Alisya di sekolah. Alhamdulillah, nak kata ada perubahan mendadak tu, tidaklah serius sangat. Nak kata pula tak ada perubahan langsung, macam tipu aje bunyinya. Setakat 3 bulan Alisya menimba ilmu di IMC, apa yang paling ketara berubah ke atas dirinya adalah sikapnya.
Alisya tak buleh keseorangan untuk jangka masa yang lama kerana sudah biasa dengan persekitaran di sekolah yang riuh-rendah, Alisya tak boleh dibiarkan berbaring untuk kadar waktu yang panjang sebab di sekolah Alisya biasa didudukkan, Alisya makin faham erti bangun pagi untuk bersiap ke sekolah kemudian pulang jam 5.30 petang. Walaupun bangun paginya diserikan dengan tangisan yang adakala bergema, bagi ummi itu adalah perkara biasa. Alisya mahu makan setiap hari (walaupun cikgunya dah bagi amaran, supaya tidak terlalu menggemokkan Alisya kerana anak ini belum pandai berdiri. Dikhuatiri nanti kaki Alisya tidak dapat menampung berat badan). Ohh.. anak ummi dah 9 kilo! Alhamdulillah. Alisya makin kuat tersenyum, makin banyak 'renungan' mata atau eye contact setiap kali berborak dengannya dan struktur badannya makin lembut. (sesekali buat juga gedik-gedik ulat bulu dia tu, melentik sana sini! Sakit badan kita dibuatnya!)
Apa yang mengujakan bagi ummi, di IMC bukan setakat kelas nyanyian mahupun fisioterapi sahaja yang diadakan, tetapi kelas Alisya umpama kanak-kanak normal yang mula melangkah ke alam tadika. Alisya juga belajar menampal, membuat kraftangan, mengira, mengenal warna, rupa, bentuk. Walaupun bunyinya agak kelakar bagi seorang anak istimewa, apatah lagi dengan keadaan fizikal dan mental Alisya yang serba-serbi kekurangan, tetapi naluri hati seseorang itu tetap ada. Allah tetap mengurniakan hambanya perasaan suka, duka, gembira mahupun sedih walaupun seseorang itu dilahirkan dalam keadaan yang berbeza daripada orang normal.
Hasil sentuhan Alisya, dibantu oleh cikgu-cikgu IMC.Menitik air mata tengok keje sekolah anak! *Bangga!*
Sepanjang meletakkan Alisya di IMC, hati aku tidaklah serisau mana. Tidaklah gusar tatkala berada di ofis. Jika Alisya benar-benar tidak sihat, aku terus mengambil pendekatan tidak menghantarnya ke sekolah. Bimbang jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Jawabnya...jadual kerja ummi memang banyak lompong dek EL lah. Tak apalah nak, asalkan ummi senang hati kalau anak ummi depan mata masa kamu tak sihat.
Kelas berenang juga tidak ketinggalan untuk dihadiri. Seminggu sekali pasti anak ini akan berendam sakan. Entah suka, entahkan melalak... wallahualam! Aku tak pernah ikut sekali kelas renang ni, yang aku tengok hanyalah melalui gambar-gambar yang diambil oleh cikgu-cikgu Alisya. Dan, ada cikgu khas yang mengajar. Sedia maklum, dengan berenang otot-otot kejang Alisya boleh menjadi lembut dan kuat. Harapnya begitulah. Yang merisaukan bila anak ini mudah diserang demam. Tetapi ada pula info yang aku terima; Tak elok sangat biarkan budak berenang lama-lama di kolam renang. Sebabnya, kolam renang mengandungi campuran klorin yang sangat tak elok untuk anak-anak CP. Hmmm, mana satu nak follow ni? Kata-kata infomer tu kah, ataupun kata-kata cikgu Alisya? Bagi ummi, pastinya ummi doakan yang terbaik buat kamu nak! Semoga Allah sentiasa melindungi Alisya. (hati mak mana yang tak risau bila anak takde depan mata kan? Jangan kata baby, anak yang dah kahwin pun mak tetap risau akan keselamatannya! Kuatkan penangan mak?)
Satu lagi aktiviti Alisya di sekolah ialah menghadiri kelas yoga pada setiap hari Isnin. Cikgu kelas ni adalah lelaki. Memang lemah-lembut orangnya, aku dan abang pernah menghadiri kelas yoga ini bersama Alisya. Kami mempelajari beberapa teknik yoga untuk dipraktikkan di rumah. Kata cikgu yoga tu, Alisya selalu tertido tiap kali nak habis kelas yoga. Mana taknya, diulit-ulitnya badan Alisya, kemudian didendangkan dengan muzik yang mendamaikan, duduk dalam bilik air-cond, tidurlah jawabnya anak tu! Alisya nak ngelat ke? Heheeee...
Rasanya tu ajelah info-info terkini pasal Cik Embun tu. Harapnya ada 'sinar' baru bak pelangi nan indah yang muncul selepas hujan buat Alisya. Ummi sayang kamu nak!




alisya yg comel semoga kamu kuat yer sayang..
ReplyDeletesalam..lama tak jenguk alisya..dah ke sekolah dah yee..aunti doakan alisya dengan mamanya sihat sejahtera yee:)
ReplyDeletehehe...akak suka ayat melentik-melentik macam ulat bulu tu...Iman macam tulah...atuk dgn nenek surrender nak pegang kalau dia wat aksi macam tuh....takut terlepas....
ReplyDeletePepun bestnyer IMC tuh...macam-macam ado...berbaloi-baloi...
Pepun tahniah buat ita dan alisya...moga terus tabah berjuang....
amboi alisya!!!boleh pulak kamu tidur sepanjang mandi tu ek...hehehe...
ReplyDeletesedap je alisya tido ye ita, x terganggu pun namp[aknya tdo dia wpon di mandikan hehe
ReplyDeleteWahh...bestnya alisya kat sekolah.Banyak aktiviti lak tuh.Semoga alisya terus membangun dan meningkat dengan potensi-potensi baru.
ReplyDeletePsstt..alisya, time mandi ngan yoga pun leh tido??huhuhu..tu tandanya betapa best dan nyamannya bila diulit kan alisya kan??
~rindu kamu~
k ita, ari tu kat paper utusan (mega) ade cerita about terapi hippo for anak² istimewa..dorg bw anak² istimewa ni menuggang kuda & alhamdulillah after 4 month budak tu dah boleh berjalan..contact person for this Riding For Disable : Halimah Hashim 016 366 8976...maybe you cant try ;)
ReplyDeleteto anonymous; thanks ya utk info itu. insya'Allah, memang nak cuba terapi tunggang kuda tu, tapi masih belum berkesempatan... thanks a lot!
ReplyDeletemcm dah tinggi je alisya! :D
ReplyDeletecomella mandi sambil tido...
ReplyDeleteyour welcome kak ;)...selalu jd silent reader je..heheheh..anyway ari tu terjumpe aiman & ayah dia kat dengkil...nak tegur tp speechless sbb x sangka lg pun segan sebab aiman dgn ayah dia...aiman sgt hencem dgn mata dia yg bulat tu...hehehehehehe
ReplyDelete