Alhamdulillah, Alisya masih 'dipinjamkan' Allah buat aku dan abang! Happy birthday sayang. Selamat ulang tahun yang ke-3. Anak ummi makin dewasa, makin besar dalam semua hal.
Doa ummi tetap sama, mahu kamu sentiasa sihat, dipayungi Illahi, dikurniakan akal dan fikiran yang bijaksana, dipermudahkan segala urusan, diberi peluang untuk melihat, bercakap, berjalan, berlari dan seterusnya berpeluang untuk berdikari, memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Itu sudah memadai dalam doa ummi!
13 April 2008... detik 1.12pm; kali pertama dalam hidup, aku merasakan suatu perasaan yang tak dapat nak digambarkan. Aku malas nak 'rewind' detik sejarah kelahiran Alisya. Sebabnya, dipertengahan cerita nanti... pasti aku dah menggebeh dulu. Hari ni kan hari gumbira buat Alisya. Kita biarkan ajelah 'cerita' tu berlalu ye nak! 13 April 2011 Alisya dah jauh beza perkembangannya. Walupun masih belum bertatih, ummi tahu anak ummi tak patah semangat! Ummi dan abi sentiasa bersama kamu.
Di IMC, pagi-pagi sepie' Alisya akan dibawa berjalan ke shopping mall! Wah wah wahhh... dah la beday girl, dapat pulak berjalan sakan. Memang special day lah untuk anak ummi ni. Tapi, yang tak syoknya... malam tadi Cek Embun ni buat perangai, merengek saje. Ingatkan bangun pagi, adalah senyuman manis meleret di wajahnya. Tapi tak, yang ada hanya sambungan rengekan malam tadi. Haiyaaaaa!!! Janganlah bikin rosak program hari ni nak oiiii!!! Dah pakai santek-santek takkan nak meragam sekoyan!
3 tahun Alisya bersama ummi dan abi. Ummi terus berdoa semoga ada sinar rahmat dan cahaya hikmah yang menanti Alisya kelak. Ummi yakin Alisya pasti 'berjaya' dalam hidupnya. Insya-Allah nak! Ummi dan abi sangat-sangat menyayangi kamu!!!
♫ ♪ ♫ ... Ku percaya pasti suatu masa, sang suria kan menyinar jua, membawa harapan yang menggungung, bersamanya ...... Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri, tapi cukup menghiburkan, hati ini ... ♫ ♪ ♫
Selamat hari jadi anakku......




Selamat Hari Lahir Alisya Qaireen...
ReplyDeleteMuga Allah permudahkan segala nya tuk kamu...insyaAllah...Amin...
Hepi befday nak..
ReplyDeleteMama doa utk kamu sentiasa nak..
=)
kehadiran dirinya....memulakan suatu 'pengkisahan' impian....tentang suatu harapan.........
ReplyDeletepada tiap nikmat yang dikurniakan....'terzahir' nya kasih sayang yang tulus....setulus kasih untuknya....dan daripadanya....
pada ketika kenangan menjadi lipatan sejarah....perjalanan kehidupan melalui suatu penzahiran kenyataan.....namun tetap membenihkan suatu pengharapan pada yang Maha Mengetahui...Maha Mengasihani....akan tiap yang tersirat.......
selamat hari lahir buat permata hati...Alisya Qaireen @ Che Embun......semoga tiap detik yang dilalui....dipenuhi dengan kasih sayang dan rahmat daripada-Nya.....dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T yang Maha Esa....
ketentuan Allah adalah rahsia Allah...
wallahu'alam...
happy birthday sekali lagi Alisya..semoga mawar biru ini terus maju dan maju...:)
ReplyDelete# Alisya ni tang tido comei..marah pun comei..senyum laaagila comei...
selamat hari lahir alisya Qaireen...semoga hari2 yg mendatang kamu lebih kuat....semoga kamu dirahmati ilahi.....
ReplyDeletehappy birthday alisya..mcm anak jepunla alisya ni..
ReplyDeleteterlambat pula nak wish buffday kat cik embun..auntie pun buffday on April, tp hujung bulan..ok cik embun...b a gud girl! hihi..
ReplyDeletesalam perkenalan..
ReplyDeletehepi besday buat Alisya.. Amboi..comeynye baju utk besday dia secomey tuannya.. Kalau senyum mesti tambah2 comey..
Saje je muncung tu, nak duga umi dia.. :)
Amin......
ReplyDeleteHepi Belated Besday ye alisya sayang.Semoga sentiasa berada dalam lindunganNYA, dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Caaaaaaaaayang Alisya cantik.(hadiah nanti kita jumpa ibu bg ye nak)