Sampai aje di ofis, aku dah pegang kepala. Nampak sahaja 'Cik Puan' lagi satu, badan dah mula rasa seram sejuk panas. Berderai hilai tawa ni, mula mengekek-ngekek kami berdua bila masing-masing saling berpandangan! Sampai terkeluar air mata lah! Memang kuat betul naluri kami; jiran di pejabat.
Hahaa...aiseyman, macam mana boleh sedomdom habis neh! Tanpa dirancang. Selalunya hanya rona baju sahaja yang sama. Tapi hari ni... tudung dan anak tudung pun sama daaaa! Nasib baik tak hilang seri mak-mak dara ni. Huahuahuahuahuaaaa.... puji sendiri aje nih!
Memang kami tak pernah merancang, namun... itulah gerak hati yang sama. Masing-masing berteka-teki dengan baju seharian yang mahu dipakai. Cuba untuk mengelak daripada sama warna, sama tema. Akan tetapi, pilihan hati yang tak akan disangka juga menjadi pujaan! Muahahahaha....
Makanya, marilah gelak berjemaah beramai-ramai di ofis. Nasib baik Cik Puan Dewi itu BFF ku! Kami okeh je... selamber!!!

pernah beberapa kali saya terserempak dgn patient yg dtg ke klinik pakai baju yg sama corak dgn baju saya...hehe...sib baik bukan hari yg sama.
ReplyDeletehihihi..jadi kembarlah korang aritu kan?Cik Puan Ita dan Cik Puan Dewi kembar lain mak lain ayah.Tp still maintain 'mama vogue'
ReplyDeleteokla tu, tu namanya sehati sejiwa..hehe
ReplyDelete