Alhamdulillah, Alisya masih 'dipinjamkan' Allah buat aku dan abang! Happy birthday sayang. Selamat ulang tahun yang ke-3. Anak ummi makin dewasa, makin besar dalam semua hal.
Doa ummi tetap sama, mahu kamu sentiasa sihat, dipayungi Illahi, dikurniakan akal dan fikiran yang bijaksana, dipermudahkan segala urusan, diberi peluang untuk melihat, bercakap, berjalan, berlari dan seterusnya berpeluang untuk berdikari, memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Itu sudah memadai dalam doa ummi!
13 April 2008... detik 1.12pm; kali pertama dalam hidup, aku merasakan suatu perasaan yang tak dapat nak digambarkan. Aku malas nak 'rewind' detik sejarah kelahiran Alisya. Sebabnya, dipertengahan cerita nanti... pasti aku dah menggebeh dulu. Hari ni kan hari gumbira buat Alisya. Kita biarkan ajelah 'cerita' tu berlalu ye nak! 13 April 2011 Alisya dah jauh beza perkembangannya. Walupun masih belum bertatih, ummi tahu anak ummi tak patah semangat! Ummi dan abi sentiasa bersama kamu.
Di IMC, pagi-pagi sepie' Alisya akan dibawa berjalan ke shopping mall! Wah wah wahhh... dah la beday girl, dapat pulak berjalan sakan. Memang special day lah untuk anak ummi ni. Tapi, yang tak syoknya... malam tadi Cek Embun ni buat perangai, merengek saje. Ingatkan bangun pagi, adalah senyuman manis meleret di wajahnya. Tapi tak, yang ada hanya sambungan rengekan malam tadi. Haiyaaaaa!!! Janganlah bikin rosak program hari ni nak oiiii!!! Dah pakai santek-santek takkan nak meragam sekoyan!
3 tahun Alisya bersama ummi dan abi. Ummi terus berdoa semoga ada sinar rahmat dan cahaya hikmah yang menanti Alisya kelak. Ummi yakin Alisya pasti 'berjaya' dalam hidupnya. Insya-Allah nak! Ummi dan abi sangat-sangat menyayangi kamu!!!
♫ ♪ ♫ ... Ku percaya pasti suatu masa, sang suria kan menyinar jua, membawa harapan yang menggungung, bersamanya ...... Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri, tapi cukup menghiburkan, hati ini ... ♫ ♪ ♫
Selamat hari jadi anakku......



