Bukan semua yang kita pinta, akan dimakbulkan oleh-Nya.
Bukan semua yang yang diharapkan elok, menjadi elok di akhirnya...
Akan tetapi,
Mungkin yang kita tak mahu itu akan menjadi hak kita yang kekal.
Mungkin yang kita tak pinta itu, akan diberi 'percuma' oleh-Nya.
Dan mungkin, yang tidak elok itulah yang terbaik buat kita sebenarnya...
Allah kan Maha Mengetahui. Maha Mendengar. Ar-Rahman, Ar-Rahim. Arrggghhhhh! Sangat-sangat rindu dengan kehadiran si kecil yang merah gebu kulitya, nyaring merdu tangisannya. Apakan daya, merancang dan terus merancang adalah pekerjaan manusia. Penghujungnya, hanya Allah yang Maha Bijaksana!
Abang, kalau Allah tak beri kita rezeki zuriat seterusnya kali ini, mungkin Allah akan beri pada masa yang lain. Kalau Allah dah tetapkan yang zuriat kita hanya adik seorang, harapnya tiada 'penyesalan dan kesedihan' mengiringi kebahagiaan kita.
Alisya, anak ummi... hari-hari akan ummi sebut yang ummi sangat-sangat sayangkan kamu! Sangat-sangat! Kekurangan kamu, adalah kelebihan di mata ummi. Kekerasan kamu, adalah kelembutan di hati ummi. Ke-amukan kamu, adalah kesabaran di jiwa ummi! Luv u anak!!!
Ada gaya nak jadi 'Kak Long' ke macam ni?
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui!
Alolo...tomei nya kamu ni Alisya!!...
ReplyDeleteTenang je hati tengok muka dia ni...
Insya Allah ada rezeki Alisya nak jadi kak long nanti :)
ReplyDeleteSabar ye ta..Insyaallah, ada rezekinya tu nanti.Ayu doakan semoga apa yg ita cita2kan tu termakbul dan alisya dapat menjadi k.long juga suatu hari nanti.Aminn(sebak lak baca luahan ita nih)-Perancangan Allah itu lebih baik.
ReplyDelete