Hari ni masuklah malam ke-24 kita berpuasa. Subahanllah, sungguh kejap masa berlalu kan? Haruskah Ramadan berlalu sebegitu pantas?
Ramadan kami biasa-biasa aja. Tidak semewah mana apabila berbuka. Pernah hanya berbuka seteguk air, dan sebiji kurma. Semuanya gara-gara kepenatan dan rasa dah cukup kenyang dengan nikmat yang ada. Tiada istilah berbuka di hotel mahupun restoran mewah. Apa yang penting, kami mahu keselesaan buat si anak. Berbuka di rumah lebih sedap, Alisya pun dapat 'luruskan badan' setelah penat seharian meredah jem sana-sini.
Bila dapat pulang ke kedua-dua kampung, rasa indah sungguh. Jemputan iftar di rumah abang dan kakak membuatkan Ramadan begitu bermakna! Ukhuwah sesama adik-beradik pun makin rapat. Alhamdulillah...
Itu sahaja cerita iftar kami.
............................................................................................................................................................
Cerita Alisya pula.
Alhamulillah, Alisya dah dapat kerusi baru. Khas untuk anak-anak CP. Sebelum nak tempah, dah try test dulu kerusi ni kat Alisya. Syukurlah, sesuai untuk si anak. Ummi tempah di facebook - The Helping Hands. Abi tolong setel bab uwwaangg! Hihiii...
Masa ni baru dapat kerusi hikmat... terus lena!
Kerusi ni memang sangat membantu Alisya untuk duduk dengan lebih berhemah. Tidak boleh bersilang kaki, tak boleh nak melentik-liuk dan yang paling best, boleh bawa ke mana-mana saja. Lepas ni, balik kampung Alisya tak berebut kerusi dengan atok-atoknya dah. Alisya dah ada kerusi sendiri lah tok. Kelassss tau!
Sambil berangan-angan Mak Jemah ye!
Cerita lain, ummi dah mula bawa Alisya ke therapy semula. Semoga ada perubahan buat si anak. Ummi dan abi berusaha mana yang mampu dan terdaya nak. Selebihnya kita berserah pada Allah, kerana jika Dia tak mengizinkan, secanggih mana pun perubatan kita cuba, tak mungkin berkesan jua. Wallahualam...
Therapy baru ni, ada guna sejenis tape yang ditampal-tampalkan di sekitar badan Alisya. Nama tape ni; kinesio tape. Atlit-atlit sukan memang menggunakan tape ni. Antara fungsinya; mengurangkan rasa sakit pada otot-otot yang cedera. Kalau nak tahu lebih lanjut, meh baca blog kak Afidah. Nanti ada masa, ummi jelaskan lagi. (lani tengah menaip kat upis, sambil menunggu nak pulang)... Hihiii..
Kinesio tape pertama di kaki Alisya.
Versi leher pula. Ummi tak mampu belikan emas setebal itu,
cukuplah dengan kinesio tape yang amat power! Hehehee...
Bila ummi dengan abi bawa Alisya jenjalan,
banyak 'mata' pelik yang singgah. Ummi okey jeee!
Sepenuhnya. Macam gaban dah kan?
Cubaan pertama ke atas Alisya, agak berjaya! Walaupun mulanya memang marah sakan anak ini bilamana dirinya di urut, disentuh oleh orang lain. Cuak jugalah ummi nak mulakan therapy baru ni. Yelah, pusat therapy ni bukan untuk menampal kinesio tape ni semata-mata. Tapi ada juga aktiviti lain yang dilakukan. Ummi ambil seminggu sekali untuk rawatan ni. Mudah-mudahan ada keberkesanannya! Dan moga-moga Allah permudahkan urusan kami. Terima kasih pada ibu Nabila, tak pernah jemu nak share apa pun rawatan untuk anak-anak kami!
Ada satu lagi therapy yang sangat-sangat ummi dan abi nak cuba untuk Alisya. Yakni akupuntur. Sangat mahu! Semoga Allah bukakan jalan untuk rawatan ini. Amin!






Semoga Alisya yg comel ini terus sihat dan kuat...sayang kamu ketat2....
ReplyDeleteInsyaAllah.. :) ku teringin gak ta buat akupuntur tuh..insyaAllah, ina try lepas raya sok..klu dapat gi sesama lagi best ek.. :)
ReplyDeleteSalam, akak sangat tersentuh bacar blog u dan blog Yasmin Nabila. Kedua2nya seorang ibu yang cekal dan tabah. Ya, insyallah mereka berdua boleh sembuh. Akak pernah terbaca FB seseorang beliau juga ada anak penghidap CP. Dan komen2 yang akak baca di FB beliau, beliau juga menghantar anaknya untuk membuat akupuntur. Cubalah insyaallah ok. So far akupuntur yang terbaik akak pernah baca adalah The Tole. Cuba google. Tapi x tahulah bayaran dan kaedah yang dibuatnya macam mana. Selamat mencubat ya.Kak Rynn.
ReplyDelete