Tuesday, December 01, 2009

:: Hati Oh Hati...

Hati...
adakala ingin menangis. Akan tetapi, tidak tahu bahu siapa yang mahu dipinjam, bantal yang mane harus ditekap.

Hati...
adakala terasa ingin menjerit, tetapi tidak pasti sekuat mana laungan yang akan digemakan.

Hati...
adakala mahu memberontak, tetapi tidak pasti apa punca dan apa silapnya.

Hati...
adakala rasa ingin marah, akan tetapi tidak tahu pada siapa hendak ditujukan.

Hati...
adakala mahu terbang tinggi, tapi tidak pasti di awan biru atau di langit cerah.

Dan hati...
adakala ingin berlari jauh... jauh dari kekusutan, jauh dari kesakitan, jauh dari kesengsaraan, jauh dari kesedihan... akan tetapi masih tidak lagi pasti..........................

Sukarnya hidup ini. Hati... apakah yang harus dilakukan?

12 comments:

  1. apo kono ko jang???

    ReplyDelete
  2. Ina leh pinjamkan bahu ina.. tak moh cedey2 yek ita..klu ada apa2 bagitaulah ina ..

    ReplyDelete
  3. Betul tu Ita.Kadangkala hati ini ingin dibawa lari dari semua kekusutuan,namun kenyataannya hati ini perlu jua hadapi apa sahaja yang tiba..dan berbekalkan ketabahan,insyaAllah semua yang ditempuhi manis jua akhirnya dan hati pasti berbunga riang...

    ReplyDelete
  4. sabar ita..

    akak skrg ni wat hati kering jerrr....

    peluk cium utk sarra demuk.. :)

    ReplyDelete
  5. Bersihkan hati....Insya-Allah...akan tenanglah hati tersebut...tapi kalo hati ayam...goreng jer kak ita...hihihihihi

    ReplyDelete
  6. cmba: den pon tak tau cano nak koba eh...

    ina: thanx ina...mgkin kene lebih tabah...

    kak ummu: sejuk hati bace komen akak. ade bernasnya juga...terima kasih kak kerna beri kata2 perangsang...

    kak ommy: kadang2 dah terlebeh kering hati nih kak...haha!

    yatie: semoga hati terus tabah...thanx dear...

    ainerza: hati ayam boleh dilapah, hati manusia? haha...

    ReplyDelete
  7. kenapa dengan hati ko...dah dilukai ke...ermm sabar...sabar...yer nanti g jalan-2 leh redakan hati tue....he..he..he..

    ReplyDelete
  8. ieda: hahaha...di robek! hati ku bukan pualam! ye..memang nak jalan sgt2 nih!

    ReplyDelete
  9. .......

    Pinjamlah semangat anak.

    Sungguhpun dia masih kecil dan tak mengerti apa, tapi kenangkan semangatnya yang ingin hidup sewaktu melahirkannya dahulu.

    Adakah takdir yang mengatakan dia akan tetap hidup walaupun telah lemas sekian lama? Barangkali. Tapi Allah tidak akan menolong hambaNya selagi hambaNya itu tidak menolong dirinya sendiri. Bagaimanakah pula dengan hatinya? Tatkala proses kelahiran itu, hati si anak itu hanya mahukan satu saja, iaitu bertemu ibunya setelah 9 bulan berhubungan melalui naluri dan intuisi. Hatinya itulah yang telah memberikan dia kekuatan untuk terus hidup. Dan kerana hati besi anak itulah, si bapa berjanji kepada hatinya sendiri supaya akan terus berdiri, demi untuk anak itu dan isteri, biarpun berjuta badai yang menanti.

    Kita memang lemah. Kita memang tiada upaya untuk bersedia dalam menghadapi masa hadapan, kerana kita tidak kuasa untuk tahu apa yang bakal berlaku. Tapi kita harus bersyukur kerana kita masih punya Tuhan, akal dan kita masih ada sesama kita untuk terus mengharungi hidup ini.

    p/s: Abang will always be with you.

    ReplyDelete
  10. abang: speechless. tak tau ape nak cakap selain bersyukur punyai anak dan suami seperti kamu! terima kaseh kerana selalu dengan ayang. sayang kamu!

    ReplyDelete
  11. hati akak paling tenang bila dapat baca al-quran....

    menangislah kalau perlu kerana sedikit sebanyak dapat melegakan perasaan...

    untungnya ita punya suami yang sentiasa menyokong ita kan...

    semoga adik akak terus tabah mengharungi pahit manis hidup ini....

    semuanya terletak di tangan kita....

    ReplyDelete