Thursday, October 14, 2010

:: Malam Yang Sepi, Kami Mengerekot...

Sakit badan ummi, lenguh pinggang ummi, berdetus urat belikat ummi tatkala Alisya 'memaksa' ummi untuk tidur secara duduk di kala malam yang sunyi sepi. Kamu nih adakala senang nak tidur, masuk buai... rengek-rengek manja, lelap sampai pagi. Adakala kamu meragam sekoyan hingga jam 3-4 pagi pun tak mahu tidur. Mulalah ummi jadi mangsa untuk tidur duduk sama-sama. Bangun pagi, mak aiii... sakitnya pinggang ummi nak oi! Sabar ajelah...

Macam nilah adakalanya ummi
dan Alisya mengerekot sama.
(Pic ummi takdelah, buwok na nanti ghupenyer!)

Ada masanya abi juga turut bangun mahu tolong ummi dodoikan Alisya. Akan tetapi, anak ini sangat bijak! Alisya tak mahu tangan abi, Alisya tak mahu bau dada abi, Alisya tak mahu peha ketaq abi! Yang Alisya mahu, tangan gajah ummi, bau mushuk ummi dan peha embam ummi untuk tidur malam! Andai diberi pada abinya juga, mahu melolong menjerit marah. Walhal matanya terkatop... bijaknya kamu ni anak!

Pulak tuh, haruslah ditambah dengan cakap-cakap puji yang boleh melembutkan hati Alisya. Anak ini mahu kita dodoikan dia secara bercerita. Mulalah ummi mereka-reka cerita yang sedap didengar oleh telinga Alisya. Adakala, kata-kata ummi dah tersimpang jauh entah ke mana. Hinggakan cerita cekodok pon masuk dalam karangan ummi tuh. Mulalah merapu-meraban. Hahaaaa... tapi ummi layankan aje mahu kamu. Itu belum masuk bab leher ummi terkehel-terkulai dek kerana tiada bantal dialas ketika tidur duduk tuh. Huh, massak ummi nak repair balik urat-urat leher kasi lurus! Kalau bukan ummi yang mengerekot, Alisya pasti sudah tersembam terselit celah bedah ummi. Kalau dah lena dan penat sangat, tidur tertangkup ke... terkepit celah bantal pun anak ini tak kesah! Hahaaa... bertuahlah anak ummi nih! Abi, pasti sedap lena tidurnya. Sesekali cemburu gak ummi, tapi apakandaya... abi cuba membantu, cuma anak ini yang memilih. Tapi jika bab berjalan, Alisya tak nampak ummi pun tak apa! Clever!!!

Kalau dah 'feel' sangat, macam ni lah.


Masih tidur... Andai terjaga, pasti melalak!


Kalau dah mengantok sangat,
macam ni pun buleh tidur hingga jam 3 pagi!

Itu belum bab marah-marah kat Alisya. Yelah, hati ummi adakala terbatas juga sabarnya. Tengah malam Alisya dok terjerit-jerit! Ummi pun samalah naik jerit! Pandai pula Alisya buat muka kesian. Sudahnya, ummi juga yang ralat. Ummi juga yang sedih bila ingat balik apa yang ummi marahkan. Ummi jugak yang tolol, dok marah Alisya yang tak salah apa. Duhai hati... janganlah cepat kau membengis! Aku benci bila memarahi anak ini, aku benci bila sesal timbul kemudian waktu, aku benci bila melihat anakku makin sedih! Sungguh, hati... sabarlah.

Hati ibu mana tak tersentuh bila melihatkan
wajah si anak yang sangat mendamaikan.
(Mulalah menyesal lepas tuh!)


Ketika ummi sebok di rumah, tak layan dia...
tidur adalah lebih baik dari mengamok! Hehe...


Dan ada ketikanya, dia sangat pandai membawa diri.
(Dah macam nak menari ballet pun ade nih)


Dalam seminggu, hanya 1-2 hari sahaja ummi dapat tidur dengan molek dan relax. Selebihnya, ummi akan mengerekot sama dengan Alisya. Tak apalah nak, asalkan kamu tidur kerana janganlah kamu membebankan Ibu Daycare pada esok harinya dek kerana kamu tidak tidur semalaman. Biarlah ummi sakit pinggang, sakit belikat bagai... asal kamu sentiasa dalam pelukan ummi. Ummi sayang kamu, anakku!

7 comments:

  1. alahai... tersentuh tgok gamabr tayya.. kalau kita dh sakit pinggang tuh... itulah kelebihan Alisya..

    alisya selesa tuh..selesa sgt... ummi jgn risau... hahah.. :))

    ReplyDelete
  2. Aduhh...inilah anak-nak istimewa kita kan....hati kadangkala panas..kesabaran kian tertewas..badan letih...mata mengantuk...tapi anak masih mengamuk...tariklah nafas dalam-dalam...sungguh...anak-anak ini juga mahu tidur...namun pasti ada sesuatu yg menganggu lena mereka..yg kita tak faham dan mereka tak mampu nak jelaskan...Iman jua begitu...ada harinya tidurnya lena...ada harinya dia susah nak lelapkan mata..bangun dan menangis setiap jam...namun..kita tetap sayang mereka kan...kerna kita tahu itulah kelainan mereka yg harus kita terima...sayang ita dan alisya...

    ReplyDelete
  3. Nak tido ngan nabila agaknya dlm bb coat yek Alisya..meh sini..dtg umah ibu yek tido ngan nabila..

    ReplyDelete
  4. memang bila tgk muka anak lepas kita marah, jd kesian pulak kan kat dia. comel gaya sara tido, macam2 posing ada hehe

    ReplyDelete
  5. Damai sungguh tengok muka Alisya tido....sedamai hatinya kan?

    Adatlah budak-budak ni kan..kadang2 angin dia ok..kadang2 angin tak ok plak..pening kita nak ikut rentak dia..tapi apa2 pun keadaan...Anak tetap jantung hati kitakan?

    ReplyDelete
  6. Alahai..cian ummi..demi alisya si tomei..gagahkan jugak kan...

    Tapi kan..sukenya tengok muka tomei ni tidur...sweeeet....:)))

    ReplyDelete
  7. hahahahaha.. mcm2 gaya alisya tidoooo.. hehehe

    ReplyDelete