Monday, January 24, 2011

:: Alisya Nak Adik...(kottttt!!!!)

Menaip dari rumah. Terpaksa memohon cuti kecemasan gara-gara anak ku dilanda 'hangin ribut'! Mengamok tanpa pasal dan sebab musabab yang kukuh. Kalau ku hantar juga Alisya ke Ibu Daycare hari ni, pasti baru jam 12 Ibu Daycare dah surrender! Amukan anak ini tak dapat dibendung untuk hari ni, makanya adalah lebih baik ummi EL!!!

Alisya tak demam, tidak selsema, cuma batuk sekali-sekala. Tapi ku rasa, bukan itu yang menjadi punca amukan gerhana cek embun ku ini. Sabtu lalu, puas aku dan abang membawa Alisya bersiar-siar ke tempat kegemarannya. Bukan main senyum meleret lagi, tiada sebarang bunyi tidak puas hati pun. Pulang sahaja ke rumah mulalah nak mengamok, melalak sakan. Kenapa nak?

Muka tak puas hati Cek Embun ku!
Entah apa yang tak kene agaknya?


Ummi dan abi sungguh tak faham. Nak kata perut Alisya sakit, rasanya cemerlang dah beraknya. Habis dah segala sisa toksik dikeluarkan. Nak kata tak puas berjalan, lama dah kita dok 'keras' kat Ikano tuh! Nak kata lapar, ummi dah suapkan makan. Susu pun makin kuat! Entah mana lagi yang tak kena gayanya. Haihhhh Alisya ku sayang, janganlah buat ummi jadi pekerja yang bermasalah. Ye, memang ummi pentingkan anak dari kerja. Kalau boleh, jika ada pilihan... surirumah adalah impian dan cita-cita agungku tatkala ini. Mahu menjaga Alisya depan mata, mahu membesar dan menghadap segala kerenah anak ini dengan tangan sendiri. Ohh anakku!!!

Apakah sebenarnya kesakitan yang kamu alami nak? Firasat ku dan juga Ibu Daycare, Alisya mungkin mahukan teman, adik sebagai kawan. Sedikit aku akui di situ. Ini kerana, ketika rumah kami dikunjungi Delisha, (anak teman baik ku)... Alisya tampak sungguh berseri-seri wajahnya. Mungkin penangan gomolan Delisha di badan Alisya membuatkan anak ini terasa dirinya bagai dihargai, punyai adik, teman yang sangat rapat untuk dia berkongsi rasa. Walaupun tiada sebarang ayat mahupun kata-kata dari bibir Alisya, tapi aku dapat rasakan... sungguh Alisya sangat senang dengan kehadiran bayi di sisinya! Alisya juga punyai hati dan perasaan bukan? Mungkin juga Alisya tak sabar mahu menjadi 'Kak Long'. Insya'Allah nak, andai kita diberi rezeki dan peluang untuk menambah ahli keluarga, pasti Allah makbulkan doa-doa kita. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh-Nya.


Delisha, aura kamu sangat terkesan pada 'Kak Long Yah'...

** Sungguh, hati ummi dan abi ketika ini sedang membuak-buak mahukan zuriat lagi. Usaha tangga kejayaan, namun kita merancang... Allah jua yang menentukan! Semoga ada rezeki buat Alisya menjadi Kak Long!

8 comments:

  1. Hah..apa lagi ita?Alisya pun dah bagi 'hint' nak adik tuh.agaknya dah boring kesunyian tanpa kawan.Ada adik boleh dijadikan saingan untuk dia terus meningkatkan potensi diri.x gitu alisya?

    Alisya sayang yang cantik...kamu kelihatan manis sekali bertocang dua.xmahu kamok-kamok begitu lagi yer sayang, kesihan ummi nak g keje.Nanti ummi usahakan bagi alisya adik yer sayang ;P
    Ita...bila kita nak lepak bersama nih?ayu ada email no.phone ayu.Nanti msg2 ar yeh.

    ReplyDelete
  2. hehe...usaha tangga kejayaan...suka ayat tuh...Moga alisya baik2 sajer....

    ReplyDelete
  3. haah, alisya comel bertocang dua, cute sangat..adik? ye, betul3x...cepat skit ;)

    ReplyDelete
  4. moga cepat2 dapat ahli rumah yg baru..buat kawan kak long..

    ReplyDelete
  5. hehehe...bestnya..'apa yg penting, kerjasama2x'... insya allah alisya, nanti alisya ada kawan...tapi x mo kamok2 cam ni.. susah hati umi n babah...alisya bidak yg comel, mesti baik2 tau..hilang nanti seri cik embun bertocang dua, tau...muuahh..sayang alisya tembam...

    ReplyDelete
  6. Alisya yang sangat comel bertocang dua..
    Insyallah akan jadik kaklong nt, tp ingat tau Alisya sayang, nak jadik kakLong tak leh ngamok2..nt adik takut kuar.. :)
    cium pipi Alisya, anty sayang kamu..

    ReplyDelete
  7. masheh aunty2 semua. alisya pun sayang aunty2 semua, terima kasih utk doa2 aunty!

    (memang cek embun ni menggeletis nak adik. semalam bawa dia ke rumah jiran yg baru dpt beby, taruk beby kat pangku alisya... bukan main senyum meleret cek embun ni! jiran tu pun tak percaya yang alisya tgh kamok2, sbb alisya nampak sungguh berhemah dan tersenyum girang bila depan beby! ohhh... pandainya kamu nak!!!! nanti orang kata ummi tipu, ngelat nak keje! haiihhh!!!!)

    ReplyDelete
  8. didoakan semoga alisya segera mendapat adik ye sayang...

    ReplyDelete