Abang selaku Chef of The Day, telah pun beriya-iya memasak beberapa menu yang aku rase dah boleh bukak restoran! (masuk bakul hangkat sendiri ye bang) Haha... mase tuh tekak aku baru nak pulih dari demam, memanglah semua menu nampak sedap... tapi apakan daya, tekak nih tak buleh nak melantak dengan banyaknya. Maka, aku hanya rasa puas bila melihat rakan-rakanku yang lain menikmati juadah pada hari tersebut. Masing-masing ada bawa bekalan tambahan, walhal selaku tuan rumah... aku dan abang dah pesan, datang untuk makan dan lepak-lepak je, tak perlu bawa apa-apa. Anyway, tenkiu untuk semua yang ada membawa extra makanan.
Seterusnya, acara terjun tiruk kolam bermula. (bukannya dalam sangat pon...) Dimulakan dengan ayat; 'nak bawak anak-anak mandi' bertukar kepada apak-apak yang nak mandi sebenarnya. Biaselah tuh, kalaulah anak-anak ini pandai berkata, nahas apak-apak ini. Haha... boleh dikatakan acara pada hari itu sangat seronok. Lepas puas berendam sakan, apak-apak mula lapar balik. Alhamdulillah, menu yang abang masak... laku-laku belaka! (Ade chicken roasted, mashed potato baked with chesee, spageti carbonara, coleslow, KFC dari Ina, ayamas dari Put, buah-buahan dari Faizal dan belut dari Zali! (belut tuh eksen je! tak sanggup nak siang wooo!) Kira habis, senang nak dikemaskan! Syukurlah semua dapat makan dengan puas hati, tuan rumah sangat seronok, dan aku juga terus hilang demamnya! Thanks guys sebab sudi datang ke teratak Ita-Farid-Sarra, maaflah andai banyak kekurangan hari tuh. Hehe... anak-anak? Hmmm... Sarra lah anak yang paling baik, sikit tak meragam bila ramai yang datang kat rumah dia. Bila semua dah balik, adoiiii yaaaaaiiii... Sarra mula tunjuk 'hebat'! Mengamok pulak... bijak tul anak ummi nih. Nak orang ramai 24 jam mengadap dia. Buleh ker cenggitu?
Tu jelah cerita-ceriti kami; teman-teman blogger yang senasib, mempunyai anak-anak istimewa yang sama pe'el, ragam dan kerenah. Ape pun, hidup harus diteruskan. Berkenalan dengan family-family ini membuatkan hari-hari kami makin bersinar! Anak-anak pun, sungguh ada 'kekurangannya'... bila berkumpul, semua tampak hebat! Bestkan begini??? Semoga ikatan kekeluargaan kita bertambah erat... sayang kamu semua!












bestnyer dapat beramai2 mcm ni..
ReplyDeletehehe..terima kasih daun keladi..sok2 jeput lagi.. :)
ReplyDeletemeriahnya dik....
ReplyDeleterumah akak pun tak pernah dapat tetamu seramai nie...hehehe...
moga persahabatan kalian tetap utuh sampai bila-bila...
best! best! best!
ReplyDeletemakanan sedap :) hingga encik bubuku minta resepi dari chef. ikatan kita ini yang buat kita kuat. terima kasih semua kerana menjadi sebahagian dari keluargaku.
huhu...mmg bestkan...kt ni asyik berjalan n melepaks jer...lain kali habib nk gi berendam lagiks;p
ReplyDeletemeriah2x..menu food pun best2 nampaknya...mesti anak2 semua pon hepi & enjoy hari tu kan
ReplyDelete