Semalam, 4 Oktober...sudah tercapai hasrat murni aku dan abang untuk mengadakan jamuan kecil dan ringkas, buat teman-teman seperjuangan. Walaupun tidak sehebat jamuan rumah terbuka yang lain, namun kami puas...puas dengan nawaitu untuk merapatkan silaturrahim sesama kita.
Apa yang dapat aku katakan, maaf pada semua tetamu jika ada kekurangan, maaf jika ada tersilap percaturan, maaf jika layanan kurang memuaskan dan maaf jika ada ketidak-keselesaan ketika berada di teratak kami. Maklumlah, rumah kecil kami tidak berapa selesa untuk tetamu yang disanjungi. Harapnya, semua rakan-rakan alam maya, teman sepejabat, ahli keluarga yang berkunjung tidak akan serik untuk menziarahi kami bertiga. Apa yang ada semalam, hanya itu yang mampu tuan rumah sediakan.
Kepada rakan baru kami yang kami anggap seperti ahli keluarga sendiri iaitu Rofaizal, terima kasih yang tak terhingga sebab sudi meluangkan masa, travel dari Tapah ke Serdang semata-mata memenuhi undangan kami. Tak tahu bagaimana kami nak menyatakan rasa berbesar hati ini, atas kunjungan Rofaizal. Pulak tuh, siap bawak lagik buah tangan. (tersangatlah banyak buah rambutan tuh, sampaikan Ita bawak ke ofis. Semuanya kate sedap! Jenuh nak habiskan kalau dengan abang jer...) Dan rakan ofis ramai yang mendoakan untuk Rofaizal, moga murah rezeki kalian. Amin. Maaf juga andai layanan dari Ita dan Farid tidak sebaik mungkin. Rasa bersalah sebab tak dapat nak luangkan masa yang banyak untuk tetamu istimewa kami nih. (jangan serik yer datang rumah)...
Tak ketinggalan buat Jiey. Maaf sangat-sangat atas ketidak-kesempurnaan dari pihak Ita. Kesuntukan masa dan kesibukan menghalang kita nak berborak lebih lama. Dahla jarang jumpa. Terasa ralat sangat-sangat tak dapat layan Ian dengan baik. Maafkan ummi yer Ian. Harapnya Jiey tak berkecil hati dengan Ita. Serius, Ita nak jumpe Ian lagik. Nak pelajari pelbagai teknik untuk 'majukan' Sarra. Maaf yer Jiey...
Akhir sekali, buat semua tetamu...terima kasih tak terhingga atas kunjungan anda. Ribuan ampun maaf dari Ita, Farid dan Aliysa kepada mereka yang sesat mencari rumah, cuba juga tempuhinya sampai jumpa! Yang makan di balkoni akibat kekurangan kerusi dan ruang di dalam rumah, maaf yer. Tetamu terhormat aku, yang terpaksa makan di dalam bilik solat iaitu my big bos!... Mintak ampun dan maaf sangat-sangat yer Cik Zoy... dan yang tidak mendapat layanan yang sempurna dari kami, harapnya tidak serik dan memahami kami seadanya. Andainya tahun depan kami adakan lagi jamuan ringkas ini, dapatlah kiranya kalian datang lagi dan doa aku, semoga kesilapan tahun ini tidak berulang lagi. InsyaAllah...terima kasih semua!
** Buat my best fren forever; Kay..terima kasih sebab menolong aku di dapo. Dari aku tunang, kawin, sampai buat open house, ko memang tak pernah hampakan aku. Aku jer yang tak memenuhi 'kehendak' ko. Maaf ye Kay. Aku hargai pertolongan ko. Dan buat my dear sis; Deeba...thanx jugak sebab sudi memenuhkan dan menolong di dapo. Jangan serik datang rumah akak yer...jasa kalian hanya dapat dibalas dengan pahala. Amin...