Huh..apakah? Ini bukan iklan celcom yer. Hihiii... rezeki, sape boleh menjangka? Jumaat yang lepas, tempat kerja aku mengadakan Family Day 2009. Tempat yang berlangsungnya acara ini adalah di Agrotek, Hulu Langat. Agak tercengang pada mulanya mendengar tempat ini kerana aku dan suami tidak tahu langsung di manakah ia?
Abang bersama anak, anak, anak terchenta. Ramainya anak kamiKali pertama aku dan abang ke tempat ini. Agak jauh dan masya-Allah, memang jauh ke pelusuk dalam hutan rimba! Mujur semuanya berjalan dengan baik. Dan mujur sangat-sangat anak ku Sarra tidak meragam sekoyan. Senang sikit ummi nak bergerak bebas menyaksikan acara yang dibentangkan oleh BH. Have fun jugak lah. Walaupon bilik yang disediakan untuk aku sefamily bersama family Dania, agak sekangkang kera dan hanya ngam-ngam selesa untuk melepaskan penat seketika, syukur ajelah...
Baloi ke-satu: Door gift yang cool compare last year,hanya dapat voucer kasut yang memang tak buleh bla!
4 tahun aku meraikan dan memeriahkan pesta sebegini di BH, hanya tahun ini sahaja yang mampu membuatkan aku pulang dengan seukir senyuman. Senyum tanda gumbira, senyum tanda penantian 4 tahun berbalas, senyum tanda bersyukur kerana terpilih antara yang mendapat 'lucky draw'. Hehe... walaupon mungkin hadiah yang ku dapat tidaklah secanggih, se-gah dan sehebat grand prize - TV plasma, namun hati ini sudah cukup gumbira. Sang suomi jugak pada mulanya agak tensen dan bowink dengan agenda yang disusun BH, akhirnya mampu tersenyum lebar tanda syukur kerana usaha abang untuk membawa aku dan family Dania ke Hulu Langat ini berbaloi-baloi, walaupon sesat dalam perjalanan!
Lebih membuatkan aku hepi dan berbaloi-baloi adalah bila saatnya dapat bergambar dengan hero pojaan hati ini - Bang Bil a.k.a Nabil! Owang kampong somi den! Hahaaaa... lame dah nak tengok mamat nih secara live, mase pesta nih lah berkesempatan akhirnya! Seronok wooo... siap snap 2 kali tuh! Hihiii... camtulah keterujaan aku dan abang pada malam pesta ria di Family Day '09 BH. Tahun depan (esok je lagik) akan ade dinner pulak. Hmmm.. doa-doa moga ade lagik rezeki kami. Untuk anak ummi, terima kasih kerana mendoakan ade rezeki ummi tahun nih...amin!
** Esok dah masuk tahun baru untuk kalendar 2010. Juga sudah separuh jalan di bulan Muharam. Azam? Hmmm.... adakah masih di takok lama atau sudah terbitnya azam baru? Hanya doa yang ku panjatkan, tak lain tak bukan... moga anak ummi tabah, sabar, kuat semangatnya dalam mengharungi dugaan di muka bumi ini. Berat mata ummi yang memandang, berat lagi yang anak ummi tanggung. Semoga ada sinar menanti kita... ummi sayang anak ummi!


Selamat Tahun Baru Ita..Moga ada sinar menanti kita nanti.. Amin :)
ReplyDeleteina: moga bahagia milik kita juga. moga 2010 beri harapan baru...
ReplyDelete