Monday, December 21, 2009

:: Pe'el Sarra...

Pejam celik, besar dah anak yang aku kandungkan ini

Pe'el? Caner lak tuh? Bahasa mak-mak kat kampung... pe'el! Perangai, ragam... Lately nih, Sarra memang banyak ragam. Banyak 'auta' pun yer jugak. Pantang dengar suare ummi nih, mulalah menyungut-nyungut mintak dokong. Sampai hari nih, ummi dan abi masih lagi kurang pasti, apakah punca Sarra meragam, merengek tak kira siang atau malam. Bile malam tiba, memang tak keruan jugaklah. Pulak tuh, tidurnya asek nak didudukkan... (tak kan berjangkit dengan Aiman nak oiii...) Sesekali melentik-liuk badan Sarra tuh. Kalau dah meragam malam, mulalah mulut ummi nih membebel-bebel, daripada ayat lemah-lembut, longlai-gemalai semata-mata nak memujuk, aleh-aleh dah bertukar jadik gaban! Aduhhhyaaii... Bila abinya pula yang memujuk, ayat abi... "Alisya kalau nak abi bawak gi jalan lagik, kene tido. Jangan kamok-kamok." Dan anak itu pun tido. Huh... cam magik lak. Tapi tak lame, barang sejam dua aje... lepas tuh, sambung balik!

Muka budak banyak ragam

Hati ini selalu mohon agar kuat; kuat sabarnya, kuat imannya... semata-mata kerana anakku, Alisya. Adakah kerana gigi yang mahu keluar lagik? Atau perut yang kurang lawas ketika membuang? Kesian pun ade jugak kat budak cenot tuh... mata memang dah mengantuk sangat-sangat nak tido, tapi bila tak kene caranya... mulalah rengek-rengek. Memanglah kene banyak sabar. InsyaAllah, ummi cuba bertahan nak. Andai ummi tersasar, maafkan ummi. Maafkan ummi...

"Ummi..tolon! Jangan dera Sarra.. cakit aaarrr!!!!"

Adakala aku dan abang akan 'membuli' Sarra. Bukan buli teruk-teruk pun, kami masih sayangkan anak, masih waras. Sesekali abang atau aku akan meniarapkan Sarra. Hasilnya; Sarra akan melalak, meraung macam kene cubit... walhal setitik air mata pun tak keluar. Bila dilentangkan semula, tak sampai kiraan 3 saat, Sarra senyap! Macam tak ada apa-apa yang berlaku sebelumnya. Hal ini adakala aku lakukan jam 4-5 pagi bila Sarra dah mula bangun, lepas tuh tak mahu sambung tido. Dengan umminya sekali Sarra seret tak kasi tido. Ape lagi? Sarra buli ummi... ummi 'dera' Sarra balik. Haha... kejam tak? Kadang-kadang tak terlayan kerenah dia bila jam 3 pagi ajak kita main lentik-lentik, nak hayun-hayun... aduyaaiii! Anak...anak! (memang benarlah kan... Allah tak akan menguji hamba-Nya jika hamba-Nya itu tak tertanggung ujian yang diberi...) Wallahualam...

Bila meniarap, mulalah dia menjerit sekuatnya


Nih tido ker ape? Nak tersembam dah nih


Eh..yelah, dah tido. Penat sangatlah nih

Entah sampai bila Sarra akan 'buli' ummi dan abi, aku pun tak pasti. Doaku, semoga anakku Sarra bertambah sihat, mungkin ada 'sesuatu' perubahan yang cuba Sarra nak tunjuk. Cuma aku dan abang je yang belum mengenal pastinya lagik. Anak ummi, satu ummi pinta... janganlah mengeras-ngeraskan badan tuh! Tak tertampung lengan ummi nak handle walaupun lengan ummi nih dah macam kayu balak! Cukup-cukuplah yer nak... ummi sayang Sarra!

** Minggu yang penuh dengan emosi. Sesekali rasa down, terhina dan adakala terasa ingin menjerit lagik... air mata yang tumpah, bukan penyudah! Wahai HATI, semoga kau tabah!!!!!

5 comments:

  1. sama lah ngan aiman...sejak 2 menjak ni asyik meragam jer...x tau ape dia nak...mlm double dia punyer meragam tu....kuatkan iman tabahkan hati...semoga sume yer akan berakhir dengan kegembiraan...

    ReplyDelete
  2. huhu..nape ni Sarra? Tak mo la nakal2..ke rindu kat Nabila nih?!

    Ke Sarra NAK KATIL BARU!..haha..nak tido sendiri..tak nak tido ngan Ummi ngan Abi..Hah ita! betul ke camtuh?

    ReplyDelete
  3. Salam dik.....tersentuh baca pe'el Sarra minggu ni.... anak kak ijan walaupun dah 8 thn 9 dis lepas, tapi macam tu laaa gak....kalau ngantuk, pe'elnya....yaa rabbi!! memang mencabar punya anak istimewa dik....memang Allah swt menduga ketabahan kita....ada masa & tikanya, hilang gak kesabaran di hati. Sedih dik.....hanya mampu berdoa.....

    ReplyDelete
  4. Zali: Sarra dah berjangkit dgn Aiman nih... Nak kene lagakan dorang nih ke x? hehe...

    Ina: Katil baru? haha... xder maknanya, ummi selalu tido atas karpet bile sarra nak tido duduk kat sofa! Dah sakit2 badn nih... (mahu encik suomi bawa gi spa... kikikiki)

    Kak Ijan: Memang sedih kak. Lagik sedih bile tengok anak kite tuh sedih sebab tak reti nak minta & cakap ape yg die nak sebenarnya. Hati ibu2 yang punya anak istimewa jauh lebih kecil dan mudah tersentuh kan kak... hanya mampu berdoa!

    ReplyDelete
  5. aduhhhh...mmg comel btolll...hehehe...nk tergolek dah tgk sarah tdo cmtu....

    ReplyDelete