Wahhh...dah pandai meminta ker anakku ini? Apakah yang dia mahu? Stroller baru kah? Tilam baru kah? Baju baru kah? Ataupun mahu adik? Hehe... semuanya tiada sangkut paut! Akan tetapi, permintaan anakku ini agak lambat untuk aku fahami. Maafkan ummi ye nak, sungguh... ummi tak perasan akan kehendak kamu yang baru ini.
Hampir dua minggu Sarra 'berlainan' perangainya. Sejak pulang dari mandi-manda di Hot Springs, yakni kolam air panas... ada sesuatu yang cuba Sarra tunjukkan. Actually tidaklah dia menunjuk dengan tangan, tetapi dengan perasaan! Macam mana tuh? Setibanya kami di rumah sejurus pulang dari Tapah, Sarra mengamok sakan. Mulalah aku dan abang berfikiran, ''mase pergi Tapah, kembarnya; Nabila yang mengamok. Lani, servis sudah bertukar tangan kah?'' Sangat pelik! Takkan lah nak berjalan jer nak ooii.
Puas aku pujuk, puas abang kendong... tak juga mahu diam. Masuk buai, meronta-ronta marah. Diletakkan di tilam, dibaringkan... juga marah, protes tidak mahu! Ape lagik nak buat nih? Ditukarkan pampers kerana bimbang dah lencun, pun masih mengamok. Susu juga sudah diberi, dah 'burp' pun. Ape jer lagik yang tak kena nih? Nak berak ker? Tiba-tiba datang idea; dudukkan lah anak ini. Eh... senyap pulak! Ingatkan akan sambung kamok-kamoknya. Tapi tekaan aku meleset! Memang Sarra senyap bila didudukkan. La...mahu duduk ker sayang? Manelah ummi tahu. Maafkan ummi sekali lagi ye nak. Sungguh, ummi tak mengerti akan pemberontakan kamu itu. (aku dah mula terfikir, 'ada' yang mengekor ker kami pulang ke rumah dari highway? mintak dijauhkan...cukuplah pengalaman lalu!) Mujur, memang bukan sebab-musabab yang tidak baik. Andai Sarra pandai bercakap, pasti dia berkata; "Sarra nak dodok lah ummi. Ummi tak paham ker?" Huh...anakku Sarra...
Belum lame mane Sarra dalam posisi duduk, aleh-aleh dah terlelap. Lahai... penat sangat ke nak? Kesian sangat aku tengok wajah Sarra mase dah tertido tuh. Syahdu, sayu, pilu, haru... semua ada. Kenapa pula? Entahla...emosi sang ibu, sering bertukarkan? Selesai cerita malam harinya. Esok, seperti biasa... Sarra ke sekolah; Ibu Daycare. Paginya, bagaikan tiada apa yang berlaku. Sarra riang, Sarra baik-baik saja moodnye. Aku fikir, mungkin dia terlalu penat berjalan... sebab tuh dia tak selesa untuk berbaring. Mahu duduk! Petang, belom sempat habis waktu kerja, aku menerima sms daripada ibu yang menjaga Sarra. Kata ibu, Sarra mengamok jer. Tidor tak mahu, dukung pun tak mahu. Kenapa jer nih? Aku cuba untuk pulang awal. Lepas jer Sarra dipelukan aku, dia masih lagik mengamok, menangis! Apalah yang sakit nih nak? Aku cuba dudukkan Sarra di rumah ibu. Ya Allah, senyap! Sikit tak berbunyik pun mulut die. Nangis tak, kamok-kamok pun tak. Senyum ade lah! Nak duduk lagik? Hmmm...ape-ape jelah nak. Asalkan selesa dan Sarra suke.
Pulang ke rumah macam biasa, ku sangkakan perubahan Sarra nih seketika. Tapi aku silap! Kehendaknya itu berterusan, bukan sehari-dua... tetapi sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, hanya itu yang mampu aku ucapkan. Serius, aku tak pasti sama ada perubahan Sarra ini adalah permulaan sesuatu yang baik dan betul. Cuma aku bertafsiran sendiri; mungkin sudah tiba masanya Sarra mahukan keselesaan, mungkin sudah tiba masanya Sarra dah rasa penat terbaring, penat didukung dan mungkin juga Sarra dah mula melasak atau dah fed-up dengan satu posisi sahaja. Apa yang menggelikan hati aku, setiap kali anak ini didudukkan, setiap kali itulah Sarra akan terlelap. Tak sampai kiraan 5 minit pun, pasti dah terlena... hingga tersengguk-sengguk menahan kepala, hingga tersembam menahan muka. Alahai, comel sungguh anak ini.
Tidur malamnya juga nak posisi macam tuh. Mane boleh sayang? Sakit pulak pinggang tuh nanti. Setakat nak duduk relax, kire okeylah. Nih sampai tido mahu duduk! Haiyaaa... kesian pulak ummi rase. Memang ketara akan kehendak baru anakku ini. Semasa ke Gedangsa minggu lalu, aku cuba bertanya kepada kak Raw... benarkah akan perubahan Sarra ini? Kata kak Raw... ada kemungkinan Sarra dah letih dengan posisi baring, mungkin lega jika didudukan dan ini adalah perubahan bagi Sarra. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya Sarra mempunyai kehendak, sama seperti kanak-kanak lain. Bosan dengan 'keadaan' lama... tiba masa, Sarra juga mahu berubah. Alhamdulillah...ummi bersyukur, berkat kesabaran ummi, abi dan Sarra, 'maju setapak' juga anak ummi nih! Ummi sayang kamu nak!








uish...tembamnye sarra sekarang..
ReplyDeleteokay sarra...lepas ni berdiri plk.
hehe..ibu dah kata dah kat ummi, Sarra nak duduk..Ummi tak caye..kan betul ckp ibu..hehe..hurmm..mmg tukar servis Ita..Nabila pas balik mandi2 aituh baik kejap la..tapi skrg ni kamuk2 balik..huhu..penat tul..
ReplyDeleteTakpe..janji mau kan..yelah dah tahap bosan gaban dah tu..asyik terbaring jerh..sakit badan2..huhu..K..chaiyok Sarra..pasni leh diri2 plak. :)
kak ieda: terima kaseh kak mendoakan Sarra makin maju...
ReplyDeleteina: nabila dengan sarra nih macam pinang belah dua lah! hehehe..maen blasah jer ummi nih. tuh lah, sarra nih berubah ikut hangin & mood die. mudah-mudahan makin berubah anak-anak ini...amin...
Tidor pun posing comel kan.. Tu la Sarra nama nye.. Aku rasakan lepas ni Sarra mesti mintak nak dok dalam feri pulak.. Hehehe.. Ayat2 pancing nih.. Tak caya.. Tanya Sarra..
ReplyDeleteBerkat doa semua anak2 kita akan terus maju 'bertapak-tapak'banyaknya-InsyaAllah.. Kita nantikan..
Anak, kamu comel!!!!
ReplyDeletefaizal: nak naik feri??? waahhh....cam nak ajak gi langkawi jer...haha!
ReplyDeletejiey: mekasheh...anugerah Allah. semua kawan2 Sarra pun comey! sangat comey!
yeah....sarra dah nak duduk..Alhamdulillah..
ReplyDeletepasni ummi ngan abi kene xtra peka lagik tau...
after duduk..sure diri plak...get ready yerk...
amin...mudah-mudahan anak ini terus maju. walaupun ambil masa yang lama, ku pasti akan tunggu detik itu. thanx dear...
ReplyDeleteSalam ita
ReplyDeleteSiannya Sarraku,terlentok sampai..penat sangat lah tu.Hmm pasal berjalan jauh ni,kita memang kena hati-hati selalu. Anak saya yang besar dah pun,umur 4 tahun masa tu,pernah sampai demam panas dan meracau selepas suami menyelamatkan mangsa kemalangan di satu kawasan hutan.
Sarra nih tengah hangin nak duduk kot kak. lebih lena tido duduk dari baring. ikut kan ajerla. huh...yeke kak. risau jer kan kalo bende2 mengeko nih....memang kene hati2 balik jalan2 nih...thanx kak ummu...
ReplyDeletewahhhhhhh dak sara dah pandai macam-2...moga apa yang mama selalu mimpikan sara dalam mainan tido mama akan menjadi kenyataan...insyallah nak....yang pasti lepas nie sofa tu dah jadi hak milik sara yer...leh mama ngan dania duk kat sebelah tak....?? hee..hee..tak sabar nak jumpekan dak sara ngan dania...tunggu kepulangan kami di sana...
ReplyDeleteyeaahhh...ummi dan abi dah turun kasta, dok bawah jer...dak sarra qonquer semua sofa tuh! pantang duduk, telelap! dak sarra pon tak sabar nak gi jalan2 dengan dania..hehe! (walhal ummi yang tak sabo...)
ReplyDeletehuuhuu.....sara besttt.....jom ke langkawi....lepas langkawi kita wat trip ke langkasuka plak....
ReplyDeletewah wah wah...langkasuka pulak? suka-suka jerk..hehe! langkawi tuh akan jadi nyata...insyaAllah
ReplyDeletewaahhhhhhh...inilah rupa sarra bile mao duduk...hehehe..sgt comell okehh....nmpk cam..uhhhh..selesanya...nyummy!!
ReplyDeletehaha...memang die selesa, tapi ummi yang extra penat! bile cakap kat sarra ummi penat, sarra jawab: "ade sarra kesah???" haha....
ReplyDeletedia nak tido sambil duduk kot..tu yg asyik mengamuk tu...
ReplyDeletetapi very cute bila sarra tido sambil duduk sambil di kelilingi bear2 yg besar-besar