Agak tak percaya juga bila abang menyatakan big bossnya menjemput spouse untuk turut bermalam di Philea! Segalanya ditanggung halal dan beres! Hehehee... Mulanya ku dengar Melaka, hmmm... tak berapa heranlah nak follow. Dah sah-sah rumah bondaku tercinta di sana. Akan tetapi, bila dah menjejakkan kaki ke Philea ni... dah lupe dirilah pulak! Rumah mak pun tak hengat nak balik dah. Hahahahaarumi bakoko punya anak!
Sementara abang sibuk dengan 'Retreat'nya pada siang hari, para isteri yang turut serta bersama anak-anak diberi kebebasan nak buat apa sahaja yang kami suka! Mandi pool ke, nak order makan lagi ke, nak ke spa ke, nak kilatkan kuku ke, nak trim rambut kasi santek lurus macam dalam iklan ke... semuanya underbayar! Huh lehhh... siapa tak suka kan? Syukur ajelah dengan rezeki ini. Terima kasih Enchik Boss! Sangat saya hargai reward ini!
Sepupu sepapat Alisya yang menjaganyatatkala ummi berkeliaran ke spa.
Kata Enchik Boss, ianya adalah 'bayaran' buat para isteri yang sering 'merungut' bilamana si suami asyik pulang lewat jauh malam. Makanya adakala tiada masa nak bermanja-manjaan dengan anak bini di rumah. Walaupun tidak selalu, bila sesekali abang kene stay makan masa jugaklah. Sampai ke subuh pun ade! Masa tu lah aku dan Alisya bagaikan hilang punca mana mahu pergi sementara menunggu abang habis kerja. Dan disebabksn itu juga, ku gagahkan diri membawa kereta semula! Lani, tak kesahlah Enchik Boss... nak stay berapa lama pun... saya masih boleh menunggu atau terus redah balik ke rumah. Asalkan nanti ade Retreat & Relax seumpama ini lagi! Buleh? Ahakss... demand lebey neeeh!
Sepanjang ber-Retreat & Relax ni, anakku yang sorang tu memanglah sangat behave-nya! Sangat baik dan senang sungguh tido malamnya. Pulak tuh, katil yang gedabak besar di bilik penginapan kami... hanya Alisya seorang yang conquer! Moodnya sepanjang di sini juga baik. Syukurlah, sekurang-kurangnya Enchik Boss tidak jeran nak menjemput kami lagi. Hahahaa! Lastly, terima kasih daun keladi... ade rezeki extra, ajaklah lagi! Daaaaa....







bestnya dpt reatreat macam ni...cantek gile bilik hotel tu .. mmg berbaloi2x la kan
ReplyDeletewahhh bestnyer....bagus sekali sykt Farid keje tu...sykt malay ke chinese? Pepun tahniah...para isteri pun layak dpt reward...
ReplyDeletemmg lah sgt mabeles ita... nnt balik nk g la situ... bestkan... kisses n hugs utk alisya yg behave tu...
ReplyDeleteyatie; sangat berbaloi. hehee...sebaik ade orang belanja, kot nak pergi sendiri tak mampu! :D
ReplyDeletekak nani; rezeki anak2 kot kak. hehee... companya melayu. Alhamdulillah, makin elok elok aja...
kak min; best lagik dok tempat orang. tapi yelah... hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri kan ka.... kiss utk mawaddah yang montel tu jugak!
spa ni best tak heheheh...
ReplyDelete