Thursday, November 11, 2010

:: Cerita-Ceriti Alisya...

Semenjak kebelakangan ni, blog ini hanya berkisar tentang cerita gila glamer ku sahaja. Cerita Alisya tersunyi sepi pula. Maaf ye nak. Ummi patutnya 'up' kan kamu. Tapi ummi pula yang terover terlebey sudah! Hihiii... ummi lupa diri sekejap!

Alisya... rutin hariannya seperti biasa. Ke Ibu Daycare, adakala baik di sana. Ada masanya melalak, meraung dah macam tak hengat dunia! Masih ku bekalkan buaian santai yang kami panggil 'buai katak' jika Alisya ke rumah ibunya. Ini kerana mood anak ini yang sememangnya tak dapat nak di duga sama sekali. Sekejap mahu didudukkan, sekejap mahu dibaringkan, sekejap mahu di buai katak. Tak ke fenin Ibu Daycare nak melayan? Haih... macam-macam hal lah ini budak.


Kalau tengah baik, Alisya memang suka duduk di sini.
Kami gelar buai katak sebab corak kain buai ini
ade tema katak. Hehe...


Sabtu pula, masih ke Gedangsa. Jika yang lain ramai dah 'hye-hye bye-bye' dengan Kak Raw, tapi aku dan abang masih teruskan rawatan ini. Yelah, kami mak apak Alisya, kami tahu mana yang sesuai dengan tubuh istimewa anak kami ini. Begitu juga dengan ibu bapa yang lain. Mereka tahu mana yang serasi buat anak mereka. Dan tiada salah mencuba itu ini, hak masing-masing kan? Semuanya yang terbaik untuk si anak. Kalaulah kami memonteng dari Kak Raw, alamatnya Alisya akan mula 'mengeras' macam kayu dan 'melurus' macam pembaris. Hihiii... taklah ummi suke-suki nak melebel anak ummi macam tu. Sekadar contoh. Tapi memang itulah yang akan Alisya lakukan. Aku dan abang beranggapan badan Alisya akan mula tidak selesa kalau tak kene penangan Acik Raw dia.

Kali ni balutan Alisya dipanjangkan dari 4 jam kepada 6 jam. Apa yang aku dan abang dapati, anak ini akan lebih mudah tidur malamnya. Tiada lagi tidur di peha ummi, tiada lagi penderaan ke atas ummi untuk tidur secara duduk bersama-samanya. Alhamdulillah... memang ada keberkesanannya berubat dengan Kak Raw. Yelah, nak mengubati anak yang sakit, kesabaran yang tinggi perlu dipertaruhkan. Bukan sekali dua mencuba, kita sudah mengharapkan pencapaian yang besar. Dan tidak semestinya hanya tertumpu pada satu tempat, anak itu boleh pulih. Mencari penawar bagi mengubati si anak, bagaikan mencari jodoh yang paling baik buatnya. Berusaha sedaya mungkin. Insya'Allah.


Anak ummi merayu simpati.
Tapi dia tahu rasa sedap selepas berbalut 6 jam!


Cerita lanjutan mengenai anak ini, Alisya makin kuat melemparkan senyumannya. Alhamdulillah. Memang aku dan abang sangat-sangat menantikan detik anak ini terkekek-kekek dengan kami. Mungkin ada yang beranggapan "anak senyum lebar pun nak heran ke?"... Haruslah! Sebab anakku istimewa. Senyuman istimewanya lah pengubat bagi penat lelah kami, pengubat bagi kegusaran hati kami! Pulak tu, sesekali senyuman anak ini disulami dengan mulut yang ternganga, terkumat-kamit. Bagaikan mahu bercerita. Menurut kakak iparku yang juga punyai anak istimewa, katanya jangan berhenti bercakap, bercerita dengan anak ini. Kerana setiap yang dibualkan akan direkodkan oleh si anak, akan dirakam di kotak memorinya walaupun mengambil masa yang lama. Suatu hari nanti, anak ini pula akan membalas dengan bercerita semula kepada kita. Huh... ajaibkan rangsangan itu? Bilakah momen itu akan tercetus? Tak apa, ummi tunggu nak!


Senyuman anak ummi di suatu pagi Jumaat.
Kami pula yang terkekek-kekek!

Untuk anak ummi, walaupun suatu hari nanti ummi sudah 'kehabisan' cerita untuk diperdengarkan kepada kamu... akan ummi teruskan jua walaupun ummi terpaksa meminjam cerita jiran sebelah! Ummi tidak akan berputus asa untuk terus bercakap dengan kamu, ummi tidak akan berputus harap untuk mendengar Alisya pula yang bercerita kepada ummi. Ummi sangat-sangat nantikan saat itu sayang! Walaupun ummi bercakap bahasa kita, kamu bercakap bahasa jerman, ummi terima... sebab kamulah 'nyawa' ummi dan abi! Kamulah harta kami dunia dan akhirat!


Ketika asyik 'bercerita' dengan abi.
Ouhh... gigi anak ummi lompong lah!



Indahnya nikmat yang Allah beri pada kami.
Syukur Ya Allah...



** Ya Allah, Kau panjangkanlah usia 'urusan pinjaman' anak ini kepada kami... agar dapat kami membelainya, menghargainya dan menyayanginya dengan penuh rasa syukur! Walaupun 'pinjaman' Mu ini serba kekurangan, namun cukup besar nikmat yang Engkau turunkan di sebaliknya! Aku bersyukur dengan kurniaan-Mu ini Ya Allah....

8 comments:

  1. Insya allah ita. Teruskan usaha..Manis betul senyuman anak ibu alisya.. Nanti ibu temukan Ainie dengan Alisya yer, nak.

    ReplyDelete
  2. Makin terserlah keayuannya sebagai anak dara..eehh..jgn dedah lelama ita..nnt ada yg ngurat!:)

    ReplyDelete
  3. comel sungguh si Alisya ni... amin untuk doa di atas...

    ReplyDelete
  4. dah besar dah ALisya.. moga Allah kabulkan doa ita & hubby, amin

    ReplyDelete
  5. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kakak pia ni..santeknya enyum ia..love u so....

    ReplyDelete
  6. cantiknya alisya berambut panjang..macam anak dara dah pun..

    ReplyDelete
  7. salam
    alhamdulillah,suka tengok senyuman Anakanda Alisya,rambutnya pun cantik.salam ketabahan untukmu ita.memang letihkan,masa rehat sering terabai demi anakanda,namun moga Allah balasi dengan aksih sayangNya yang tak bertepi untuk kita.

    ReplyDelete