Alhamdulillah, nawaitu yang sekian lama tersimpul rapi... telah terurai dengan sempurnanya. (cuma nawaitu nak update blog baru tertunai hari ni!)
Sabtu minggu lalu, majlis kecil-kecilan yang aku dan abang rancang untuk meraikan hari jadi Alisya telah selamat berlangsung dengan jayanya. Maaflah, kami tidak berkesempatan menjemput lebih ramai tetamu kerana tempat teduhan kami tidaklah se-gah mana. Majlis pun tidaklah sehebat mana, sekadar diraikan rakan taulan dan saudara-mara yang berdekatan.
Walaupun majlis serba ringkas, namun bagi tuan rumah serta tuan empunya badan yang diraikan... yakni Cik Embun ku, ianya adalah majlis yang sangat-sangat happening! Kami hargai sangat-sangat kepada tetamu yang sudi hadir. Maaf sekali lagi kiranya kalian terpaksa berhimpit-himpit, bersesak-sesak malah ada yang terpaksa memerap di bilik dek kerana ruang kediaman kami tersangatlah comel. Maaf jika ada ketidak-keselesaan yang timbul tanpa disedari tuan rumah. Harapnya, kalian tidak serik untuk hadir lagi ke teratak kami; Le' Bastion!
Terima kasih kepada Dania & family, Abang Jae' & family, Kak Long ku & family, Kak Ngah & suami, Kak Liza & family, Nabila & family, Rayyan & family, Aisyah & family, Aiman & babah yang sudi gagahkan diri untuk meraikan Alisya, Habib & family, Nafisah & family, Aqil & family and lastly, Cik Ava & family. Terima kasih juga atas hadiah-hadiah dari kalian, sungguh... kami hargainya!
Alisya... sepanjang majlis berlangsung, sedikit 'berdecit' pun tidak kedengaran! Seakan dia memahami situasi yang berlaku ketika itu. Lebih-lebih lagi bila tetamu sudah mula berkunjung. Senyuman yang terukir diwajahnya ternyata bukan lakaran semata. Tetapi ianya penuh dengan rasa seronok, rasa dihargai kerana diraikan pada hari tersebut. Memang sampai ke malam anak ini behave yang amat sangat! Tidur malam pun senang aje... kalaulah selalu macam ni, confirm ummi naik lagi 5 kilo! Sebab ummi cukup rest! Tapi, takkan nak buat beday party hari-hari nak... kopak ummi abi! Hahahaa... ikut rezekilah ye nak, andai ummi dan abi ada rezeki lebih bolehlah kita raikan birthday Alisya seperti Sabtu lalu. Insya'Allah...
Ouhh... lupa pula nak cerita pasal sambutan hari jadi Alisya di sekolah. Juga sudah terlaksana Selasa lalu. Alhamdulillah, melihat anak-anak di IMC menjamu kek birthday Alisya, cukup gembira rasanya. Ditambah pula ada pelajar yang sudi memainkan piano lagu 'happy birthday' buat Alisya dan diserta dengan nyanyian beramai-ramai... (ummi pun tak pernah rasa orang mainkan piano tau) benar-benar membuatkan hati ummi dan abi bergelora!!! Terima kasih anak-anak IMC, ada rezeki nanti boleh jamu kek yang sedap-sedap lagi.
Itu sajalah kisah hari jadi anaku ku. Dalam diam, 3 tahun sudah usiamu wahai anak! Semoga Allah terus melimpahi rezeki dan mengurniakan nikmat serta hidayah kepada Alisya serta rakan-rakan senasib dengannya! Amin Yarabbil A'lamin...
** Gambar akan ditepek kemudian. Nanti kita biarkan gambar berbicara...
Boleh dibayangkan kegembiraan Alisya..che embun comei...hadiah akan menyusul nanti...kalau x dapat jumpa pun akan di'anto'ke Ampangan..cewah..! Luv u alisya!
ReplyDelete