Tuesday, November 17, 2009

:: Kalau Ada Sumur Di Ladang...

Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa dan bercuti-cuti lagik! Yeeeahhh...peribahasa nih amat sesuai untuk kenangan perjalanan percutian kami yang lalu. Ke mana jer? Hmmm...aku dan family Ina bertolak dari Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 6 Nov kira-kira jam 9 malam. Sampai di Tapah 12 malam, terus menuju ke tempat penginapan kami yang telah disediakan Rofaizal. Dah macam ala-ala cinderella lah pulok! Hehe...

Kali pertama bercuti dengan family blogger


Penginapan kami yang super duper selesa

Penat jugak perjalanan terus-menerus dari ofis tuh! Tapi seronok... pertama kali aku dan abang serta anak tercinta berjalan sendirian, Alhamdulillah semuanya selamat. Agenda esoknya, 7 Nov... kami berempat; family aku, family Ina, family Rofaizal dan family Zali (yang datang kemudian selepas rawatan di Gedangsa) mahu ke Hot Springs Sungkai, Perak. Ape je yang menariks di Hot Springs nih? Huhhh... kat sini ade tempat mandi-manda. Kirenya berpicnic lah! Ada kolam air panas, kolam sejuk...semuanya dalam satu tempat! Tuh yang best tuh. Plus, niat kami berjalan ke sini adalah untuk anak-anak kami. Yelah, orang cakap... anak-anak macam Sarra, Nabila, Irfan dan Aiman memang elok direndamkan dengan air panas. (bunyik cam nak kene curah air panas menggelegak jer...hihi) Lama dah kami merancang percutian nih, akhirnya 7 dan 8 November adalah hari yang dipilih.

Sampai di tempat yang dirancang, memang ketaralah keterujaan kami semua! Belom masuk ke kolam, tengok sign board dah berkuak suke! Haha... dalam kereta, aku dan abang tak habis-habis bertanyakan pendapat masing-masing akan percutian nih. Soklan aku untuk abang: "Abang...abang hepi tak? Seronok tak?" Dan soklan abang untuk aku: "Cayang rase caner? Seronok tak?" Haha...tu lah ayat-ayat cinta kami dalam kereta, Sarra? Asek tersenyum memanjang! Sikit tak berdecit merungut! Haihhh...kalau berjalan hari-hari pon, aku rela! Haha...

Masih dalam perjalanan


Ambil angin sepoi-sepoi bahasa. Steadylah Aiman!

Setibanya di Hot Springs, memang dah tak sabar-sabar dah rasenya. Nabila yang pada mulanya merengek sakan di homestay, tiba di kolam air panas...menggeletek suke! Ajaibkan perasaan anak-anak. Irfan, asek kene buli dengan ayahnya. Aiman...die nih cool ajer. Sesekali mencebik, entah ape yang sedih tah. Dan Sarra? Mula-mula marah, pastuh dah makin syok dok kat kolam air panas tuh! Layan jerlah kerenah budak-budak nih. Dah puas berendam di kolam air panas, kami ke kolam air sejuk pulak. Kat sini, mak apak banyak melayan perasaan! Haha...sebabnya, anak-anak dah melepet kepenatan! Masing-masing nak tido. Tak tergambar keseronokannya...

Alamilah sendiri kemeriahan di sini


Keselesaan untuk si kecil itu penting


Sarra dah dapat rasa yang dia akan di'rendam'


Beday boy on that day. Hepi belated birthday hubby


Sungguh indah


Tempat kami berteduh di Hot Springs


Haha..anaknya tak gemar air sejuk, apa lagi?
Mak apak amek kesempatan laaa...

Pulang dari bermandi-manda jam 6 petang. Malamnya, ada dinner BBQ bersama-sama angkatan polis dan askar; yakni kawan-kawan Rofaizal. Memang dorang nih sume tersangatlah peramah dan baik. Tabik springgsssss kat dorang. Layanan, A++... high class! Hanya sejuta penghargaan yang mampu kami balas dan berikan. Tengah sebok menjamu selera, makan-makan...tetibe ade pulak beday surprise buat suomiku; Farid Hanif. Aku pun tak tau ade agenda nih dalam senarai. Hehe...tergamam, berubah gaklah muke encek suomi. Terima kasih sekali lagik buat Rofaizal. Abang cakap: "Inilah besday abang paling best!".... Eerrrr, kalau camni...tiap-tiap tahun beday abang kene gi vacation nih! Hehe...

BBQ dinner dengan teman Rofaizal. Kami menghargainya

Berendam sudah, dinner pun sudah. Esoknya (8 Nov), semua mahu pulang ke teratak masing-masing. Sekejap sangat rasanya percutian nih. Apakandaya? Semua yang terlibat tak mengambil cuti tambahan. Tapi, sebelum balik...kami bertukar cadangan. Mahu ke Cameron Highlands. Ini kerana, aku dan yang lain terlihat akan sign bord ke Cameron yang ku kira tak berapa jauh dari rumah Rofaizal. Memang betul. Faizal cakap, lebih kurang sejam lebih dah boleh sampai ke Cameron. Waaahhh...menarik gailers nih. Aku memang dah lame mengidam mahu ke sini. Abang? Mahu juga. Abang jugak boleh dikatakan mengidam ke tempat ini. Yang lain, juga seakan mahu pergi. Puas kami mohon agar cuaca mengizinkan kami ke tanah tinggi itu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan direstui Allah. Amin... Perasaan? Double happines lah! Berbunga-bunga riang bak bunga yang ada di Cameron tuh. Seronok sangat-sangat! Soklan yang same aku ajukan kat abang. "Seronok tak bang?" dan soklan yang same dilemparkan balik kat aku! Hehe...tak tahu macam mane nak gambarkan perasaan nih. Perjalanan agak fenin-fenin lalat, mencabar! Mujur tak terbelahak muntah. Ape pun, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya keletihan, kepenatan, ke-tensyenan masalah di pejabat terubat kat sini. Terima kasih sekali lagi untuk Rofaizal.

Family potret. Semoga terus 'berkeluarga'


Ibu-ibu bersama anak-anak tercinta


Kesayangan kami; Yasmin Nabila dan Alisya Qaireen


My everything


Makan time


Memang sedap...mahu lagi rasanya.
Nak ditapau, mau benyek jadinya


Ummi, mama dan ibu


Cameron Highlands, yang terindah

Rasenya, banyak lagik kenangan dan cerita percutian aku yang mahu dipaterikan di blog ini. Akan tetapi, keterbatasan waktu dan kepenatan jari-jemari yang rancak menari menaip story, semakin sayup-sayup dan perlahan. Biarlah potret-potret yang diselitkan menceritakan segalanya. Apa pun, sekali lagi aku dan rakan yang lain mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih untuk kak Noni dan Rofaizal sekeluarga. Pasti akan ada trip kedua lepas nih. Harap-harap menjadi nyata.

Lastly, aku maseh tidak faham akan
mereka-mereka ini. Ape kesss?

** Terima kasih kepada teman-teman blogger akan perkenalan ini. Hanya tuhan yang mengerti hati kita sesama sendiri. Pada teman lain yang senasib dengan aku, salam perkenalan aku hulurkan. Semoga kita tabah dan terus tabah menghadapi ujian Allah. Amin... (Alhamdulillah.... Sarra ade perubahan baru, tapi agak pelik...akan upload nanti)

7 comments:

  1. Kes tensyen sebab nak kena drive balik ke KL pastu. Penat!

    ReplyDelete
  2. Aduh~* tiba-tiba terasa terlepas satu peluang cuti-cuti dengan korang, sangat rugi! Sorry, sebab hari tu tak respon. Tuntutan kerja, hambatan masa yang tidak pernah bertepi! Next time, roger-roger Put eks :D

    ReplyDelete
  3. dua tiga kucing berlari,,
    manakan sama si kucing itam,,
    salam,,
    wahhhhh
    pi cuti xajak anip ea???
    kalo x bleh tlg jg sarah,,
    leh mukcu mandi lama sket
    huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. abang: balik KL tensyen, kalau teruskan balik ke utara, penat pon jadik best kan? haha..

    put: harus kami roger2. lebih ramai, lebih syok. kite perbesarkan family alam maya ini...

    anip: haha...kalau ade yg tolong jage sarra, mau smpi malam mokcu pokcu tak naik darat! dok bekubang jer...haha

    ReplyDelete
  5. Salam
    bestnye...sungguh sporting ibubapa Sarra ni.

    ReplyDelete
  6. bestnyer jalan2...tp nabila saya ni amat tak suka air panas..kalau air sejuk cemana pun ok ja.

    ReplyDelete
  7. kak ummu: hehe..sporting ade time die kak...hihihi

    kak ieda: nabila suke air sejuk? tebalik dengan sarra pulak. xper..kalau ramai-ramai, x suke pun jadi suke...hehe

    ReplyDelete