Monday, July 27, 2009

:: Semalam Yang Berlalu...

Kisah 'semalam' yang nak aku coretkan nih, tidak lah sehebat mane, dan ianya bukan lah semata-mata kisah semalam... tapi ianya lebih kepada kisah anakku; sarra seminggu yang lalu. dah tuh, blog nih diteruskan & 'dihidupkan' balik pun kerana sarra kan, nih yang nak cerita-ceriti pasal die nih. (oh yea, gambar-gambir yang terlibat, tiada kaitan dengan kamok-kamok sarra...hehe!)

Ummi, tolong angkat bantal nih buyeh? semak aar...

'Abang, budak normal pun merengek gakkan kalau gigi nak tumbuh. budak normal pun akan meragam bila badan die tak selesa, terus tak dapat nak tido kan...' nih antara persoalan antara ummi & abi tentang sarra seminggu yang lalu. sarra seperti tak keruan, asek meragam, merengek, menangis dan pendek cerita... kamok-kamoknya datang balik! sekitar jam 11pm sarra akan mula resah, nak tido, mata mantok, tapi badannya bagaikan tak keruan! ada aje yang tak kene! (sering aku terfikir, kalaulah budak normal, pasti sudah melenting-lentingkan badannya, pasti sudah tergaru-garu sana sini, minta dibelai... tapi anak ku? hmmm... ummi mengerti sayang!) adakala sarra dengan tiba-tibanya menjerit, bagaikan dicubit! walhal, dah tido barang 10 minit, mata lelap... terkatop rapat. tapi suaranya akan kedengaran dek kerana jeritannya yang ku fikir sampai ke post guard kot! haha... memang seminggu yang lalu, aku & abg adakalanya bagaikan hilang sabar... tensyen dengan bebanan kerja, ditambah pula badan semasing yang penat! bila pulang ke rumah, kene 'layan kerenah' sarra yang teramat-amat menguji kesabaran. sampaikan aku adakalanya terpaksa 'bercerita' dengan sarra tentang; - 'jiran kita nak tido sayang, sarra jangan jerit ye nak, nanti ade orang ketuk pintu rumah kite, marah sarra... suh diam! sarra jangan nanes kuat-kuat yer nak, gud girl mane ade jerit-jerit! sarra jangan kamok-kamok yer, cian abi nak tido... nanti abi tak nak bawak kite gi jalan... tido eh sayang, ummi pelok jer sarra sampai pagi eh...'- nih lah antara ayat-ayat aku yang sering diceritakan kat sarra, lepas dah tak tau nak nyanyikan selawat, zikir ape lagik kat die! but, resultnya sarra tetap kamok! makin dipujuk, makin lantang!

Toncet rambut nih berat lah mi, dah cenget dah sarra duduk nih

Pada hari mula-mula die meragam, aku ingat kan sarra nak berak! memang perut die akan mengulas sekitar jam 12 malam (nih seminggu sebelum kejadian)... terus berak. dan anak dara ku itu akan terjerit sakan walaupun sisa yang keluar sebesar tait kambing! ntah ape yang sarra takutkan... tapi lani beraknya dah sukses! dah mabeles... lembut jer. (tetap terjerit mungkin kerana fobia. tapi dah tak darah-darah dah...) sebelum tido ummi bagi gripe water, ummi sapu minyak habatus sauda kat perut die, tapi adakalanya tetap anak kecil ini mengamok! kenape jerr?? hati ibu mane tak risau kan... nak tido dah tentu tak dapat, dup dap dup dap jer jantong ummi nih! sampaikan ummi dah terbawak-bawak 'penyakit' cepat terkejut sarra tuh. pantang kalau abi die datang senyap-senyap dari belakang kita, mau kene cubit! tepanjat bukan kepalang wooo!!!

Ummi, sarra baik tak mi?

Hari nih, 'keadaan' sarra masih dibayangi kamok-kamok. tapi ada lah sedikit kurang... bangun pagi dah ade senyuman meleret die... menampakkan gigi nya yang hampir 8 batang! dah mula melasak, mane bantal, mane tilam, mane die pun ntah. dah macam kipas helikopter dah die berpusing! hati ummi tetap risau... sebab pagi tadik, selepas subuh, sarra ada buat 'sesuatu' balik. firasat ummi cakap itulah sebenarnya sawan, sebelum nih die sekadar terkejut-kejut! kata kak ro, die terkejut-tekejut tuh sebab badan dia penat! bukan sawan. tapi pagi tadik, 'skill' die lain! sarra seolah-olah takut, tangan terkapai-kapai! mate, mulut tak tentu arah... rasanya dalam 15 saat kot. Ya Allah, andai aku diberi pilihan, ingin rasanya aku 'hindarkan' sawan sarra tuh. tapi apalah daya, hanya doa yang ku puhonkan... semoga anak ku membesar tanpa ada 'iringan' sawan menemani nya! amin...

** Tak pernah ada insan bernama emak pinta anaknya dilahirkan tidak sempurnakan? tak pernah ada di hati seorang ibu, untuk melihat anaknya dilahirkan serba kekurangan! dan tak pernah ada ummi mahupun mama ingin melihat anaknya membesar dalam keadaan 'ganjil' dan 'tersisih'! Alhamdulillah, anakku sarra adalah zuriat dari Allah yang tak ternilai. ini dah bahagian aku & abg. walaupun ada 'kekurangannya'... sarra diterima baik oleh semua golongan lapisan masyarakat... masih ada yang sayang! hari demi hari, ummi & abi ternanti-nanti skill yang positif dari kamu nak! ummi sayang kamu!!!!!!

Kalau sarra baik, hari-hari abi bawak jalan eh..buyeh?

Tuesday, July 21, 2009

:: Ku Panjatkan Kesyukuran...

Alhamdulillah... syukur pada Mu Ya Allah... tak tau camner nak gambarkan rase kesyukuran nih melainkan dengan mengucapkan 'Alhamdulillah'! ape sebenarnya cerita disebalik kesyukuran nih? Hmmm... anak ku Alisya Qaireen dah selamat di 'aqiqah' kan... (kenduri aqiqah sarra) syukur sangat-sangat. terlalu lame dah hasrat ummi & abi nih terpendam dek kerana pelbagai dugaan & halangan yang melintang arus. (dan terlalu lama juga aku simpan story nih!) akhirnya pada sabtu, 11 Julai yang lalu selamat sudah majlis aqiqah anak ku...

Sarra yang rugged (buat-buat tak nampak yer ummi yang bekilat tuh)

Semuanya diaturkan oleh abg bongsu ku- abg zam & isterinya; kak elly. ini merupakan kali ke-2 majlis untuk sarra diaturkan oleh mereka. kali pertama mase besday sarra... pun kak elly aku yg tolong uruskan. (bab makan lah yer) kak elly nih ade catering, tuh sebab pantas jer kerja-kerja melibatkan makan nih... terima kasih tak terhingga buat kalian berdua. mulanya aku sekadar nak buat aqiqah sarra dengan diuruskan oleh seorang ustad, kenalan abg zam tanpa ada kenduri, sebabnya emak ku mahupun mertua or adik-beradik lain, tiada planning nak buat kenduri dalam masa terdekat nih. tapi di saat-saat akhir, abg zam meng-offerkan diri utk membuat majlis aqiqah nih di rumahnya. kire die pun nak buat kenduri sambut puasa lah. (tak lame lagik jer ramadhan kan....bestnyer!) then, 2-3 org kakak-kakak ku juga turut 'menumpang' di kenduri aqiqah nih atas kejayaan mereka & anak-anak mereka. Alhamdulillah, lagik banyak...lagik meriah kan. kirenye 9 dalam 1 lah kenduri yang berlangsung tempoh hari.

Aku & abg farid gerak dari rumah mertua di seremban jam 10 pg, kenduri pada jam 12.30 tghri. (kire lunch lah)... kedua mertuaku juga turut hadir. yelah, cucu mereka gaksss. kenduri aqiqah... mesti leh agak apakah pakaian yang sesuai kan? tapi sarra? hihiii... yang diraikan nih pulak pakai baju cam nak pegi beday parti da... siap dengan legging glitter-glitter gituh! sebabnya baju kurung sarra dah kecik, (baju yg dah kecik or sarra yang dah beso?? hmmmm....ironi!) x sempat nak suruh nek cha die jahitkan sehelai & ummi pun x kesempatan nak pegi carik yg ready-mate, sebabnya semuanya last minit planning. x perlah nak, asalkan nawaitu kita yang penting dah terlaksana. tapi om tetap cakap, ummi cam x senonoh jugak lah sebab anak pakai gaun di majlis aqiqah! haha... blasah jerrr! (dose ker erkk??)

Lintas langsung sekitar majlis aqiqah dari rumah en. zamri

Jam 12.30 thgri, acara pon bermula. tetamu yang abg zam jemput terdiri dari kalangan om masjid (rata-rata om lelaki) dah ready masuk dalam rumah untuk memulakan majlis nih. dimulakan dgn berzanji, kemudian marhaban terus ke selawat ke atas nabi junjungan, Nabi Muhammad (s.a.w)... sarra lepas sorang-sorang dok kelek die. dapatlah ummi 'cilok' rilex jap...hehe! sampaikan tertido di pangkuan bibik kakak ku. kene pelok jer... memang suke lah dak sarra tuh! oh yer, di majlis aqiqah nih, aku & abg sepakat tidak mahu adakan sesi cukur jambul seperti biasa atas beberapa sebab tertentu. plus, yang wajibnya aqiqah, yang lain-lain tuh ikut semasing punya nawaituh lah kan... selesai berzanji, marhaban & selawat tadik, tetamu di jemput untuk menjamu selera. percaya or tak, semua menu di masak oleh kakak iparku nih seawal jam 3 pg! (kalau aku x silap lah yerk... kueh-kueh ditempah) termasuk lah kambing aqiqah sarra nih! huhhh lehhh... masak kambing nih kalau om x pandai, leh terasa lagik 'hangit-bau' kambing tuh. tapi, alhamdulillah... kambing aqiqah sarra elok-elok jer. kire aku yg bukan pemakan daging kambing nih pun leh makan 3-4 ketul lah. Alhamdulillah sangat-sangat! dan aku dapat suapkan (celet) sikit kat mulut sarra sebagai rase, untuk berkat sarra jugak. hehe...

Sesi makan time... (kalau bulan pose nih, sure terliur)


Abi Sarra yang ala-ala sebok

Ramai jugak tetamu yang hadir. Jemputan terdiri daripada sedara-mara. keluarga aku sendiri dah 53 ahli, ditambah dengan adik-beradik mak, kawan-kawan abg zam, ibu yang jage sarra, adik beradik kak elly... huh! ramai gak yang datang memberkati majlis anak ku nih. tak ketinggalan, kawan-kawan ummi juga berkesempatan datang pada majlis nih. tenkiu yer untuk shima & family, cek mel & family dan jugak ieta & anaknya. Alhamdulillah & terima kasih untuk anda semua.

Sekitar jam 5 ptg, ramai dah tetamu beransur pulang. dan kami yang tinggal di rumah abg zam nih, dok tolong lah mengemas ape-ape yang patut. kesian gak tuan rumah nih, dah ler semua bende di arrangekan oleh mika-mika nih, plus... rumah mika jugak jadik sasaran! tak pelah erk, rezeki tuh! yang bestnye, selesai kenduri nih, kakak-kakak ku dok 'open table' la pulak... table ape jer? ape lagik kalau x meniaga. haha... ambek kesempatan tul. yang jual keronsang, yang jual cadar (jual cadar tuh aku, hehe...tolong MIL) baju... demonstrasi air minuman pon ade jugak! nihlah antara aktiviti keluarga bile sesekali berkumpol. ade jer sesi jualan lansung! pape pung, aku sebagai adik, nak ucapkan jutaan terimas kat abg zam & wifenya, kak elly diatas kesudian kalian mengadakan kenduri sekaligus menguruskan hal aqiqah sarra nih. InsyaAllah, ade rezeki ingin rasanya dibuatkan qurban pula. harapan dan doa ummi pada anak ummi nih, semoga sarra semakin sehat & makin bertambah perkembangannya. ummi & abi sabar menunggu nak... ummi tahu anak ummi & abi nih boleh sembuh suatu hari nanti. apa yang ummi harapkan, semoga anak ummi nih tiada lagik gangguan sawannya yang benar-benar menggusarkan ummi. amin....

Bila mak-mak 'open table'... meriah jadiknya

** Sarra dah selamat dicucuk untuk vaksin setahun. genap pada usianya setahun 3 bulan, syukur... tiada ape-ape yang tak diingini berlaku. puas jugak lah hati ummi, bila mana semua bende-bende yang tertangguh (aqiqah & suntikan setahun) sudah selamat terlaksana... dan berak nya jugak sudah makin baik.... syukur alhamdulillah!

Sunday, July 19, 2009

:: Kasih Ku Di Tahun ke-8...

It's 19th July! Huh, perchentaan ku dan abg melangkah ke angka 8! Alhamdulillah... syukur pada Allah kerana telah memberikan kami jodoh yang semanis ini. Tiada apa yang nak aku zahirkan, hanya kupanjatkan rasa syukur atas segala rahmat yang telah diturunkan utk kami.

19 July 2001, segalanya bermula tentang hidup aku dan abg. Bermula dari zaman ITM, zaman menanggur, zaman kije, zaman bujang & sampailah zaman dah ade dak Sarra! Memang banyak kenangan. pahit-manis semua ada! Ikutkan hati, mau saja aku rakam kan kembali kisah-kisah aku & abg. (niat dihati nak upload pic dolu-dolu, tapi x sempat, mungkin di lain masa... boleh lah kita gelak sama-sama... wakakaka!) Seperti org lain, pasang surut dalam hubungan kami, tetap ada. Adakalanya, badai yang melanda. Namun, dek kerana kasih yang tulus ikhlas ini juga lah yang menyatukan aku & si dia bernama Farid Hanif! Ingin ku abadikan hari ini, tanggal 19 July seperti tahun-tahun sudah. Ianya tetap penuh bermakna buat aku & abg...

Hmmm... tak terucap dah, tak terkata dah perasaan nih, kasih nih, sayang nih buat si abg farid. walau weh... dah macam romeo & juliet, laila & majnun pun ade nih! errrr...beauty & the beast pon boleh lah kot... blasah jerr doouwww! haha... (dah start merepek dah! saje nak hilangkan resah nih!) okehlah bebeh, to be continue ya... chow!

Thursday, July 16, 2009

:: Apakah Di Sebalik Semua Ini?...

Nape nih? apakah yang sedang melanda dak ita nih? apsal aku malas nak apdet any story yg happen a few weeks ago? (walhal dah taip dah) nape aku tak se-hepy cam selalu? dah buang tebiat ker? lagik 2 jumaat ker? haha... entah lah! hati datangkan tak tenteram jer, mood pun takde, jiwa bergelora, kepale fenin, hidung tersumbat, tekak perit, gusi bengkak dan suare pun dah hengau nih! hadoiiii aiii! harumi bakoko...

Nape mesti semuanya datang bedebukk nih? plus, lately nih sarra ade buat barang 2-3 perkara yang tak pernah die buat before this. aku tak dapat nak pastikan apakah 'bende' yang sarra buat tuh! baik kah... atau buruk kah? skill terbaru die or s***n terbaru die? nauzubillah... ummi doa anak ummi sehat. risau nyer hati nih... nape mesti perasaan cam nih datang??? tak suke... tak suke... tak suke!!!! sarra, jangan buat lagik eh 'bende baru' tuh! ummi panik, cuak lah nak... tak terkata ummi sayang.... maafkan ummi eh sarra. ummi sayang sarra!!!!

Alisya, ummi sayang kat kamu!

Friday, July 10, 2009

:: Hati Ini...

Tak tau mane nak mula. pelbagai perasaan bercampur baur sekarang nih. hati ini bagaikan geram, marah, hangin, sedeh, menyayat hati, gembira... semua nya datang serentak!!! kenape?? kenape mesti berperasaan macam nih sekarang nih? byk sgt sebabnya, x mungkin dapat aku huraikan...

Bagai rasa nak nangis ade... nak gelak berdekah-dekah pun ade, sayu pun ade! Ya Allah... kuat kanlah iman yg sering goyah ini... ape punca aku berperasaan aneh nih erk? marah dgn seseorang ker? sape? cemburu dgn seseorang ker? sape die? sedeh dgn seseorang ke? pun sape kah gerangan tuh? hmmmmmmmmm.... xmoh lah cite lagik, biarlah perasaan nih pergi & berlalu camtu jer... bimbang akan mengundang emosi yg tak enak utk tempoh yg panjang... biarlah... biarlah... biaaaaarrrrlaaaahhhh!!!!

Tuesday, July 07, 2009

:: Sarra Ke Rumah Nabila...

Dari Serdang ke Gedangsa then ke Rawang

Lame dah sebenarnya kunjungan sarra ke rumah nabila nih berlaku. ada lah 2-3 minggu yg lepas. alkisahnya, nabila join kami ke gedangsa... sebab mase tuh ayah nabila kije. aku & abg gerak dari rumah kol 10 kot. tak tau nape sekarang malas nak gi gedangsa pepagi subuh adam... sebabnya orang makin ramai, ruang menunggu di rumah kak raw jugak terhad. (plus, buat masa nih rawatan mandi sireh di stopkan sekejap atas alasan yg munasabah) so, planning kami... pergilah lewat sedikit. same jer timing turn kami kalau dtg lewat...

Sampai di rumah nenek nabila, jam 11 pg. kami teruskan lah misi ke gedangsa. si sarra nih ingat aku & abg nak bawak die gi jalan agaknya, tersenyum-senyum dok dalam kete. nabila pun same... agaknya aura kembar tuh makin kuat kot bile bersama! hehe... sampai jer kat rumah kak raw, lepas sorang-sorang dah mengantok! 'patient' kak raw pun dah tak berapa ramai... ok lah timing kite nih.


Ummi, betul tak cara Sarra duduk nih? cam senget jer


Sarra: Nabila, nape awak tunduk? awak takut eh nak balut? kite blasah jerrr...
Nabila: Taklah, kite tak takut kene balut, tapi acik Raw tuh ganas lah! kite ngeri!!!

Sarra: Eh, acik Raw panggil awak lah Nabila...turn awak dah sampai tuh, pegilah...
Nabila: Tak moh lah, awak pegi
lah dulu, kite nak ajak ibu gi Sunway Piramid!


Hmmm... turn budak-budak kembor nih dah sampai, sarra dulu. baru jer kak raw letak kat atas bola, sambil tangan nya di luruskan ke depan, mula lah suara halilintar si sarra nih bergema! mak aih, tadik dalam kete kemain lagik awak nih dok tesenyum-senyum eh. bile dah kene urut, ku semangat!!! anak ummi ke nih? biase lah... hati ummi kene kering bile tgk sarra merayu-rayu mintak tolong! turn nabila plak... same jer lah kembar nih. cian kan anak-anak ku... bukan nya mereka mintak diperlakukan & dilahirkan begini... sabar lah anak-anak ummi.

Selesai rawatan, balik lah kami. ina mintak tolong drop kan die di rawang; rumah die. so... kami pun secara x langsung melepak lah kejap... merehatkan badan seketika di rumah ina di rawang nih. best nyer dapat rumah bawah... rumah ade 'tanah' bak kate mak mertuaku. rumah nabila 2 tingkat, rumah sarra 5 tingkat! tapi hanya tingkat 1 jer milik sarra. yg lain tuh milik sape tah... haha! (merapu jap!) mase dalam perjalanan pulang dari gedangsa, anak-anak ku ini mulalah meraung. lepas sorang-sorang! memang dah terasa 'kekembaran' mereka nih! kalau lah benar-benar Allah beri aku anak kembar..... tak dapek den nak koba!

Sampai umah ina, sarra dah tido.... nabila jugak. kate ina, ini pertama kali nabila 'bermood' baik lepas kene balut. sarra, ade hangin bayu die. kot baik... senanglah ummi handle. kot melalak dari gedangsa ke serdang, sabo ajerlah yang ummi pinta! haha... lepas dah bukak balut-balut ala-ala gaban tuh, bermandi-mandian lah si kembar! baru lah lega agaknya, lalu tebitlah semangot mereka utk senyum, menyarap... gelak-gelak! haih... ujian utk ummi, abi, ayah & ibu! sebelum aku & abg pulang ke serdang, ina & zul ajak gi makan. sedap gak masakan kat rawang tuh, mungkin sebab kelaparan jugak! haha... tapi kire murah lah. betul lah org cakap... rumah kat rawang nih murah-murah, sampaikan makanan pun murah! siap berebut nak bayar...

Ni jerlah yg terpendam nak diceritakan. ina dah lame apdet cite nih, aku jer yg lembap! hehe... nabila, nanti datang rumah ummi pulak yer. kite miming-miming dgn sarra. entah bile lah ummi nih free on sunday! abi sarra dah bising jugak, dah lame xder sunday life dgn bini... huhuuu! wat to do bebeh, kene koije! sekarang nih sebulan sekali jer cuti sabtu-ahad. redah jer lah, ade keje pun dah syukur alhamdulillah (tingat iklan bio-aura....harumi bakoko lah eklan tuh! hahaha...) what ever...da-da!

Wednesday, July 01, 2009

:: Tag Ke-Lima...

Aku di 'tag' lagik oleh mama Aariz @ cek mel. kali nih tag pasal candid pix.. kene upload 3 je ker? lebey x bley? hehe... tgh free nih, itu yg rajin nak upload candid pix nih... antaranya;

Gambar nih memang betul-betul candid bagi aku, sebabnya 2 beranak nih sedang tido pada waktu yg sama, posisi & perilaku yg same mase tido, tetapi... tempat nya berlainan. abi dalam bilik, sarra kat ruang tamu di rumah nek cha. mase kejadian, aku keluar masuk, keluar masuk tengok kan gaya anak-beranak nih! same lak ai... terus ummi wat koleksi... (cowi yer abi sarra)...


Gambar ke dua nih pulak mase tengah bersiap-siap nak jumpe Aariz. sarra tertido di buaian nya. penat, baru lepas berak mase nih! yang bestnya, siap tangan tuh tutup tang 'anu' tuh... sarra buat sendiri! ala-ala bunyik cam 'ummi, jangan lah amek gambar caye, sarra malu lah...'


Last pix... mase nih tgh tggu turn nak jumpe doktor di wad pediatrik, serdang. sarra baru bgn tido.. dok gedik-gedik... melonjak-lonjak! nih dah penat...khusyuk tgk ummi.. seolah-olah sedang mendengar setiap butiran kata-kata ummi. pay attention lah kunun...

Nih jelah..kate 3 kan? tenkiu mama Aariz, seterusnya aku past tag nih pada:
Mama Ieda

Shima
Nana
Mama Auni


** Nak kreditkan tenkiu sangat-sangat pada ibu (ibu daycare yg menjaga sarra) kerana telah memberi izin pada aku & abg utk menonton wayang bersama warga Motionworks (tenkiu to en. zaf jugak yg telah menyeponsor tiket)... haruslah Transformers! Ibu cukup sporting, (ibu beriya-iya suh kami join d club)... dah le tgk di malam hari, sarra lak sedang merengek sepanjang minggu kerana gigi ke-7 bakal menyusul! tenkiu again to ibu daycare....