
Kesayangan ummiMacam adik-beradik tak? Haha... serius, tak tergambar perasaan nih setiap kali melihat Alisya dan Aleesa bersama. Aku sememangnya teramat-amat menyayangi dua insan kecil ini. Sejak dari dalam perut, mereka berdua banyak menghabiskan masa bersama. Malah, bentuk kelahiran juga hampir sama. Daripada segi kesakitan yang mak-mak budak ini alami ketika hendak melahirkan mereka; yakni kembar darah, sampailah keluarnya dua budak cenot nih; kaedah vakum. (cuma nasib mereka berlainan...) Mungkin kerana itulah yang membuatkan dua 'beradik' ini umpama belangkas, tak boleh lekang andai ada masa yang terluang. (aku dan abang juga tak ketinggalan nak melepak dengan mama dan papa Dania...hehe!). Ummi sayang Alisya dan Aleesa. Ida, terima kasih sebab membenarkan aku dan Sengih 'berkongsi kasih' dengan anak kamu. Hanya Allah yang maha memahami akan hati ini tatkala melihat reaksi Sarra apabila bertemu Dania. Walaupun pada zahirnya Sarra tidak menunjukkan apa-apa tanda, namun ummi mengerti akan perasaan Sarra tiap kali bersama Dania. Untuk Dania, terima kasih sayang sebab memberi ummi dan abi serta Sarra ruang untuk bermanja. Ummi hargainya!

Anak-anak kecil yang menggoncangkan
hati ummi, mama, abi dan papa...luv u! *
* Sebenarnya, hati kecil aku... hati nurani aku sebagai seorang ibu sedang membuak-buak untuk 'memberikan' Sarra adik. Ini kerana aku banyak terbaca akan keberkesanan kepada anak istimewa andainya mereka ini diberikan adik secepat mungkin. Akan tetapi, aku juga risau... risau andai aku tidak mampu memberikan layanan, tumpuan yang sama pada anak-anak nanti. Aku juga mula tertanya, mampukah aku menguruskan rumahtangga yang semakin mencabar apabila diserikan dengan anak-anak yang ramai dan anak seperti Sarra yang memerlukan perhatian yang lebih? Aku risau andai Sarra akan berkecil hati nanti. Huhhh... mencabarkan? Persoalan yang tak terjawab selagi tak mencuba, tetapi untuk mencuba... banyak pula persoalannya.......
dik, cuba solat istikharah, mana tahu Allah tunjukkan jalan...
ReplyDeletekena persiapkan diri dengan kekuatan mental dan fizikal jugak sbb besar dugaannya untuk membesarkan anak2 nie...
apapun keputusan ita, akak sokong dari kejauhan....
wahai pn ummi sara...tak perlu diucapkan terima kasih...dania dan sara adalah anugerah tuhan untuk kita bersama-sama memberikan kasih sayang kepada mereka berdua...dan membesarkan mereka seperti adik-beradik kandung...chemistry antara dania dan sara amat baik...aku sendiri pun perasan bila dania berjumpa dengan budak yang sebaya dengannya..dia sukar rapat...malah menjadi malu dan berbeza dengan berjumpa si sara...seperti dah biasa macam adik beradik....itulah dikatakan hati naluri kanak-kanak yg kita tidak tahu...insyaallah semoga ikatan keluarga ini tidak akan terpisah dan dijauhi dari perkara yang mungkin akan memisahkan ikatan kekeluargaan ini...keluargamu...keluarga ku...
ReplyDelete*** hee..hee...jom kite sesama keluarkan adik untuk mereka berdua ini yeah...klu dah ready bagi tahulah...waacaaaaaaaaaaaa.........
***nanti kiteorg balik sana....kite kuar n lepak sama-sama bawak mereka bercuti....apalagi....jom melawat ladang strawberi dania...nak tak??
ye puan Eita..saya pun sependapat dgn mereka2 itu semua...setiap kelahiran anak..ada bhgn masing2..dan yg pasti semuanya membawa rahmat, kebhgn dan kesenangan buat kita, as a parents.Cume cara bagaimana kita menempuhi nya..terpulanglah pada kebijaksanaan akal dan pemahaman kita...
ReplyDeletep/s :..jom ngandung ramey2...hehehehehhe
@ Kak ain: thanx ye kak sebab bagi tunjuk ajar..InsyaAllah, ita akan buat.
ReplyDelete@ Ieda: anakmu, anak ku jua. tapi lakimu, bukan laki ya! haha...x sabar nak keluar dgn dania!
@ Cmba: tenkiu my dear fren. on ur mark, get set...gooooo! huhuuuu
ita, insya Allah kalau sara ada adik..ita tetap akan jadi ibu yang terbaik untuk dia..I have faith in u :)
ReplyDelete@ Yatie: tenkiu my dear...hopefully ita akan jadik ibu tebaek utk anak2. amin...
ReplyDelete