2009 telah banyak memberikan aku kesedaran, telah banyak mengajar aku erti sebenar menjadi ibu kepada anak bernama Sarra. 2009 adalah saksi kepada segala permulaan. Aku ingin meluahkan pelbagai rasa di sini, tapi... malas kot. Biarlah disimpan saja apa yang dirasa. Dah masuk tahun baru... apa azam 2010? Ringkas... aku mahu jadi seperti Mak Ton... aku mahu sekuat dan setabah mak. Aku mahu terus berkongsi rasa dengan mak. Aku benar-benar bersyukur kerana Allah memberi aku peluang mengenali insan seperti Mak Ton.
Pagi tadi, pelbagai pengalaman dan perasaan aku berkongsi dengan ibu mertuaku. Walaupun tidak memakan masa yang berjam-jam, namun perbualan aku dan mak sudah cukup menggambarkan perasaan seorang ibu yang kuat, azam dan semangat mak yang kental! Mampukah aku menjadi seperti Mak Ton? Mampukah aku sekuat mak? Mampukah aku melalui rintangan 2010 nanti? Wallahualam... (terus tanam azam tadik..haha)
Abi, ummi... tabahlah dalam mengharungi danmembesarkan Alisya Qaireen.
Sentiasa ingat; semangat Sarra lebih kuat dari kita.
Untuk abang; tak pernah ayang pinta anak abang
dilahirkan sebegitu. Maafkan isterimu. Allah lebih mengetahui
apa yang terbaik untuk umat-Nya.
Untuk Sarra; ummi minta maaf dan ummi akan cuba sedaya mungkin
untuk menyihatkan kamu! Maafkan ummi....
** Semoga Sarra ada perkembangan dan kemajuan di 2010. Sungguhpun sebesar kuman, aku tetap bersyukur. Hati... kau masih perlu tabah! Perjuangan kau belum berakhir....
Yeah..Go Sarra go.. !
ReplyDeleteInsyaallah..berkat sabar dan usaha..pasti akan berjaya..
hurm..betul ita..kena gi hospital balik.. :)
ina: hmmmmm... kene kerja keras utk 2010!
ReplyDeleteSalam tahun baru buat Ita sekeluarga.... kak ijan doakan yg terbaik buat ita & sarra utk 2010 ni. teruskan usaha kita.....berjuang selagi dan setakat kita mampu! kak ijan pun sama gak....dok buat paperwork utk tubuhkan ngo di alor star utk membela nasib anak2 macam sarra & ameera [anak kak ijan laaaa]..... kalau tak kita, sapa lagi kan? lagi pun hanya kita yg tahu & faham. sarra belom sekolah....ok la lagi...tapi nanti??? itu yg kak ijan lalui....terlalu banyak dugaanNYA buat kita dik....tapi kita perlu tabah utk anak2...... salam sayang selalu!!!!
ReplyDeletesemoga adik akak terus tabah dan kuat menempuh dugaan dan rintangan sepanjang 2010 nanti...
ReplyDeleteallah takkan pernah menguji kita melangkaui kemampuan kita....
kak ijan: terima kasih atas semangat akak nih. adik hargai dan adik nak jugak jadik sekuat akak, setabah akak...
ReplyDeletekak ain: terima kasih kak. walaupun kita tak pernah bersua, ita rase kita macam dekat! terima kasih atas semangat akak nih...
be strong...u can do it...!!!
ReplyDelete~hugsss~
cek mel: tenkiu dear...insyaAllah..amin!
ReplyDelete