Ye..malas! Penyakit ini datang lagik! Rasa malas yang teramat. Lebih-lebih lagik baru baik demam dan baru balik berjalan dengan family. Tidaklah jauh mane pun perginya kami, tapi perjalanan seharian membuatkan diri ini bertambah penat dan rasa malas yang mendalam mula bergelora!
Malas untuk mengceritakan apa yang berlaku lately nih. Malas untuk menaip entry-entry yang banyak tertangguh. Malas untuk menyambung cerita di dashboard yang tersimpan lama ini. Serba-serbi malas! Tambahan pula, anakku makin banyak ragam. Malam, tidak berapa mahu tido! Abinya pula, mengambil alih demam ummi ini. Cian abang... ending of the story, memang kene kat abi. Sabar yer.. itulah namanya apak mithali!
Lenkali, ade rasa rajin di hati... akan di apdet story-morry di itafedblogspot ini. Banyak sebenarnya cerita-ceriti yang tak kesampaian mahu di rakam di sini. Nantilah... sekarang nih memang terasa beban malas tahap gaban menikam, menusuk jiwa!!! Da-daaaa.....till then ya!
