Semuanya berpunca daripada kesilapan sendiri. Ianya berkaitan kerja seharian ku di pejabat. Berkhidmat dengan majikan sekarang, jika ada kesalahan walaupun sekelumit ianya akan mengakibatkan seluruh Mesia nih al-maklum! Haha...payahkan? Kesilapan tanpa ada susulan pantaun dan peringatan sekali lagi. (apakah aku merepek? Dah start gabralah ni...) Biarlah, harapnya semuanya kembali tenang tanpa ada yang menuding jari. Apa pun, aku akui kesilapan itu dari diri sendiri.
Habis cerita majikan! Mahu bercerita pasal Alisya. Ini lagi satu kes buat aku tidak keruan. Semalam, sedang aku berkerja di hari minggu... tiba-tiba abang menelefon;
"Cayang, abang bagitau ni... cayang jangan marah eh..." nada abang ala-ala takut dan ketar.
"Kenapa?" balas aku yang ketika itu mahu ke tandas!
"Adik jatuh sofa! Abang tak perasan.."
"Hahhh? Adik nanes tak? Ada pape ke? Lebam ke..." tersentap seketika nak masuk toilet!
"Pipi kiri adik lebam sikit, adik nanes gak. Tapi abang dah pujuk, adik okeh. Abang pun nanes gak nih!" abang nanes, pujuklah sendiri!
"Aduhhh... abang tuamkan lebam adik tuh, jap lagi ayang balik..." sambung masuk toilet tunaikan hajat!
Macam tulah sikit lebih kurang perbualan aku dan abang. Dahla aku ni memang jenis cepat gabra, bila dengar kes kesalahan di ofis perutku dah mengulas kencang! Aleh-aleh nak ke tandas, abang call dan nyatakan isu yang lagik dahsat ini. Makinlah 'dragon ball' dalam perut ni berputar-putaran! Atoiiiyaaiiii... dah macam tak cukup tanah dah rasanya nih. Mujur kerja di pejabat sudah habis, terus sahaja aku pulang dengan hati yang bukan kepalang!
Mungkin bagi sesetengah pihak, 'jatuh bangun' seseorang anak di awal usianya adalah perkara biasa. Tapi bagi ku tidakkk!!! Sedangkan anak yang normal jika terjatuh sofa, buaian mahupun katil... pun boleh menjadi 'hal' yang tidak diingini, inikan pula Alisya yang mana sedia tahu otaknya sememangnya sudah mempunyai kesan 'kerosakan' akibat lemas masa lahir. Dan aku sangat-sangat tidak mahu kesan rosak itu bertambah lagi. Aku tidak memandang enteng akan kes jatuh seperti kes Alisya ini. Aku tidak menyalahkan abang, sememangnya abang ada bersama di sofa ketika kejadian. Mungkin terlepas pandang. Apa pun, syukur Alhamdulillah... tiada apa-apa perkara susulan yang berlaku.
Mujur Alisya tidak meragam selepas itu. Apa yang membuatkan aku dan abang rasa lega... pagi ini Alisya sekali lagi melemparkan senyuman yang menusuk hati ummi dan abinya! Tak henti-henti dia senyum... hinggakan aku dan abang ketawa besar! Nak mengalir air mata pun ada gak masa tu sebabnya Alisya seperti memahami perbualan kami pagi tadi. Perbualan yang menggusarkan hati aku dan abang. Tiba-tibanya Alisya menghadiahkan senyuman manisnya sebagai penawar duka kami. Seakan-akan dia memahami situasi itu. Agaknya Alisya berfikir;
"Ummi dengan abi neh tengah kalut-kalut nih. Dah macam nak terpele'ot pon ade neh... baik aku senyum, biar ummi dengan abi ketawa. Aku tanak ummi dengan abi susah hati..."
Senyuman ini mungkin tampak biasa, namun bagi aku dan abang,senyuman ini mampu membuatkan air mata kami berjuraian
dan hati bergelora! (Pic taken after Alisya senyum riang!
Elok tengah menyengih, cepat-cepat ummi amek kamera.
Tapi bila nak snap, saki-baki senyum je yang tinggal!
Pandai berlakon makcik neehh)
Andai itulah yang Alisya fikirkan, sungguh ajaib perasaan yang dianugerahkan Allah ini! Terima kasih anakku, terima kasih kerana terus tersenyum... sekaligus menghilangkan segala kegusaran di hati ummi! Aku dah men-warning abang; Jangan nak marah-marah lagi kat adik. Ingat apa yang adik dah lalui!
Haha... warning ke tuh? Boleh ke isteri warning suami? Dosa tak? Hihihii... tapi berkaitan anak, dibolehkan kot???? Fuhhhhh.... tarik nafas lega sekejap. Mudah-mudahan inilah kes kedua dan terakhir Alisya jatuh! (sebelum ni Alisya pernah jatuh buai, Ramadan lalu. Umpama 'malaikat' menyambut kejatuhan anak ini, sedikit pun dia tak menangis!) Ummi berharap, kecuaian ini tidak akan berulang lagi.
Syukur Alhamdulillah Alisya okey!
** Abang, anak kita makin lasak tau. (lasak ke anak CP nih?) Yeee, lasak ikut gaya dia lah! Kalau taruk adik kat sofa, sila taruk tilam dan bantal 44 biji sekeliling sofa ye. Hihiii... tapi masa adik jatuh buai aitu, ade je tilam kat bawah buai 24 jam, tak pernah kita alihkan! Tup-tup adik jatuh style lain daaaa... tak jatuh atas tilam pun! Hahahaha... (boleh gelak lak ummi nih!)
nsb baik alisya tak apa2...comey Alisya senyum, manisss mcm gula :)
ReplyDeletehuhu...jatuh lagi ke Alisya..? Aduhai sayang..mau main guling2 kat karpet kot..
ReplyDeletehehe..ibu tau..mcm ni la Alisya senyum kat ibu masa kat umah acik raw aituh..Chomel!!!!
Hah??alisya jatuh?sib baik xde pape.alisya kuat.hihihi..semoga alisya terus sihat ye sayang.
ReplyDeleteTomeilah alisya senyum ngan muka yang bam-bam tuh.Geram tengok.rasa cam nak gomol2 jek muka dak tomei nih.
alhamdulillah x pape. mmg geram, rasa cam nak gomol2 pipi dia. rambutnya yg ikal tu pun auntie geram gak
ReplyDeleteala la la..somel2 la dia sengih..hish..geram!!!
ReplyDeletesyukur Alhamdulillah... alisya tak dak apa2... keep praying for her...
ReplyDelete