"Huh... agak-agaklah abi ni, ayang baru malam tadi pegang stereng balik, baru refresh sekali, tak kan buleh mahir pun. Plus, lesen dah mati. Kalau kene tahan, macam mana?".... keluh si bini.
"Emergency. Nanti abang gi hidupkan lesen cayang"... kata-kata perangsang si suami.
"Tak nak lah, tak yakin. Ayang tak berani lagi".... si isteri masih berdegil!
"Habis tu, macam mana? Nak tunggu mana? Abang banyak keje ni"... nada abi yang frust sebab ummi tak buleh drive lagi.
"Ayang naik train! Gi umah Along... Nanti abang amek ayang kat sana"... hati si ummi yang bulat dan nekad!
Naik train? Bawak Alisya??? Yeeee... itu yang aku lakukan semalam! Kerja gila mungkin. Tapi memang aku nekad. (kenapa tak nekad untuk drive balik je???) Huh... untuk perbuatan itu, aku masih berperasaan takut! Hahaaa... bukan takut dengan stereng kereta abi, tapi takut entah ke mana 'hala tuju' ku nanti! Masih takut dengan 'permainan' jalan raya.
Nantilah, baru sehari dua je aku 'berjinak-jinak' dengan 'Horlick Cheese Cake' abi tu. Hari pertama, hanya sejauh 1 kilometer sahaja. Hari ke-dua... aku dah berani sikit meredah jalan sepanjang MRR2 yang sedia maklum, jika jam 4 pagi pun kereta di situ tetap banyak. Pada mereka yang mahir dengan driving di Kolumpo ni, mungkin adalah sangat mudah untuk kalian memahami rentak jalan raya di sini. Tetapi bagi aku, yang mana pernah melalui trauma yang sangat dahsat suatu masa dulu... amatlah berhati-hati dan masih ada sisa trauma tersebut! Sungguhpun tidaklah melibatkan nyawa manusia mahupun haiwan yang melayang, namun pengalaman lalu banyak memberikan pengajaran. Tambahan pula, parking di ofis amatlah menyeksa jiwa! Parking bertingkat, yang mana aku harus mendaki setinggi level 16, barulah dapat meletakkan kenderaan dengan selamat. Level 1- 15 adalah untuk reserved parking. Jika aku membawa kereta ke ofis nanti, aku tidak tergolong di situ!
Memang benar, isteri sekarang harus berkebolehan untuk memandu kereta, berdikari sendiri apabila suami tidak dapat bersama di saat-saat genting. Dan itulah yang aku terfikir sekarang. (kalau abang baca ni... mesti abang cakap; kenapa tak fikir 3 tahun dulu?) Muahahahaha... abang, bukan ayang tak fikir dari dulu. Cuma keyakinan tu belum muncul-muncul lagi. Hihiiii... jalan kat Kolumpo ni complicated sangat. Pulak tu, kereta old fesyen, manual, stereng nak putar je mau turun 4 kilo! Hahahaa... itu bukan alasan! Yelah, ayang tengah cubalah ni nak dapatkan balik skill memandu. Bak kata kakak ku, kadang-kadang kita harus berani sendiri... redah je bawak kereta tuh sorang-sorang! Baru thrill! Errr... suatu hari nanti akan ku buat!!!
Berbalik pada kisah Alisya naik train. Memanglah ummi cuak tahap gaban nak bawak anak dara ni naik train. Pulak tuh, siang hari di rumah beby sitter... anak ini mengamok sakan. Mujur Along Ju temankan dari rumah Ibu Daycare. Petang hari, orang semua berpusu nak balik ke rumah dari tempat kerja dengan mengendong beg, termasuk kami... cumanya yang pelik kenapa aku kendong Alisya bersama? Dah macam nak bawa lari anak je rupanya! Hahahaaa... Lantaklah apa yang orang nak kata. Semakin aku nampak kelibat train menghampiri, semakin kencang degup jantung ni. (nak dating dengan abi kali pertama dulu pun, tak berdegup kencang macam ni lahhh...) Risau jika tak dapat duduk, macam mana nak dokong Alisya? Risau jika anak ini kamok-kamok, mengeliat-leding dalam train... macam mana nak handle dengan orang ramai di sekeliling? Huh... berdebar.
Rupa-rupanya, Alhamdulillah... Alisya sangat berhemah dan sangat bertimbang rasa ketika di dalam train. Sangat baik. Muka Alisya pelik, hairan dan janggal. Mujur dia tak mengamok, menjerit atau berdecit langsung. Perjalanan buleh tahan jauhnya. Lebih setengah jam, keadaan sejuk membuatkan anak ini hampir terlena! Mata yang memerhati??? Adaaa... tapi ku tak endahkan langsung! Aku lebih banyak berborak dengan Alisya, mengajar dia supaya lebih mengawal diri. Syukur, ummi 'lulus' membawa kamu naik train!
Muka ummi yang pelik. Dah macam minah hendon laribawak anak dari seberang je neehhh!
Muahahahaa... Alisya dah nak terlena masa ni.
(pic ehsan kamera henpon Along Ju)
Dan yang paling penting, Alisya merasai suatu pengalaman yang baru. Masheh anak ummi, kerana memahami situasi terdesak ummi semalam! Nanti kita cuba naik bas pulak! Ahahaha... ada brannn ke ummi???
Baca entry ita ni buat akak teringat zmn akak mula2 drive dulu..bygkan lesen dpt dh lama tp baru jerk nak pegang stereng terus kene redah bawak keta toyota lama tahun 79 punya versi berulang bangi-shah alam tiap2 pagi ikut federal highway yg sume orang tau cmne..huh scaryyyy mula2 tu siap terlepas exit lagi sesat barat sorang2..huhu..nasib beik laaa ade pokcik polis bwk motor tlg tunjukkan jalan kua..hehe..mcm2 pengalaman bwk keta ni..yg penting kite kene feel kita yg control keta, bknnya keta kontrol kita!baru jalan..:)
ReplyDeletehahahha...congrates ummi..mati2 mummy igt ummi drive keta balik umah...hahahha... xper2 lainkali k
ReplyDeletekak Sufeenan; suke quote akak yang ini...
ReplyDelete"yg penting kite kene feel kita yg control keta, bknnya keta kontrol kita!baru jalan..." heheee.. agak berkesan utk semangat di jiwa! masheh kak...
hayu mayo; kalo ummi drive balik, macam2 doa ummi nak baca, tak cukup tu... siap call ahli superkids semua utk tolong doakan sekali! hahahaa....
Yee betul ta, bila dah ada feel tu akan ilang rasa nervous sume..akan rasa 'jalanraya ni ana yang punye..pasti nak race saje..'keheheh..opsss..dengar bule, ikut jangan..bahayeeeee..!
ReplyDeleteDunt worii..kalu dah bule drive kat kl dah bagus dah tu..nak more challenging try drive kat klate plak..cuba tnya ayu cmne attitude org2 klate bwk keta..jgn terkejut kalu tetiba ade saje yg dtg menerpa tanpa ada signal!kussss semangat!:)
wah..congrate's ita.at least ada gak experiance alisya naik train kan?mesti dia seronok tgk benda baru.dalam hati msti dia ckp'kat mana ummi bawak adik nih.ramainya org dalam nih..tp seronok dapat tgk macam2" hihihi..
ReplyDeletehehehehe..paham sangat perasaan u mase nak bawak kete tu. sama je cam kite mase mula2 nak bawak kete kat kl ni...serammm..hehehe
ReplyDeletelepas ni jgn takut ekk...kena berani..sokong dgn kata2 semangat dr kak sufeena tu..
Bagus Alisya..pandai dia..ummi, take your time..jgn risau..sekejap je dpt skill tu balik kalu drive sensorang...
ReplyDeletecayokk untuk adik akak, bangga sangat dengan ita...
ReplyDeleteterima kasih alisya sebab alisya baik sangat dengan ummi waktu dalam train tu....
bila keadaan terdesak, memang kena nekad buat keputusan. mujur alisya tak meragam kan...
akak pun sama dengan ita, sampai hari ni takde hati nak drive sendiri, bila la semangat drive tu nak datang...
huhuhu....
p/s: peluk cium akak untuk alisya yer...Mmmmuahhh!!
good experience for alisya... n ummi alisya, u have to be strong ok! believe in yourself!
ReplyDeleteblh tak nak copy paste ni heee - good experience for alisya... n ummi alisya, u have to be strong ok! believe in yourself!
ReplyDelete