Lama tak meng-apdet sebarang cerita. Mood malas menguasai diri. Hihi...
Alisya dah besar! Yup.. itu yang harus aku akui. Sungguhpun anakku CP, Alhamdulillah tumbesarannya elok-elok sahaja.
Alisya makin besar tatkala ummi rasa rengeknya berlainan daripada rengekan seorang baby. Alisya makin besar tatkala ummi membelek kamu bilamana kamu sedang lena dibuai mimpi dan ummi dapati kamu semakin matang. Alisya makin besar tatkala ummi memandikan kamu, ummi rasa makin tinggi dan melonjang anak ummi nih. Alisya makin besar tatkala ummi rasa tempat duduk depan di kereta abi sudah tak muat untuk kita berdua! Dan Alisya memang semakin membesar... sungguh ummi dan abi tidak perasan.
Syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan nikmat yang tidak terhingga ini. Alisya adalah nyawaku, hartaku dunia dan akhirat! Jika dia 'dicubit'... aku jua turut merasa sakitnya! Jika anakku diperkotak-katikkan, aku jua turut merasa tempiasnya! Dan siapa lagi yang akan mempertahankan anakku jika bukan ummi dan abinya.
Memang manusia sedap dan mudah sungguh membuat andaian bilamana kita dikurniakan zuriat yang tidak normal, zuriat yang cacat, zuriat yang istimewa. Namun, selama mana lagi harus aku dan abang mendengarnya? Selama mana lagi harus kata-kata itu dilemparkan? Alisya tidak pekak, dia juga mendengar apa sahaja yang mereka berkata tentangnya. Jika aku sendiri tidak tahan mendengarnya, bagaimana pula anakku itu? Pasti Alisya berasa sedih. Pasti Alisya berasa terhina sungguh kerana dia semakin besar dan semakin memahami permainan duniawi ini.
Kesian anak ummi, sebab itu ummi harus melindungi kamu nak. Biarlah orang beranggapan ummi kurang hajar, kerana mereka juga berkelakuan 'kurang hajar' dengan keadaan anak ummi! Sakit hati, sedeh yang dialami hanya Dia yang tahu. Semoga masih ada lapisan kesabaran dalam hati ummi.


Jika Alisya rasa sedih dengan hakikat itu, bagaimana ye perasaan seorg anak angkat yang dinafikan kehadirannya oleh ibu sendiri, kemudian tu, anak itu istimewa pula (sesak dada bila memikirkan seandainya kita di tempat dia). Sebab tu agaknya Allah jadikan dia Istimewa, tidak rasa peritnya satu penafian.
ReplyDeletealisya sabar ye sayang, tempat alisya di sisi Allah lebih mulia berbanding orang2 yang mulut busuk itu
ReplyDeleteSemoga alisya terus membesar dgn sihat...biarlah tidak sempurna yg penting dia mampu membahagiakan abi dan uminya...salam buat alisya...
ReplyDeleteEhmm..alisya dah semakin besar.dah nak jadi anak dara dah yer. Dan yang pastinya tentulah semakin cantik dan manis.Moga jadi anak yang solehah.Semoga diberikan kesabaran yang tinggi dan dipermudahkan segalanya.
ReplyDeleteKiss n hug untuk alisya yang cantik.
setiap anak punyai kelebihan masing2..yg pasti anak2 istimewa ini adalah syurga utk ibu bapanya.
ReplyDeleteSemoga sentiasa diberikan kesabaran yang banyak dlm meniti hari2 mendatang,dengan itu kita mampu menghadapi pahit getirnya....anak itu sudah pasti tempatnya dimana,org yang mengata,mengejek itu belum tentu lagi,jadi kuatlah untuk anak2 itu.
ReplyDeletealisya mempunyai sesuatu kelebihan yg tak ada pada insan2 lain... dlm kekurangan ank2 ini, merekalah yg menyuntik kita dgn kekuatan & ketabahan...
ReplyDelete