Monday, December 20, 2010

:: Bila Alisya Tak Sehat...

Alisya demam! Sabtu lalu, bangun dari tidurnya, abang mengangkat Alisya dari buai. Melalak!!! Tak mahu langsung abi menyentuhnya. Aku leka menjemur baju di ampaian. Dek kerana kesian melihat Alisya terus-terusan meraung seperti dicubit, aku pantas mengambil dan mendukungnya. Dapat ku rasakan seperti ada yang tak kena dengan anak ini. Mukanya kemerahan, badan makin hangat.

38 darjah suhunya. Kategori demamlah tu kan. Ouhh...kesian anak ku. Lama dah anak ummi tidak berkeadaan sebegini. Kali terakhir Alisya tak sehat ketika Ramadan lalu. Pernah hati ini terdetik... "Syukurlah, anak ummi dah jarang sakit. Anak ummi makin kuat dan sihat!"... Aleh-aleh, demam ni datang secara tiba-tiba. Tiada sebarang signal yang diberi. Cuak lah! Mujur hanya demam biasa. Walaupun tiada 'pakej susulan' dalam demam ini, namun Alisya tetap merengek, melalak, meraung bilamana ada yang tak kena dengan badannya. Bila dah penat, melepet ajelah sudahnya. Tidur pun hanya mahu di lengan perkasa ummi atau di pangkuan! Kesiannya anak ummi. Patutlah lately ni Alisya tak banyak senyum, tak banyak 'kegembiraan'. Rupanya 'Hencek Demam' nak datang!!!

Cepatlah baik sayang. Kerana ummi tak sanggup, benar-benar tak sanggup melihat anak ummi meraung kesakitan. Anak ummi tak dapat nak luahkan apa yang sakit, anak ummi tak dapat nak mengadu apa yang tak kena kerana keterbatasan kamu. Hanya tangisan dan jeritan yang mampu melegakan keperitan yang Alisya alami. Kuat tangisan yang anak ku lemparkan, kuat lagi hati ini berasa sedih! Alisya menangis, ummi jua turut menangis kerana simpati dengan kamu. Moga anak ummi kembali tersenyum dan sihat. Amin Yarabbal A'lamin!!!

7 comments:

  1. Ya..Allah..perkenankan doa ummi Alisya ini..semoga Alisya sayang cepat sihat dan kembali senyum untuk ummi dan abi nya...

    ReplyDelete
  2. hahaha..demam rindu kot..patutlah abang ladeem pun demam gak hari khamis , jumaat....pastu ade ulcer dlm mulut... sian tayya..nak ajak dating tp tak tahu nak ckp... tuh yg die demam...muahahah

    ReplyDelete
  3. amin... moga alisya sihat & ceria semula...

    ReplyDelete
  4. terima kasih aunty2 semua yang tak putus2 mendoakan Alisya. ummi memang takut sangat bab demam ni. sebab Alisya pernah hampir kene tarik dek demam yang sangat panas! moga Alisya dan semua kawan2nya sehat2 sahaja... amin!

    ReplyDelete
  5. mummy ayu; nanti dah 'setel' semua hal,pak mat tempe pun dah repair itu barang, bolehlah ronggeng cik kiah! kamu tahu kan situasi yang sedang saya rasa...

    ReplyDelete