Monday, March 28, 2011

:: Jemputan...

Ke mana pula kali ni? Jemputan apa ye? Aku dan abang dijemput untuk menghadiri majlis sambutan ulang tahun yang ke-9 sekolah Alisya. Woww!!! Makin teruja pula rasanya. Benar-benar terasa seperti 'anakku sudah melangkah ke alam persekolahan' yang sebenar. Walaupun Alisya hanya 'layak' ke Pusat Latihan & Jagaan Insan Istimewa IMC, namun... aku dan abang cukup berbesar hati dengan keadaan yang kami lalui hari ini. Cukup sempurna di mata kami.

2 April, tarikh yang dipilih untuk jamuan tersebut. Ummi dan abi baru sahaja bercadang mahu pulang ke kampung halaman, tiba-tiba niat kami itu terbantut. Yelah, anak dah mula sekolah... kenelah ikut aktiviti sekolah anak. Yang buat aku tak sabar, nama pun jamuan kan? Bukanlah tak sabar pada makanan, tetapi pada situasi yang bakal berlaku pada majlis tersebut. Memanglah tidak se-gah acara gilang-gemilang. Tetapi, situasi pada majlis tersebut bakal menyaksikan suatu perasaan yang amat sukar untuk digambarkan. Pasti kami dapat berkenalan dengan ibu bapa anak-anak yang lain, dapat berkongsi cerita, menyaksikan persembahan anak-anak istimewa dan yang paling berharga adalah... aku dan abang bakal 'mengutip' pengalaman serta tip istimewa dalam membesarkan anugerah Allah ini. Ibu bapa di IMC lebih ramai yang makan garam dahulu sebelum kami.

Melayu, India dan Cina... walau apa sekalipun bangsa dan agama mereka, di IMC ianya umpama sebuah keluarga. Kasih-sayang yang dipupuk dalam diri anak-anak serta pengasuhnya, amat menarik perhatian aku. Tidak keterlaluan andai aku menyatakan, pengetua IMC... Puan Sunny sungguh berhati ikhlas dan tabah! Tidak semua orang mampu sekuat Puan Sunny dalam membentuk insan istimewa ini agar dihargai dan menjadi yang lebih baik. Terasa kagum setiap kali Puan Sunny bercerita tentang pengalamannya dalam membangunkan 'penghuni' IMC. Syukur lah, Alisya antara seorang yang bertuah!

Tunggu saja 2 April ini tiba. Memori yang bakal kami rakamkan, akan ku paterikan di blog ini. Dengan harapan, suatu hari nanti... Alisya mampu membaca dan mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya yang tidak sehebat anak-anak normal di luar sana. Alisya, bagi ummi dan abi, kamulah anak yang terhebat! Lebih hebat dari ummi dan abi yang diciptakan Allah sempurna segalanya. (Adakala, ummi dan abi lebih bengong dan lalok dari orang gila tepi jalan!) Hahahaaa... Luv u nak!!!

4 comments:

  1. ooo...kebetulan.sekolah nabila (PDK) pun ada program 2 hb ni.mmg tak sabar nak join.

    moga alisya pun enjoy aktiviti 2 hb nanti..

    ReplyDelete
  2. nanti Alisya mesti pakai baju mantik2..x sabar pulak nak tengok...hi hi..

    ReplyDelete
  3. Nanti updated pic masa kat sana yer umi.Mesti alisya tantik dimajlis tu nanti.Muaahhs tuk alisya tomei

    ReplyDelete
  4. kat seremban ni blm jumpala seklh2 swasta utk anak2istimewa ni..kepala dah berpk, sampai bila agaknya taska CS tu blh jaga ecah half day..hmm apa2pun pastikan alisya seronok sabtu ni tau..

    ReplyDelete