Tuesday, March 29, 2011

:: Karya Agung Alisya Yang Pertama...

Alisya belajar tanam taugeh.

Huh lehhh!!! Cantik tak? Hihiii.... Inilah hasil karya agung anak ku. Anak ummi dah pandai bercucuk tanam ye! Walaupun hanya sekadar benihan kacang hijau, yang akhirnya tumbuh menjadi taugeh... ianya tetap menjadi karya yang agung lagi 'membanggakan' di mata ummi dan abi! Sangat cantik sayang!

Semalam, ketika menjemput Alisya pulang dari sekolah... inilah yang diberikan oleh pengasuh IMC kepada ku. Katanya, ini hasil karya Alisya. Mereka memegang tangan Alisya, bantu dia untuk buat taugeh ni. Terus sahaja aku mengambil 'karya' tersebut dengan rasa besar di hati! Sangat suka, pulak tu siap ada nama Alisya. Berbunga-bunga hati ummi melihat hasil sentuhan anak sendiri. Masuk sahaja ke dalam kereta, terus ummi MMS abi. Macam real je anak abi ni! Hihiii... pandailah anak CP kita ni abang!

Bahagian dalam bekas taugeh.
Bau tanaman ini agak 'wangi'...

Ummi nak mintak izin Alisya untuk 'service' taugeh ni buleh?


Walaupun dia tak faham dengan jelas apakah yang dia lakukan itu, tapi aku percaya... Alisya 'memahami' dan merasai suatu perasaan apabila dia cuba untuk mengutip kacang hijau tersebut, lalu dicampakkan ke dalam bekas yang disediakan. Memanglah dengan bantuan orang disekelilingnya, tetapi dengan cara itu jugalah mengajar Alisya memahirkan fine motor skillnya. Takpe nak, ummi sokong apa sahaja yang Alisya lakukan! Ummi tak kesah andai suatu hari nanti anak ummi merengek-rengek mahu bermain dengan pasir, tanah mahupun lumpur. Bagi ummi, itu semua pengalaman manis ketika di zaman kanak-kanak. Alisya juga berhak merasainya.

Ummi tunggu hasil karya anak ummi yang seterusnya! Tak sabar nak tahu apakah yang Alisya lakukan di sekolah. Ummi nak sangat muka anak ummi ni dilukis seperti mana wajah kakak-kakak dan abang-abang di IMC diconteng pada 3 minggu yang lepas. Dilukisnya gambar rama-rama, bunga-bunga, bercorak-corak di pipi mereka... cantik! Hihiii... Entah apalah perasaan anak ku tatkala melakukan aktiviti-aktiviti ini di sekolah kan?

Pagi tadi, abi menyangkutkan taugeh Alisya di luar.
Dapat udara segar sikit! Heheee!!!


Lepas ni, Alisya buleh tulun ummi tanam serai. Tangan ummi ni beracun kot, asek je tak jadi serai kat rumah kita. Daun pandan, ok pulak! Dah dapatlah makan kueh cara manis pakai air daun pandan hasil 'karya' ummi tu! Heheee... Abang, nanti ayang masak lagi kuih cara manis dan berlauk tu ye!

** Hanya Allah yang tahu perasaan ummi dikala ini! ~ legaaaaaaaaa + hepi + bersyukur! ~ Alhamdulillah!!!