Masih sekitar mood beraya. Dek kerana banyak hal yang melanda Aidilfitri ini, hampir terlupa pula mahu ku coretkan kisah nan indah sepanjang Lebaran yang lalu. Raya, siapalah yang tak seronok. Kecil, besar, tua, muda semuanya bergembira. Alisya yang serba 'kekurangan' tu pun turut merasai nikmat berhari raya. Mau taknya, lepas sorang demi sorang dok kendong anak nih, tidak lepas dari pelukan sepupu-sepapatnya haruslah dia berasa seronok dan teruja! Hari lain, mana ada ummi nak buat macam tuh 24 jam! Huh... anak bijak!
Alisya dikepit Angah Tasha.(Angah nilah yang menjaganya siang
dan malam menjelang Syawal
ketika ummi kerja overtime!)
Pendek cerita, raya kami hanya biasa-biasa sahaja. Yang seronoknya apabila di hening Syawal, yakni sesi bermaaf-maafan sesama keluarga. Drama air mata sana-sini tak dapat dibendung lagi! Heheee... Adatlah kalau buat salah, pasti nanesnya lebih sikit! Huh, sayu dan pilu pulak kan? Sehebat mana pun Syawal yang diraikan, akan ada mereka-mereka yang masih dalam kesedihan. Lumrah hidup.
Kunjung-mengunjung juga tak lupa untuk diamalkan. Terkedek-kedeklah ummi, abi dan Alisya yang bagaikan sedondon dengan busana raya pergi ke rumah sanak-saudara, sahabat handai dan rakan taulan tercinta. Hitam, tema kami tahun ini. Nama pon raya, mestilah baju anak-beranak sekayu, sepapan bagai! Tahun depan, andai ada rezeki yang Allah kurniakan, kami akan terkedek-kedek ber-empat pula. Hihihiii... angan-angan mat jenin ajelah ummi nih!
Ke rumah Kak Lina pula. Seronok berbualdengan akak dan kami hargai perkenalan ini.
Masheh kak atas info yang diberi.
Semoga hidup ini akan terus diberkati, akan terus dirahmati. Dalam kesenangan ada kepayahan, dalam kegembiraan terselit jua kedukaan dan dalam kita bersedih, janganlah kita lupa... masih ada yang manis untuk dikenang.









moga2 doa ummi dan abi nak bagi adikkat sara dimakbulkan oleh Allah :)
ReplyDeleteyey..dpt gak ku tatap wajah kak lina yang penyayang itu...:))
ReplyDeletesamat hari raya ita...
ayu: alahai ayu ni.. ada2 je.
ReplyDeleteita: can't wait to see u n dak tomei..akak doakan tahun depan raya berempat.....:)