Lama tak mengapdet sebarang cerita. Alisya sehat-sehat aja. Episod tidur secara duduk dah berlalu. Alisya dah kembali tidur lena. Tapi berbuai pula menjadi kesukaannya. Tak kesahlah, asal kan Alisya dapat tidur dan rehat yang mencukupi.
Dan pula, mak apak Alisya tidaklah mengadu sakit-sakit badan, mahupun tersembam lena di meja ofis.. Huh, malu betul bilamana ummi terpaksa tidur selama 5 minit, disebabkan kemengantukan yang teramat. Yelah, anak mengamok sakan... macam mana nak tidur lena? Hari ni, Alhamdulillah... Alisya elok-elok sahaja. Masheh anakku!
Esok, Alisya akan menghadiri acara sukaneka di Bukit Jalil. (Bunyi macam hebat!) Dengar khabar... sukaneka anjuran sekolahnya mendapat liputan dan sponsor yang besar juga. Alhamdulillah, rezeki anak-anak IMC. Tak sia-sia usaha abi Alisya memperkenalkan pengetua IMC dengan seorang Dato'. Atas izin Allah, segala perancangan Dato' dan pengetua IMC berjalan lancar. Bakal berlangsung di tempat yang selesa, malah ada 7 buah sekolah yang bergabung sama untuk sukaneka ini. Ummi dan abi yang sangat teruja rasanya!
Makanya, esok adalah hari yang bakal tercetusnya acara yang sangat-sangat kami nantikan. Alisya pun masuk acara. Siapa kata anak CP tak boleh bersukan? Ummi sekadar berkongsi rasa, bagaimana anak sendiri menghadiri sukanenka sekolah. Walaupun istimewa, namun setiap manusia punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing!
Alisya, jangan tido ye masa sukan esok! Itu sahaja yang ummi harapkan! Kamu tu dah lah dapat jolokan budak kuat tido, kuat makan! Heheeee...till then, daaaaaaa
Oh baru tau citer.. Dato tu Farid la perkenalkan ya.. Wah banyak berjasa ni Encik farid ! TAHNIAH..!! hehehehe...
ReplyDeleteAlisya menang la ummi..! tak caya tengok dapat medal ;) hihi
Malu akak anak2 makan bubur yg Ita buat.. Yg kelakar, bagi kat si adik, si kakak laks pulun haha. Aimy tu seksa sket nak makan bubur nasi.. Kira bagus la tu dapat 4-5 sudu makan.. Alhamdulillah.
alahaiii.. ape nak malunya. bubur tu pun banyak. budak nak makan, jangan sekat2... nanti tebantut. heheee... insya'Allah, Dato' ckp nanti thn depan akan ade lagi. sama2 kite doa moga Allah izinkan dan segalanya berjalan dgn baik.... ^_^
ReplyDelete