Monday, January 17, 2011

:: Suam-Suam Kuku...

Rasa MALAS!!! Entah kenapa, mahu menghadap hari-hari berikutnya pun rasa malas yang amat! Apa lagi mahu berkarya agung di blog sendiri. Entah mana urat dawai yang dah bersimpul, membuatkan hati dan jiwa ini jauh melayang terbang sambil membawa perasaan yang sangat-sangat malas.

Jika diberi pilihan, aku mahu bercuti seminggu dua dari tugasan pejabat, mahu berpeleseran bersama Alisya, mahu bermelepetan bersama cik embun ku itu dan rasa mahu berada di bawah ketiak bondaku sambil menjamu, melantak dengan hebatnya masakan beliau! Ohhh... kenapakah begini?

Hmm..dah tak tahu nak ngomel apa pun, mungkin kisah ku ini disebabkan kerana 'kesentapan' terhadap sesuatu perkara yang sangat menyentuh emosi dan benak jiwaku. Biarlah, asalkan aku masih punyai suami tercinta dan anak tersayang. Oh suamiku, oh anakku... marilah kita sama-sama bermelesetan, bermalasan di Le' Bastion!!!

5 comments:

  1. Salam.
    lamanye tak tulis entry kan..rindu ngn cerita2 Alisya..

    ReplyDelete
  2. siapakah gerangan yg menyentapkan tangkai hati dinda? moga teribat segera!

    ReplyDelete
  3. adakah anda mengandung, cik puan ita? :D

    ReplyDelete
  4. Laa..kenapa ni ita?apakah yang menyentap emosimu itu?Tahun Baru Cina kan dah dekat..cuti panjang tuh.apalagi?g amik borang cuti, isi.leh bawak alisya balik kg.xpun g jalan-jalan.best tuh.hihihi..

    ReplyDelete
  5. de Elle Norizi; bukan tak mahu tulis, banyak dah cerita bertanggung. tapi sbb malas ya amat! anyway, masheh drop by sini...

    Min; mudah-mudahan hati ini ok2 ajer..

    Put; mengandung???? jeng jeng jeng...belom kot.

    Ibu Aisya; memang nak off lame kalo dapat, tapi payah sikit lah... :))

    ReplyDelete