Tuesday, November 09, 2010

:: Perut Ku 'Menari Cak Kun Cak'...

** Entry yang agak meloyakan! Hihiii... jangan teruskan bacaan jika rasa nak muntah terbelahak. Sekadar peringatan pada diri agar tidak berlaku lagi kes seperti ini. Dah lembik macam cicak melepet dah ni!

"Dan kau sudah tahu yang berapa kali aku sudah terbuang air besar? Ini pun ada rasa macam terkucil nak terkeluar, ku tahan Jebat! Ini sudah hampir 14 kali!"

Hahahaha... Ingat dialog tuh? Ye, memang ini yang sedang aku alami. Rasanya yang paling teruk sepanjang 2010! 14 kali, dah nak sama level dengan parking kereta semalam! Hahahaa!!! Dah tak tertahan dah rasanya. Mahu MC tadi, tapi memang tak buleh kerana ofismate ramai cuti. Dah nak hujung tahun kan, ada sahaja yang ber-vacation. Mahu tak mahu, ku gagahkan jua ke tempat kerja.

Azabnya rasa bila setiap setengah jam mahu 'bertapa' dalam tandas! Sakit jangan ceritalah. Entah mana silap makannya, tak tahulah pulak. Tapi abang cakap ni penangan kene drive semalam! Hahahaa...yok yok lah! Bukan tak mahu ke klinik pagi tadi, tapi aku tak yakin buleh bertahan sementara nak tunggu turn jumpa doktor. Dalam tengah menaip ni pun, dah mengulas-ngulas dah. Atoiyaiii! Rasa macam nak cabut toilet bowl tuh letak kat sebelah! Muahahaha. Ramai nasihatkan aku suruh minum 100 plus, hmmm... akan ku cuba juga walaupun tekak ni memang sejak azali tak buleh terima 100 plus. Makan pun hanya 2 sudu aje yang buleh masuk. (kalau turun 5 kilo, best nih). Teh o pekat dah selamat aku telan. Tapi masih berbisa lagi. Apalah nasib badan. Harap-harapnya esok dah pulih. Dah tak ada tenaga dah nak mengadap tandas! Hahaha...

Serius, memang sekarang ni dah terbayang nak tidur baring dalam toilet! Senang. Hihihi... what everlah Ita. (Pengotor gak ko ni kan?) BFF hajak merendek makan meetball pun ku tolak dengan berhemah! Habis tu, nak ke ko tanggung risiko jalan dengan aku Hayu Mayo? Hihiii... dahlah, tak buleh nak go on dah.

3 comments:

  1. dah lega ke belum cirit birit tu?
    petua arwah bapa akak mcm ni...ambik rokok daun.koyak2 kemudian rendam dlm air suam.lepas 10 min gitu boleh minum air tu.rasa kelat2 sikit.akak pernah buat.mujarab jg.

    ReplyDelete
  2. kak.. alhamdulillah. hari ke-2 okeh dah. banyak angin kot. 3 cawan gak lah minum teh 0 pekat pahit tuh. sebbaik mujarab gak. hihii... next time buleh try petua akak. tapi mana nak carik rokok daun tu? (yang batang teratai tu ke? ita tau rokok daun tu je... atau ada yang lain?)

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh ita....sellau gak kena lepas makan lauk kenduri...he..he...

    ReplyDelete