Monday, March 01, 2010
:: Setahun Sudah Berlalu...
Tanggal 28 Februari, genap setahun rutin aku, abang dan anakku Sarra ke Felda Gedangsa. Buat ape kat situ selama setahun? Huh... dah tentu untuk 'mengubati' anakku yang disahkan Cerebral Palsy. Masih segar di ingatan, kali pertama ke Felda Gedangsa bersama Ina dan rakanku, Omar. Masing-masing tidak tahu jalan, mujur ayah Ina tolong bawa kami ke sana. Masih segar di ingatan, macam mana kami mengharungi perit-jerih untuk mengubatkan anak-anak yang tercinta! Dengan sabar menunggu giliran, dengan susah-payah sang suami keluar semula mendapatkan bekalan bandage. Dengan kesedihan yang menikam jiwa tatkala melihat anak-anak di saluti bandage bagaikan 'tercelur' tubuhnya. Dengan tangisan si anak bagaikan meminta tolong untuk 'dilepaskan' dari kesengsaraan! Huh... kuat juga ujian ini. Diam tak diam, setahun sudah berlalu....
Aku juga seperti Ina, ramai yang bertanya akan keberkesanan berubat dengan Kak Raw. Jawab ku ringkas; "Adelah jugak baiknya berubat kat situ." Nak kate seratus peratus berubah, mustahil. Dan nak kate 'besar' perubahan anakku, juga mustahil. Ini kerana, aku baru setahun jagung berulang-alik setiap Sabtu ke sana jika nak dibandingkan dengan Kak Nor (kenalan baru) yang berulang-alik selama EMPAT tahun ke Gedangsa. Menurut Kak Nor, anaknya Aliya memang banyak perubahan berubat dengan Kak Raw. Alhamdulillah, aku tumpang gembira dengan berita itu. Mungkin juga Allah izinkan dan disitu 'jodoh' Aliyah. Sarra? Alhamdulillah jugak, Allah beri kami kesempatan untuk berkenalan dengan Kak Raw. Kalau tak, masakan Allah beri kami hikmah dan 'jalan', disebalik kejadian demam panas yang melanda Sarra hingga menyebabkan Sarra ditahan di hospital selama 5 hari. Dan dari situlah kami tahu akan Kak Raw. Syukur atas rahmat-Mu Ya Allah....
Aku tidak mahu riak, tidak mahu disalah tafsir andai aku bercerita tentang 'perubahan' anakku itu. Biarlah aku dan abang serta rakan taulan terdekat yang mengetahuinya. Memang ade perubahan yang berlaku ke atas Sarra. Walaupun sekelumit, sebesar zarah... ianya tetap perubahan besar buat aku dan abang. Alhamdulillah... Doaku, moga Kak Raw panjang umurnya agar dapat terus berbakti kepada 'anak-anak istimewa' yang seperti anaknya juga, dapat tolong kami; ibu dan ayah kepada anak-anak yang tidak berdosa ini, demi mencari 'ketenangan' dan 'nikmat' buat si kecil di muka bumi ini. Semoga perjalanan kami ke Felda Gedangsa sentiasa dipayungi Illahi. Maklumlah, adakala gelap subuh kami dah bertolak. Mintak dijauhkanlah dengan 'mende-mende' yang tak sepatutnya!
Hari ini, aku terasa syahdu, terharu, gembira... perasaan yang bercampur-baur kerana dari Kak Raw lah aku dapat ramai kenalan yang senasib. Umpama sebuah keluarga... keluarga yang tak jemu berusaha demi anak-anak tersayang. Keluarga yang sanggup berkongsi segala macam perasaan, walaupun bukan darah daging sendiri. Terima kasih duhai teman... kerana ada bersama Ita, Farid dan Sarra. Andai Kak Raw terbaca blog kami, ingin Ita nyatakan yang kami bersyukur mengenali Kak Raw. 'Pengorbanan' masa, tenaga akak buat kami tersentuh. Kasih Kak Raw demi anak-anak ini, tak dapat kami balas dan gambarkan. Sungguh murni hati akak untuk menolong kami 'memperbetulkan' apa yang silap tentang anak kami ini. Satu dalam seribu! Itulah Kak Raw... terima kasih kak! Andai kami tak jumpe insan bernama Kak Raw......
** Abang, maafkan ayang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



ita..bergenang air mata ni baca entry ni. Lagi2 tengok gambar sarra..huhu..sodih mokcik..Teringat pulak kat Nabila..yelah..masa ina sedih..ita pun tgh sedih meratapi keadaan sarra..cuma masa tu kita tak dijodohkan untuk berjumpa..
ReplyDeleteAlhamdulillah..dan terima kasih buat ita dan farid. Klau ita tak email ina dan bagitau tentang gedangsa, ina juga tak tau bagaimana dengan keadaan Nabila sekarang. Mungkin jugak lebih teruk. Terima kasih ita..Hanya tuhan saja yang dapat mebalas jasa baik ita untuk pulihkan Nabila. Ina berdoa satu hari nanti..Nabila ngan Sarra akan jalan sama-sama sambil pegang tangan. Betul..ini jugak impian Kak Raw. Dia slalu cakap kat ina.. :)
Ina, apalah sangat yang Ita berikan utk Ina dan Nabila? Senang ita, same2 kongsi... memang mula2 buntu! dah jumpe Ina, rase bagai lapang dada nih, masalah bagaikan setel!
ReplyDeleteSarra dan Nabila pasti akan berjalan same2, belajar same2... mereka kan kembar!!! InsyaAllah, berkat sabar kite... ade hikmahnya. Thanx jugak kat Ina. (setahun jugak kite dah kenal!!! kene celebrate x nih? hihi)
hehe..celebrate..ok jer.. kat ner? kata nak tunjuk tempat makan baru tuh..
ReplyDeletetak boleh nak cakap apa la kak ita...cuma saya nak cakap kalo saya kat tempat kak ita...saya akan fikir...adakah saya sekuat kak ita...itu yang saya kena belajar dari kak ita...
ReplyDeleteina: tempat baru tuh, dapat gaji bulan 3 okeh jer. kite gi reramai, mahu?
ReplyDeleteainerza: dear, akak tak lah sekuat mane pun kalo nak banding dengan orang lain yang ditimpa masalah same. akak kuat pun sebab ade rakan2 yang beri semangat. kalo sensorang, mau hari2 berendam air mata! tenku yer ainerza... bile dapat jumpe lagik kan?
hihihi..bila la agaknya yer...skang sabtu ahad kat ofis jer memanjang...plan nak kuar berjalan dah x boleh...harian kol 8.30 baru boleh punch out dari ofis...kol 10.00 baru smpi umah...x suka!!!! Tapi satu hari nanti...saya pasti akan join jugak bloggers untuk berkumpul...yeyeyeyey
ReplyDelete