersama Tan Sri dan Puan Sri... hehe!
Irfan yang semakin tembam dan kecoh!
Cerita yang lain di Aidilfitri, ummi kene kejau dek hanjing yang tak sekolah! Harumi bakoko betul anjin tu! Bukannya aku pegi jalan kat tengah-tengah laman kampung tuan anjin tuh, tapi dekat laman rumah sendiri. Bak kata mak, "Eh aci, lu masuk kampung gua... lu jangan nak bela anjin tau! Kalau lu mau bela, kasi ikat lu punya anjin!"... Tapi tuan anjin tu buat do-no je! Menjirap ke tak? Sudahnya, masa aku tengah dukung cucu ku di halaman rumah mak, aleh-aleh anjin aci tu melulu nak kejar! Mencecet lari wooo! Menggigil kaki ni, dah lah tengah dukung baby. Kuang hajau punya hanjin! Mak pun hampir kene terkam dengan anjin-anjin aci tuh masa nak pegi buang sampah. Siap kau anjin, kalau kau tak kene tambat, aci kau aku tambat! Geram betul rasanya.
Cerita lain lagi, agak tak puas cuti seminggu untuk pulang beraya! Nak cuti sebulan aja rasanya! Nama pun raya sebulan... boley? What ever pung, Aidilfitri merupakan hari kemenangan, hari untuk kita bergembira di samping memanjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang Allah berikan. Ampun dan maaf dipinta andainya tuan empunya blog serta seisi keluarga pernah melukakan hati sekalian pembaca itafed.blogspot ini. Kami hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Semoga Aidilfitri memberi sejuta rahmat buat kita semua! Amin Yarabbal A'lamin...










comelnya tudung ummi & cik embun nya.. beli katne? berkenan lak tengok :)
ReplyDeleteTomei sungguh cik embun bila dimakeupkan ;)
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSangat chumil Alisya pakai klip vulu-vulu...memang x pernah kalah melaram...
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..
p/s: Tahun ni macam x beraya...nak2 lagi Pia kena demam panas di hari raya kekdahnya..
yatie; tudung2 itu semuanya kepunyaan ummi. hehee. yang alisya pakai tu skarf & inner ummi. beli kat jalan TAR aje..
ReplyDeleteayu aisya; tgh tido, boley le dikerjakan!
mamasoffy; cian lah Pia... Alisya tak demam, tapi mengamok jugak! klip vuvlu2 tuh, apak die yang suruh tepekkan kak.. haha!
aiyyooo..ilang ayu pakai baju kurung kena kejar anjin..hehehe....
ReplyDelete