Monday, March 22, 2010

:: Rasa Malas...

Ye..malas! Penyakit ini datang lagik! Rasa malas yang teramat. Lebih-lebih lagik baru baik demam dan baru balik berjalan dengan family. Tidaklah jauh mane pun perginya kami, tapi perjalanan seharian membuatkan diri ini bertambah penat dan rasa malas yang mendalam mula bergelora!

Malas untuk mengceritakan apa yang berlaku lately nih. Malas untuk menaip entry-entry yang banyak tertangguh. Malas untuk menyambung cerita di dashboard yang tersimpan lama ini. Serba-serbi malas! Tambahan pula, anakku makin banyak ragam. Malam, tidak berapa mahu tido! Abinya pula, mengambil alih demam ummi ini. Cian abang... ending of the story, memang kene kat abi. Sabar yer.. itulah namanya apak mithali!

Lenkali, ade rasa rajin di hati... akan di apdet story-morry di itafedblogspot ini. Banyak sebenarnya cerita-ceriti yang tak kesampaian mahu di rakam di sini. Nantilah... sekarang nih memang terasa beban malas tahap gaban menikam, menusuk jiwa!!! Da-daaaa.....till then ya!

Antara cerita ku yang belum di pateri... Sarra berbikini!

Monday, March 15, 2010

:: Demam, Demam dan Demam!

Asek lah demam aku nih. Entah kenapa dengan antibodi nih, tak kuat semacam. Adap je lah... mujur demam kali nih tak sehebat arituh. Kiranya, aku masih boleh bangun, kepala tak sakit mane, cuma demam nih lengkap dengan pakej; selsema dan batuk!

Ape pun, memang badan rasa terseksa bile demam melanda. Asek nak terbaring je... yang jadik mangsa, En. Suami. Abanglah jugak yang kene jaga isterinya ini, jaga tuan puteri Sarra yang tengah banyak ragam, abanglah kene kemas rumah, basuh pinggan dan abang jugak yang masak untuk anak bininya ini. Terima kasih ye En. Farid kerana menjaga puteri-puteri kamu yang banyak songeh ini. Sorry sangat-sangat menyebabkan abang tak cukup rehat... Kami sayang kamu!

Thursday, March 04, 2010

:: Berkelah Di Malam Hari...

Buang tebiat ka ummi Sarra ini? Hahaha... pelik ke picnic malam-malam? Mungkin jugaklah. Tapi bukan pegi tepi pantai pon. (aku pun tak mau gi pantai memalam bawak anak... bahaya wooo!) Kami picnic kat Dataran Putrajaya je. Mulanya, aku dan abang kebosanan duduk di rumah. Nak ke sopin complex, tak lalu pulak rasanya. Anak aku tuh, lagik lah boshaaann. Sarra seakan tahu yang hidupnya harus menaiki kereta NDB abinya, at least sekali sehari. Kalaulah seharian tak rase air-cond kereta, tak rase nikmat 'roller coster' penangan NBD, mau Sarra memekik... seakan bersuara tak puas hati tak dapat naik kereta! Hehe... bijak sangatlah anak ummi nih eh.

Baru sampai, posing-posing dulu.


Aiman dan ibu Zura.


Mama dan Alisya (dah start nak lentok!).


The hemcem boy; Aiman dan mama.


Abi dan Habib yang tak benti senyum.

Mangsa kami adalah Ensek Zali dan Ensek Shah. Sebelum tuh memang Ensek Zali ade sound ajak keluar, tengok auto-show. Tapi kami tak berkesempatan nak join memandangkan ada tetamu di rumah. So, kami decide mahu berpicnic saja di Dataran Putrajaya. Ape lagik??? Sem-mess sem-mess lah kami bertiga. Dalam jam 8.45 malam, kami pun carik port. Fuhh... indah sungguh malam di Putrajaya. Memang layan habis lepak malam hari sambil menjamu selera. Sesekali tukar hanginkan. Anak-anak pun hepi. Aiman memang dah bantai tido. Habib, asek tergelak jer dia! Sarra lak, memula layan... pastuh naik 'kapal' dengan Aiman. Bantai tido! Balik rumah... bangun, celik mata tuh. Adoii yaiii... sabar ajelah.

Pak Zali dah start mengarut hingga Shah menepuk dahi.


Masih get ready nak menjamu selera.


Ini aje yang kami 'picnickan'.
Menu yang simple, maaf yer kawan-kawan.


Habib nih memang kaki gelak!
Bile lah Alisya nak 'copy-paste?'



Anak ummi nih, orang picnic... die tido ajer!


** Harapnya dapat buat lagi 'tebiat' camni, tapi dalam beringat jugaklah. Orait, till then...

Monday, March 01, 2010

:: Setahun Sudah Berlalu...

Hari kedua Sarra di NICU. Buntu!
Apa yang harus dilakukan di kala itu?


Tanggal 28 Februari, genap setahun rutin aku, abang dan anakku Sarra ke Felda Gedangsa. Buat ape kat situ selama setahun? Huh... dah tentu untuk 'mengubati' anakku yang disahkan Cerebral Palsy. Masih segar di ingatan, kali pertama ke Felda Gedangsa bersama Ina dan rakanku, Omar. Masing-masing tidak tahu jalan, mujur ayah Ina tolong bawa kami ke sana. Masih segar di ingatan, macam mana kami mengharungi perit-jerih untuk mengubatkan anak-anak yang tercinta! Dengan sabar menunggu giliran, dengan susah-payah sang suami keluar semula mendapatkan bekalan bandage. Dengan kesedihan yang menikam jiwa tatkala melihat anak-anak di saluti bandage bagaikan 'tercelur' tubuhnya. Dengan tangisan si anak bagaikan meminta tolong untuk 'dilepaskan' dari kesengsaraan! Huh... kuat juga ujian ini. Diam tak diam, setahun sudah berlalu....

Aku juga seperti Ina, ramai yang bertanya akan keberkesanan berubat dengan Kak Raw. Jawab ku ringkas; "Adelah jugak baiknya berubat kat situ." Nak kate seratus peratus berubah, mustahil. Dan nak kate 'besar' perubahan anakku, juga mustahil. Ini kerana, aku baru setahun jagung berulang-alik setiap Sabtu ke sana jika nak dibandingkan dengan Kak Nor (kenalan baru) yang berulang-alik selama EMPAT tahun ke Gedangsa. Menurut Kak Nor, anaknya Aliya memang banyak perubahan berubat dengan Kak Raw. Alhamdulillah, aku tumpang gembira dengan berita itu. Mungkin juga Allah izinkan dan disitu 'jodoh' Aliyah. Sarra? Alhamdulillah jugak, Allah beri kami kesempatan untuk berkenalan dengan Kak Raw. Kalau tak, masakan Allah beri kami hikmah dan 'jalan', disebalik kejadian demam panas yang melanda Sarra hingga menyebabkan Sarra ditahan di hospital selama 5 hari. Dan dari situlah kami tahu akan Kak Raw. Syukur atas rahmat-Mu Ya Allah....

Anak ini terus-terusan berjuang demi sebuah erti kehidupan

Aku tidak mahu riak, tidak mahu disalah tafsir andai aku bercerita tentang 'perubahan' anakku itu. Biarlah aku dan abang serta rakan taulan terdekat yang mengetahuinya. Memang ade perubahan yang berlaku ke atas Sarra. Walaupun sekelumit, sebesar zarah... ianya tetap perubahan besar buat aku dan abang. Alhamdulillah... Doaku, moga Kak Raw panjang umurnya agar dapat terus berbakti kepada 'anak-anak istimewa' yang seperti anaknya juga, dapat tolong kami; ibu dan ayah kepada anak-anak yang tidak berdosa ini, demi mencari 'ketenangan' dan 'nikmat' buat si kecil di muka bumi ini. Semoga perjalanan kami ke Felda Gedangsa sentiasa dipayungi Illahi. Maklumlah, adakala gelap subuh kami dah bertolak. Mintak dijauhkanlah dengan 'mende-mende' yang tak sepatutnya!

Hari ini, aku terasa syahdu, terharu, gembira... perasaan yang bercampur-baur kerana dari Kak Raw lah aku dapat ramai kenalan yang senasib. Umpama sebuah keluarga... keluarga yang tak jemu berusaha demi anak-anak tersayang. Keluarga yang sanggup berkongsi segala macam perasaan, walaupun bukan darah daging sendiri. Terima kasih duhai teman... kerana ada bersama Ita, Farid dan Sarra. Andai Kak Raw terbaca blog kami, ingin Ita nyatakan yang kami bersyukur mengenali Kak Raw. 'Pengorbanan' masa, tenaga akak buat kami tersentuh. Kasih Kak Raw demi anak-anak ini, tak dapat kami balas dan gambarkan. Sungguh murni hati akak untuk menolong kami 'memperbetulkan' apa yang silap tentang anak kami ini. Satu dalam seribu! Itulah Kak Raw... terima kasih kak! Andai kami tak jumpe insan bernama Kak Raw......

Kasih ummi dan abi tiada batasnya...
hanya kamu pengubat jiwa lara kami


** Abang, maafkan ayang!