Semalam, ketika menjemput Alisya pulang dari sekolah... inilah yang diberikan oleh pengasuh IMC kepada ku. Katanya, ini hasil karya Alisya. Mereka memegang tangan Alisya, bantu dia untuk buat taugeh ni. Terus sahaja aku mengambil 'karya' tersebut dengan rasa besar di hati! Sangat suka, pulak tu siap ada nama Alisya. Berbunga-bunga hati ummi melihat hasil sentuhan anak sendiri. Masuk sahaja ke dalam kereta, terus ummi MMS abi. Macam real je anak abi ni! Hihiii... pandailah anak CP kita ni abang!
Bahagian dalam bekas taugeh.Bau tanaman ini agak 'wangi'...
Ummi nak mintak izin Alisya untuk 'service' taugeh ni buleh?
Walaupun dia tak faham dengan jelas apakah yang dia lakukan itu, tapi aku percaya... Alisya 'memahami' dan merasai suatu perasaan apabila dia cuba untuk mengutip kacang hijau tersebut, lalu dicampakkan ke dalam bekas yang disediakan. Memanglah dengan bantuan orang disekelilingnya, tetapi dengan cara itu jugalah mengajar Alisya memahirkan fine motor skillnya. Takpe nak, ummi sokong apa sahaja yang Alisya lakukan! Ummi tak kesah andai suatu hari nanti anak ummi merengek-rengek mahu bermain dengan pasir, tanah mahupun lumpur. Bagi ummi, itu semua pengalaman manis ketika di zaman kanak-kanak. Alisya juga berhak merasainya.
Ummi tunggu hasil karya anak ummi yang seterusnya! Tak sabar nak tahu apakah yang Alisya lakukan di sekolah. Ummi nak sangat muka anak ummi ni dilukis seperti mana wajah kakak-kakak dan abang-abang di IMC diconteng pada 3 minggu yang lepas. Dilukisnya gambar rama-rama, bunga-bunga, bercorak-corak di pipi mereka... cantik! Hihiii... Entah apalah perasaan anak ku tatkala melakukan aktiviti-aktiviti ini di sekolah kan?
Lepas ni, Alisya buleh tulun ummi tanam serai. Tangan ummi ni beracun kot, asek je tak jadi serai kat rumah kita. Daun pandan, ok pulak! Dah dapatlah makan kueh cara manis pakai air daun pandan hasil 'karya' ummi tu! Heheee... Abang, nanti ayang masak lagi kuih cara manis dan berlauk tu ye!
** Hanya Allah yang tahu perasaan ummi dikala ini! ~ legaaaaaaaaa + hepi + bersyukur! ~ Alhamdulillah!!!


alisya go go gurl! =)
ReplyDeleteada ketikanya.....Allah membuka 'jalan' yang pada awalnya nampak 'buntu'.....ada juga ketikanya.....pada waktu yang tidak pernah terduga....Allah memberi 'sesuatu' yang pernah sering diminta dahulu.....namun kini menikmatinya...
ReplyDeletepabila ada nya percaya dan yakin...dan sentiasa mengingati-Nya.....pada tiap suka duka kehidupan.....Dia sentiasa akan 'menghidupkan' jiwa di tiap hati yang teruji dan diuji....agar 'memandang' suatu itu bukan pada 'zahirnya'....namun pada tiap harapan yang 'terkandung'....yang hanya hak milik mutlak Penentu......dalam menentukannya...
sesungguhnya....segala kebergantungan....segala pengharapan.....hanya pada-Nya....yang Maha Mengetahui....Maha Menyayangi...
ketentuan Allah adalah rahsia Allah...
wallahu'alam....
Wow..bestnya alisya dah pandai buat taugeh.Pasni umi dah xpayah beli taugeh dah.Alisya belajar rajin2 ye nak.
ReplyDeleteUmi, seronok kan bila lihat hasil air tangan anak-anak kita?Berbunga rasa di hati.
Alhamdulillah..tumpang bangga utk cik sarra...
ReplyDeletebangganya tengok taugeh sarra! inilah apa yang put rasa bila diaorang kalerkan tangan lope.
ReplyDeletebestnya aktiviti alisya...panjang-panjang togenya..good girl
ReplyDeletealhamdulillah...tumpang gembira..syukur pada-Mu Ya Allah...
ReplyDeletesalam, first time masuk sini n komen rasanya..Good Job Alisya! Aunty pun ada anak nama dia Alisa..she is brave girl and a fighter..because of the strength Allah has reward her with Jannah..Alisya, you always be your parent's pride and joy, always be and for sure they love u so much!..*HUGS*
ReplyDelete