Dah 3 bulan berlalu dalam kalendar 2012. Tapi, blog aku ni seakan-akan 'hidup segan, mati tak mahu'! Haiisshhhh... orang lain sebulan 30 cerita. Aku??? 3 bulan baru nak ada 3 cerita! Hahahaa... takpelah, asal aku enjoy untuk mencoret di sini.
Tiba-tiba terasa rindu yang amat pada Alisya. Entah apalah yang dibuatnya dengan abi kat rumah. Semalam pun ummi kene kerja. Kata abi, semasa ummi keluar berkerja... abi dan Alisya main lari-lari jogging dalam rumah. Bila ummi balik, abi lakonkan semula watak abi tadi. Hehehe... Abi dukung Alisya, kemudian lari-lari anak keluar masuk bilik terus ke ruang tamu. Keluar masuk bilik, kemudian ke ruang tamu semula. Maklumlah, rumah kami tiada tanah. Luas pun tidak. Situ-situ ajalah tempat nak bermain dengan Alisya. Reaksi Alisya? Kemain tersenyum-senyum anak ummi! Makin fahamlah tuh. Kata pergi sekolah, haruslah ada kemajuan. Tak banyak, sedikit pun ummi bersyukur!
Rindu dak ni!
Gitulah Alisya. Siang hari memang baik sangat-sangat. Mulutnya asyik ternganga-nganga nak bercakap. Tapi suaranya aja masih belum tersembul keluar. Hehehee. Ekoran matanya... time relax, time kita berguaru-senda, sangat-sangatlah eye level! Alhamdulillah. Walaupun bukan sepanjang masa keadaan Alisya elok, namun ummi tetap panjatkan rasa syukur itu kepada Yang Maha Esa!
Tapi.... bila malam menjelma, agak payah ummi nak menduga sikap Alisya ni. Tak apalah nak, macam mana sekalipun, ummi tetap harus bersabar. Tidur duduk, tidur mengiring sepanjang malam, tidur kepala terlentok bagaikan itik kene gantung, tidur tatkala tangan ummi terhimpit kerana menampung kepala kamu... itu semua ummi dah biasa. Memang dah jadi mainan tidur ummi! Hehehee. Kesabaran adalah kunci untuk ummi terus membesarkan kamu! Selagi iman di dada, ini yang ummi pohon dari Allah. Agar kesabaran ummi masih bertahan! Insya'Allah... (bila boleh balik niiiiiiii?????)
** Bersyukur itu kan lebih baik daripada merungut??? Wallahualam.
Haaiihhhh... cair jantom ummi!

Salam..rindu alisya juga!!
ReplyDelete