Assalammualaikum, untuk semua teman-teman blogger sekalian alam. Berminat tak anda untuk kita sama-sama berbuka puasa pada hujung minggu nih; Ahad - 6 september 2009....
Tempat masih tercari-cari lagi di mana yang sesuai dan selesa bagi anak-anak. Seandainya teman-teman sekalian mempunyai cadangan, silalah beri komen yer. Majlis ini bertujuan mengeratkan lagik tali persaudaraan dan silaturrahim sesama kita, lebih-lebih lagi pada kita yang dianugerahkan anak 'istimewa'. Pasti nanti banyak maklumat dan cerita nak dikongsi secara live! Jadi, ita mewakili teman-teman yang mencadangkan majlis nih, mengalu-alukan kehadiran teman-teman semua.
Sudilah kiranya kita meriahkan acara ini, sekaligus boleh dijadikan acara tahunan. Harap, teman-teman sudi meluangkan masa. Terima kasih di atas kerjasama dan perhatian kalian. Lagi ramai yang join, lagi meriahkan? Sesiapa berminat, sila beri nama dan confermkan kehadiran anda yer.